Tuesday, February 21, 2012

Siti Impian

mampukah mereka sehebat Siti Impian?

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun baginda ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika beribadat di Gua Hira'.


Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamullahu wahjhah, walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku tak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi saw minum, di situ beliau akan minum dengan bekas yang sama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. BErjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. (Pengorbanan seorang ibu mithali)

Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi, sehingga rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa as.

Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti 'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah swt.


Sumber: Malaysia Kini