Wednesday, October 5, 2011

Bercanda di Pasiran Pantai


Hujung minggu lalu.. secara tiba-tiba mama dan ayah buat 'unplanned trip'. Begitulah bila semua ada.. Mama tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan lagi tautan kasih antara kami yang seringnya dijarakkan oleh tuntutan duniawi.

Kami ke Tanjung Balau..Asalnya mahu ke Desaru. Tapi bila tiba di rumah makcik mama  (Nenek Som) di Sungai Mas, sepupu mama mencadangkan kami ke Tanjung Balau saja. Kami  hanya menurut.

Selepas berbincang ringkas, tanpa berlengah mama terus ke kedai bersama sepupu mama yang saya panggil Auntie Lin, untuk membeli ayam. Mereka berdualah yang menyiapkan perapan ayam.

Saya? hehe.. tak lepas peluang untuk merasai nikmat menaiki motor ronda-ronda kampung. Mata mama bulat memandang..  tak berapa nak beri sebenarnya.  Tapi sebab Syida yang bawa (kawan kolej), dia confident. Saya hanya menjadi pembonceng terhormat. Hmmm,  itupun jakun!!  Jerit-jerit gediks.  [Achik, sila diam!! haha]


Kami tiba di Tanjung Balau ketika para pengunjung mula beransur pulang. Hampir 10-11 tahun saya tidak lagi kemari. Ianya kelihatan berubah. Tidak lagi seperti seawal pembukaannya, ketika tidak ramai mengetahui kewujudannya. Ketika itu pasirnya masih lagi bersih. Chalet pun belum didirikan lagi. Masih lapang. Namun paling seronok, melihat kewujudan surau yang indah di laluan masuk. Bolehlah berlengah-lengah.



Mama memilih tempat strategik untuk berBBQ..di atas rumput yang landai dan agak bersih. Rupa-rupanya banyak benda yang kami tak bawa.. Maklum, plan bidan terjun. Lampu (kami stay sampai lepas Isyak), tikar, kipas, serai/pandan bersama minyak..dan penyepit. Tanpa berlengah, bara segera disediakan. Hmm, rasa teruja sungguh!! Lama tak bersantai begini.

Bila azan dilaungkan ayah, saya dan semua yang boleh bersolat bergerak ke surau berhampiran. Usai solat, makanan sudah siap di bakar.  Selain ayam perapan yang di bawa dai rumah, ada juga sosej dan burger yang mama beli di econsave Jalan Desaru ketika dalam perjalanan.



Ya Allah nikmatnya.. makan sambil di temani hembusan bayu dari Laut Cina Selatan. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu.. Maafkan hambaMu ini andai terlebih gembira..



Kira-kira pukul 9 lebih kami meninggalkan pantai Tanjung Balau.. menyambung perbualan di rumah Nek Som. Tidak sampai 10 minit perjalanan. Alhamdulillah, sempat melelapkan mata di rumahnya buat menghilangkan lelah..

Kami bergerak pulang ke Johor Bahru kira-kira pukul 1130 malam, melalui lebuhraya baru Desaru-Senai. Separuh perjalanan kami dibuai mimpi. Alhamdulillah, perjalanan yang dipermudahkan...

Cuti panjang nanti kami berpakat untuk berBBQ di pantai lagi, tapi dengan perancangan awal yang lebih teratur lagi. InsyaAllah.. Kemana? Tunggguuuuu..!!!




3 comments:

E n t o y C a i r o said...

achik tu not me kannnn??hehe

btw,haritu g mph nampak buku travelog cinta from P.rodza..Teruja nk baca,Tuptup teringat kat gadis gediks nih! :)

Humaira' said...

sorg jek achik yg sudi nk baca blog nih.. :)

..then, beli tak? buku2 yg ditulis untie roza adalah adaptasi dari blog dia. kalau takde duit nk beli, bacalah blog dia..sama. hehe

E n t o y C a i r o said...

oic...heh.

nk beli..tapi gaji kutip sawit bapak x cukup plak..huhu(terus terang la plok!)

hehe..ok.tq for da information.