Wednesday, May 18, 2011

BRACES oh BRACES!!

"Kakak, awak tak payahlah pakai braces. Mama rasa gigi awak bukan jatuh pada kategori harus untuk memakai braces. Bila baca entry Imam Muda Asyraf mengenai pemakaian braces, mama jadi seriau pulak."


HADIS DAN FIRMAN-NYA MENJADI PANDUAN
Sebelum mama menegur dan sebelum adanya entry Imam Muda Asyraf itu lagi, aku memang telahpun memikirkan perkara yang sama. Sebab itu lah aku tidak lagi merayu pada ayah untuk menemani ku ke hospital untuk memasang braces digigiku ini. Hadis Nabi SAW dan firman Allah mengenainya dijadikan rujukan.

Antara Hadis Nabi SAW:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.”

(HR, Bukhari dan Muslim)



ANAK KECIL YANG JAHIL
Ianya adalah keinginan seorang anak kecil yang masih jahil dan sentiasa teruja pada kecantikan. Melihat rakan-rakan sebaya khususnya memakai braces (pendakap gigi) dengan pelbagai gaya dan warna memang sungguh memikat. Boleh pula memilih watak katun kesayangan. Bila tersengih akan kelihatanlah watak-watak katun pilihan di gigi. Ada pula pilihan yang boleh mengeluarkan 'cahaya' pada waktu malam bila tersengih di dalam gelap. hehehe.

Sebut sajalah gaya bagaimana yang dikehendaki, asalkan mampu untuk membayarnya. Memang cantik, tapi mahal! Kos di klinik pakar gigi swasta boleh mencecah hingga ke 7K, dan boleh jadi sehingga 10K! Tidak percaya? Pengalaman rakan-rakanku sendiri. Membazir sungguh bukan? Jika aku mahu membuatnya, aku boleh gunakan privilege ayah sebagai kakitangan kerajaan. Kos paling tinggi pun hanya RM100. Bergantung pada kritikalnya kedudukan gigi pesakit (?). Paling murah, RM50. Atau mungkin hanya membayar wang pendaftaran sebanyak RM1. Bestkan.



CACAT TAPI 'BABY FACE'?
Bermula dari darjah 5/6 lagi aku telahpun menyuarakan hasrat hati untuk memakai braces pada mama dan ayah. Ianya gara-gara gigi bawah ku yang jarang sedikit [tidak ketara langsung]. Sebatang gigi di bahagian tepi sebelah kiri [gigi atas] agak ke dalam sedikit. Namun kedudukan gigi hadapan hinggalah kekanan berada dalam keadaan tersusun rapi.

Jangan terperanjat di sisi kanan pula masih ada sebatang gigi susu yang belum tanggal lagi!!! Aku sendiri terkejut bila doktor mengesahkan kewujudan sebatang gigi susu tersebut. Sungguh 'baby face' kan diriku ini!! hehehe.


KAWAN BAIK DOKTOR GIGI!
Mungkin sikapku yang sentiasa teruja untuk ke klinik gigi, semenjak sebelum bersekolah lagi menjadikan gigiku tidak bermasalah. Ayahlah yang selalu menghantarku. Gigi kekalku akan tumbuh sebelum gigi susuku tanggal, malah masih elok lagi. Jadi gigi susu tersebut perlu dicabut secara paksa-rela. Bila masuk ke sekolah rendah, ada klinik gigi di dalam kawasan sekolah. Seminggu sekali aku akan suka-suki ke klinik gigi tersebut. Hinggakan doktor/nurse yang bertugas telah mengenaliku. Mungkin gigi susu yang sebatang itu sayang untuk meninggalkan tuannya yang menjaganya dengan penuh kasih dan sayang. hahaha. Merepek wahai Najwa!!


MAMA YANG PRIHATIN

Mama sendiri memang rajin menjaga gigi kami adik-beradik semenjak gigi pertama tumbuh. Di kalangan sepupu, gigi kami adik-beradik yang tidak berubah menjadi hitam atau reput. Dari kecil kami telah dibiasakan memberus gigi bila bangun tidur dan sebelum tidur juga. Kami memang merasa sungguh pelik bila melihat ada sepupu yang terus saja makan bila bangun pagi tanpa memberus gigi, meskipun hanya berkumur-kumur. Ketika mahu tidur malam, masih lagi "ada maaf bagimu". Tapi jika bangun pagi terus makan.. hmmm, bak kata Nabil si Raja Lawak "lu pikirlah sendiri".

Ketika kecil dan masih lagi berhati kering, kadangkala terkeluar juga dari mulutku "eh, awak tak gosok gigi dulu ke? mama kita kata, kalau tak gosok gigi nanti ulat masuk dalam perut tukar jadi cacing. perut jadi buncit tau. lepas tu cacing keluar dari mulut, telinga, hidung. eee.. takut. geli lah!!" Memang lah mata mama akan jadi sebesar belon [kalau boleh] bila dengar aku pandai-pandai tegur anak orang meskipun sepupu sendiri. Tapi, waktu itu.. "ada aku kesah " pada isyarat jelingan mama. hahaha.


ILMU YANG BERMANFAAT
Usia dan ilmu yang bermanfaat insyaAllah akan menjadikan setiap individu itu lebih matang dalam menangani setiap permasalahan. Biarlah aku nampak kelihatan sedikit buruk di mata manusia, tapi Allah memandangku dengan kasih yang melimpah-limpah. Amin, ya Allah.

Jangan diikutkan segala rasa. Kelak kita akan rosak binasa. Berhati-hatilah dengan hasutan syaitan yang sentiasa mahu memesongkan manusia menjadi manusia jahiliyah. Na'zubillahiminzalik.


0 comments: