Friday, December 2, 2011

UJIAN BUAT MEREKA..


Hampir dua minggu yang lalu, saya menziarahi makcik kepada salah seorang sahabat saya yang pulang ke rahmatullah. Perjalanan JB-Muar agak perlahan kerana lebuhraya sesak dengan kenderaan. Maklum, cuti sekolah.




Sebaik sampai, jenazah sedang dalam perjalan ke masjid yang terletak hanya di sebelah rumah. Pengkebumian dan talkin selesai sebelum 1230 tengahari. Alhamdulillah, urusan yang sungguh dipermudahkan.



Sahabat saya, sungguh terkesan atas pemergiannya kerana hubungan mereka sungguh rapat. Pastinya saya juga akan tercari-cari Allahyarhamah andai mengunjungi rumah sahabat saya ini, kerana setiap kali saya sekeluarga datang dia akan duduk bersama kami sehinggalah kami pulang. Lembut dan penyayang orangnya. Namun dia tidak kelihatan seperti telah berusia 80 tahun lebih.. subhanallah.


Bersabar sahabatku atas ujian dari-Nya ini.. lapangkan hati dan dadamu. Masa kita juga akan sampai bila-bila saja..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menghimpunkan dia di kalangan kekasihNya. Ameen ya Allah.

0 comments: