Wednesday, November 16, 2011

BERILMU TAPI DUNGU..?

Sekarang ini hampir setiap hari hujan..kalau bukan turun di waktu pagi, hujan akan turun di waktu zohor..membawa hingga ke petang. Sungguh lebat berserta dengan guruh dan kilat. Namun begitu, alhamdulillah.. hujan yang turun benar-benar memberi manfaat kepada kami kerana membantu meredakan rasa bahang yang menyengat di tubuh.

Aku kini dalam fasa menghitung hari untuk kembali semula ke dewan kuliah..yang bermula 21 November ini. Sehari kuliah, kemudian bercuti semula sehari keesokan harinya kerana hari keputeraan Sultan Johor. Aduhai..begitu pantas masa yang berlalu!

Di rumah, rindu suasana hostel, kolej dan kawan-kawan. Apabila di kolej, rindu pula pada katil dan rumah.. Adatnya manusia, dekat bau bacang busuk.. jauh bau ros!

Namun begitu, aku tetap bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Allah.. semoga aku tidak dilalaikan-Nya, semoga aku bukan di kalangan hamba-hambaNya yang istidraj. Na'uzubillah hi minzalik!!


ISTIDRAJ?
Baca blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk penjelasan lebih jelas dan menarik.

Semoga kita semua bukan dari kalangan orang-orang yang "berilmu tapi dungu".. ameen ya Allah.

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

Ameen..:)
terima kasih ustazoh!

Humaira' said...

hi anak mak! :)