"..Kita dimuliakan bukan kerana kehebatan kita. Kita dimuliakan kerana ALLAH menutup keaiban kita. Untuk itu kita perlu ada kemampuan melihat dan memperbaiki keaiban.."
Phrase di atas saya copy dari salah satu komen yang ditulis di blog Prof Kamil. Saya pernah membaca phrase yang hampir sama dengan phrase di atas pada blog seseorang sebelum ini. Tapi phrase di blognya itu, telah ditukar kepada yang baru dan lebih nampak glamour semenjak sahamnya sungguh laku sebagai artis jawa terakhir. Sekian, harap maklum. hehe..
Membuka aib orang? Memang sungguh seronok kala bercerita kisah buruk orang lain kan.. Mata terbeliak, tangan berlegar-legar di ruang udara atau menepuk bahu kawan yang mendengar beberapa kali.
Siapa kita yang sungguh berkuasa untuk berkelakuan begitu. Menyingkap semua rahsia saudara kita sendiri. Hari ini kita buka aib orang, esok-lusa aib kita pula dibuka oleh Allah.
Sahabat kita mengamanahkan kita untuk menyimpan rahsianya, tapi kita dengan mudah dan bangga membukanya di hadapan sahabat yang lain. Konon nak tunjuk diri hebat kerana mendapat berita terkini secara exclusive. Sungguh bagai gunting dalam lipatan...
Hadir majlis kenduri-kendara untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan silaturrahim.. tapi, masih ramai yang nak buat 'ketupat'. Kalau rasa nak TERRbuat 'ketupat' cepat-cepatlah masuk semula khemah makan dan makanlah lagi makanan yang sungguh banyak itu.. Ini adalah pesanan ikhlas dari hantu gigi mak limah.

Sudahlah. Mak letih nak dengar, apalagi hantu gigi mak limah. Dia pun pelik tengok ada makhluk lain yang lebih jahat dari dia.
Anyway..~ Saya ada date dengan osbon. Mereka nak bawak saya naik kuda dan basikal mereka yang paling canggih abad ini.
Bye!
Anyway..~ Saya ada date dengan osbon. Mereka nak bawak saya naik kuda dan basikal mereka yang paling canggih abad ini.
Bye!