Friday, December 16, 2011

BARAKALLAH..!


[barakallahu lakuma wa jama`a bainakuma fil khair..ameen]

Firman Allah:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu hidup tenteram bersamanya. Dan Dia (juga) telah menjadikan di antaramu (suami, isteri) rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir". (Ar-Ruum : 21)


Sempena cuti sekolah, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis pernikahan/ persandingan. Di rumah, banyak kad undangan yang di terima mama dan ayah.

Minggu lalu anak saudara mak -kak chicah- bernikah di Taman Gunung Lambak Kluang. Majlis hari Ahad, dapatlah saya datang. Cantik sungugh pelamin dan khemah. Tak serabut. Tema Inggeris yang sangat sweet! All white. Sungguh menepati citarasa saya! HANYA di rumah pun boleh buat dekorasi ala-ala hotel 5 bintang tau. Jimat duit sewa dewan.




khemah berasingan untuk 'makan damai'.. cantik kan!


mama dapat resepi kek coklat dari tukang buat, kebetulan semeja.
kek coklat yang kemas dan tak muak dimakan.

Kak Nana dan Tunang (oghe klate!) -anak Pak Usu/ adik Mak-

Selepas ini -InsyaAllah- kami semua akan berkumpul kembali pada bulan 4, di majlis  Abang Im -anak Pak Uda (abang Mak)- Taman Mawar, Pasir Gudang. Katanya tema Inggeris juga tapi warna merah dan putih. Kemudian giliran Kak Nana pula pada bulan 6, di KL. Hopefully time tu ayu tak ada kuliah, Kak Nana!

Akhir bulan, ada majlis wedding family sebelah nenek. 31 Dis sepupu mama -Kak Jes- nikah di Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong. 1 Jan pulak bertandang ke rumah lelaki. Tak lah jauh mana, sebelah parit aje. ..Parit Sikom. Ini kes bercinta ketuk botol agaknya.. haha.. Rumah Kak Jes tema pink. Sebelah lelaki pulak warna turquoise. Saya? Macam biasa, hitam jugak lah.. Hitam itu menawan kan!


8 comments:

E n t o y C a i r o said...

appleeeeeee!!!! hehehe..

Humaira' said...

shhhh...pelan sket~ hehehe

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...

sy ade nmpak gak pic ni.dari sorang kwn.dia jdi pgapit pmpn.baju biru kot.bile tetgk post ni.tu te perasan ade tgk gak sblm ni..huhu


kesimpulan - mgkin ada bau2 sedara kot kwn tu ngn anda.tp sy xda tnye lak yg dia gi tu jd pgapit tuk kwn or sedara or sape2

kisahnya~ :p

Humaira' said...

SnF:
errk..pic yg last tu ke? (k.nana n tunang) coz y kt pelamin tuh pun baju biru..huhu..

p/s- panjang kisahnya~..mcm cerita 1001 mlm! pis! ahakss..

sHaH rIzAn_n_FaMiLy said...

eh bkn bkn.kn citer sal pgapit.so yg kt pgantin la.so yg kt pelamin la bkn yg tunang haha..

cerite 1001 mlm yer?ceh!

tersebutlah la kisah...hu2

Humaira' said...

oooo..kisah pengapit ea..mm x kenal la... :)

E n t o y C a i r o said...

haha..

terbaik!!ketuk botol!

Humaira' said...

achik:

..chumels jeks cinta mcm tu kan.. :)