Thursday, May 5, 2011

Tempat Jatuh Lagi di Kenang..

Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermain.

Sesiapa pun jua akan mempunyai cerita tersendiri ke mana sekalipun tempat yang dikunjungi, apatah lagi tempat yang dihuni dalam jangkamasa yang lama. Ia akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat.


Bulan lalu dalam tempoh seminggu, dua kali aku ke Kluang, bumi yang pernah ku huni selama 5 tahun. Ada hal yang perlu diselesaikan.


SIRIH PULANG KE GAGANG..?


Sempat menjengah ke tempat aku mula belajar mengenal diri dan belajar hidup sebagai seorang khalifah di bumiNYA. Masih tenang dan segar seperti dahulu. Ku temui guru yang masih lagi berhubungan hingga ke saat ini.


Laluan utama setiap hujung minggu, masih hijau dan segar.


Sebelah kiri adalah hujung padang sekolah juga laluan sulit (konon) para banin untuk 'teeeettttt'..haha! Bahagian sisi bukit, dahulunya adalah laluan 'khinzir hutan' juga. Aku sering ternampak ketika mahu keluar outing di hujung minggu bersama mama/ayah.

Sebelah kanan, sudah ada warung.. tidak lagi semak dan sunyi seperti dahulu.


DEMI SEBUAH PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI







NIKMAT ALLAH

Setelah urusan selesai, kami mencari air untuk membasah tekak. Adik-adik lah yang paling bising, kehausan. Maklum panas terik. Kami temui gerai baru yang tidak pernah terlihat dahulu... lihatlah gambar-gambar di bawah ini:

Tauke gerai (baju hijau) kata dia sudah berniaga di sini selama 3 tahun. Senang saja untuk mencari lokasi gerai. Pergi ke laluan untuk ke Mersing, dan ianya terletak di tepi Kampung Melayu-Kluang (sebelah kiri).


Sebenarnya, ini adalah kunjungan yang kedua (dalam tempoh seminggu). Kebetulan ada hal yang mahu diselesaikan.


Ketam yang sedang menjadi mangsa gorengan.

Semua sudah 'tewas'. Ayah ralit meratah ketam.

Ketam goreng

Aku hanya mampu merasa sedikit. Resdung! Kalau makan, akibatnya bibirku akan menjadi seksi. Aku hanya melayan udang goreng. Setakat gatal sedikit. Alhamdulillah.


udang goreng


Gerai yang menjual jambu tabur asam boi dan air asam boi yang memang sedap. Asam boi yang ditabur pada jambu adalah berwarna putih bukan yang berwarna perang.


ehem..ehem..!! hehehe


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!



"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

16 comments:

E n t o y C a i r o said...

x nak komen pon....(haha)

Humaira' said...

dusyuummms..!! papa jahats!

akuamin said...

huuuiiiii ketam goreng.....geram!!!

E n t o y C a i r o said...

ayu...

E n t o y C a i r o said...

maaf sy bukan KOMENG kamu...
ha ha ha...

Humaira' said...

akuamin:
mmg sangat geram..lagi la tgok live..~ tp mk x bole mkn bnyk even cuma sekor nyah!! bole rasa seto'et jeks.. huhuhu

Humaira' said...

enTOY:
meriang yo!! melas seh!
keselek paman komeng dicelok kambek riko!

aminmenulis said...

Nak ketam goteng.. Urghh... Sedapnyer. 60sen je? Huhu...

cik dila said...

erkk..bhase ape kt ats ni..huhu..btw..jln2 sini melawat halaman humaira' =)

Humaira' said...

cik dila yg chumels:
ahaha..ini adalah bahasa org2 pelarian.. -LOL-

tksss, sudi jengah ke halaman sy! saaayyaaanngg die.. ^^

Humaira' said...

AMINMENULIS:
toke gerai tu tak jual ketam goTeng.. die jual ketam goReng jeks~ 0.90sen seketul bkn 0.60sen. Sekian, terima kasih! LOL!!

CIK DILA YG CUMEY:
bahasa di atas adalah bahasa orang pelarian.. huhuhu

izuan said...

selalu je ke kluang untuk tengok adik di sekolah sains kluang :)

Humaira' said...

cikgu izuan - dekat saja bandar tenggara ke kluang ikut jalan dalam. sememangnya akan melalui gerai ketam/udang.. :)

izuan said...

hee yeke.. saya sudah menyewa di bandar putra sekarang, bukan lagi bandar tenggara, tapi memang akan ke klang ikut jalan dalam. :)

cik beLLanan said...

rindu pulak kat smakj. haih~

ketam n udang tu nampak sedap! nyum2! ^^

Humaira' said...

Bell:
mau tak rindu.5 tahun kita berkampung di situ. menitik airmata bila terkenang dan mengenang. well, those were the days. how time flies!!

oh ya, mmg sedap those ketams n udangs coz fresh, masak di situ.