Friday, December 9, 2011

SELAGI MAMPU..



Sekeras mana pun hati.. setabah mana pun perasaan, sesekali ia akan rapuh juga. Resamnya manusia yang hanya punya sekeping hati dan perasaan namun harus dibelah-belah.

Justeru, berhati-hatilah setiap kali ingin melafaz bicara mahupun melepas laku. Hari ini, esok dan lusa mungkin hati itu tenang-tenang saja. Pastinya akan tiba satu hari kelak di mana rasa itu akan tersentuh dan terluka jua.

Namun..selagi mampu bertahan, bertahanlah dikau wahai si pemilik hati dan lidah..!!



JAGA LIDAH:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: "Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: "Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka"

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain. [sumber: klik di sini]