Saturday, November 5, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan

Bayu Zuhijjah yang menyapa terasa-rasa hembusannya di wajah. Harumnya menerjah ke deria bau, bagai haruman rose dari Kedai Lovely Lace yang memenuhi ruang tamu baiti jannatiku. Setiap kali kehadiranya pasti mengimbau kembali pengorbanan seorang isteri, ibu, bapa, suami dan anak.. Subhanallah.

Suami dan bapa yang tabah.. dia itulah si Ibrahim kekasih Sang Pencipta. Hanya padaNya dia menurut.. hanya padaNya dia beriman. Yang satu itu hanyalah satu tanpa sangsi. Betapa berat mata nan memandang, berat lagi bahu nan memikul. Allahurobbi.

Isteri dan ibu yang solehah.. dia itulah Siti Hajar.. bersendirian di Padang nan tandus bersama si bayi yang kehausan dan kelaparan. Aduhai, dia sungguh redha atas ketentuanNya.. Kesabaran dan keimanannya, Allah gantikan dengan telaga zam-zam yang sungguh lazat dan kekal sehingga ke hari ini untuk kita nikmati bersama.. alhamdulillah.

Anak yang soleh dan beriman.. dia itulah si Ismail yang rela menjadi korban mata pedang ayahya, semata-mata kerana Allah swt. Tahap imannya yang sungguh maksima terhadap Robbul izzati telah digantikan dengan seekor kibas.. Allahuakbar. Itulah yang menjadi ikutan kita sehingga ke hari ini. Mengenang, tingginya tahap keimanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail terhadap Allah swt, sanggup berkorban apa saja.. sekalipun nyawa. Allah..Allah..Allah..

Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh keluarga Ibrahim akan menjadi panduan kita menghadapi segala ujian kehidupan. Semata-mata kerana Allah.. InsyaAllah.. ameen!


لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد ونعمة لك والملك لا شريك لك

Labaik Allahumma Labaaik
labaika Laa Syarika Laka Labaaik
Innal Hamda
Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
La Syarikalak….

0 comments: