Wednesday, June 29, 2011

HARI INI

ISRAK MIKRAJ
27 Rejab 1432H. Tenang saja sepanjang hari ini yang ku lalui. Gerimis halus sesekali turun mengiringi perjalanan kami seharian. Meredupkan suasana yang kebiasaannya panas menyengat ke wajah. Hari yang penuh barakah. Alhamdulillah.

Awal pagi kami harus ke Dewan Besar Pusat Islam untuk mendengar ceramah berkenaan Israk Mikraj. Sebaik melangkah masuk ke ruang legar, kelihatan disediakan khemah untuk tetamu bersarapan. Rezeki. Terima kasih ya Allah.

Kami di situ sehingga pukul 1pm. Makan tengahari juga di sediakan. Rezeki lagi. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Tapi aku tidak turut serta makan di situ. Segan. Majoriti banin belaka. Aku dan kawan tapau saja di kantin Pusat Islam. Ulam raja,sambal belacan, asam pedas ikan mayung dan ayam masak lemak cili api. Tapau sekali teh ais dan milo ais. Alhamdulillah rezeki Allah.


-Bekas Istana, Bekas Sekolah Agama-
Bukit Zaharah

Kebun Bunga Istana


BIRTHDAY AYAH

29 Jun 2011. Alhamdulillah, ayah masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan oleh-Nya untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga dan menjalani ibadat dengan tekun. Masuk hari ini, insyaAllah sudah 27 hari ayah berpuasa sunat Rejab. Semoga ayah terus diberi kesihatan olehNya untuk beribadat dan dirahmati kehidupannya sehingga ke akhir hayat. Ameen ya Rabb.

Malam, usai solat Isyak kami makan malam beramai-ramai di Malay Village-Kg Mohd Amin bersama-sama beberapa rakan-rakan istimewa yang sentiasa di sisiku di kala susah senang. Terima kasih ya Allah atas limpahan rezeki-Mu.

Nikmat Allah yang manakah mahu ku dustakan?

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

sanah helwa ya pakcik komeng!..senyum selalu naa..

hehe..

Humaira' said...

senyum mmg hobi die..huhuhu