Friday, November 11, 2011

Kisah Yang Terakam..

11-11-2011
Apa yang istimewanya? Sekadar nombor yang cantik tersusun. Itulah yang mampu ku tafsirkan dari pandangan mata kasar ku. Sekadar nombor yang mudah untuk diingati di masa hadapan. NOKTAH!!

Oppsss, berhati-hati .. jangan sampai mengharapkan ianya akan membawa tuah dalam kehidupanmu duhai sahabat. Jangan sampai ia menggelincirkan aqidahmu. Na'uzubillah hi minzalik!!


Pandangan Mata hati..!!
Namun, andai dipandang dengan mata hati.. 11-11-2011 bersamaan 15 Zulhijjah!! Ia adalah hari Jumaat!! Penghulu segala hari!! Itulah yang indahnya!!

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani" (HR: Bukhari) 

Jom buat ulangkaji..
Sekadar untuk mengulang kembali segala apa yang pernah di pelajari.t Sesungguhnya, terlalu banyak keistimewaan hari Jumaat ini, di sisi Allah swt. Namun, akibat dari kealpaan kita terhadap duniawi..seringkali melupakan segala keistimewaan itu. MasyaAllah..

Hari Jumaatlah dunia ini dicipta, pertama kali matahari dipancarkan ke bumi ini..Nabi Adam di ciptakan juga pada hari Jumaat!! Manusia yang pertama sekali wujud!!

Pintu rahmat dibuka dengan seluas-luasnya oleh Allah swt pada hari ini. Subhanallah.. Justeru tingkatkan ibadat sebanyak-banyaknya. Kita -manusia- terlalu banyak dosa akibat sikap alpa yang tidak terbendung. Beristighfar tanpa henti.. Jangan lupa bersedekah. Tiada wang? Hadiahkan fatihah buat ibubapa..berikan senyuman pada sesama umat andai berselisih. Bina silaturrahim. Berselawat keatas nabi sepanjang hari.. Perbanyakkan solat sunat. Jangan dilepaskan Dhuha, buat melimpahkan rezeki..Insya Allah.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur. SUBHANALLAH!! 

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat" (HR: Bukhari)

Jangan lupa solat Jumaat!! Satu-satunya solat yang mempunyai dua khutbah!!

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (al-Jumaah, ayat 9)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (HR: al-Nasa’ie)
 

Siapa nak jawab..???
Nak tahu, ada satu hari Jumaat.. ketika hendak ke masjid ayah menumpangkan seorang India Muslim yang membuka kedai runcit di sebelah Warung Saga. Dia risau, di Malaysia selamba sungguh orang Islam yang meneruskan jual-beli ketika solat Jumaat berlangsung. Hmm, siapa nak jawab? Ayah kata..ayah sungguh terkedu dan kelu..tidak mampu untuk memberi jawapan.


Buat renungan di akhir kalam..
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (al-Jumaat, ayat 10)


2 comments:

E n t o y C a i r o said...

terbaik ustazah nagwa!! i like it!! :)

Humaira' said...

uppss..ustaz silap orang!! saya student yg sedang buat revision!! (mata ke atas tangan ke bahu) haha..