Tuesday, July 3, 2012

Nikmat Yang Tidak Mampu di Dustakan

Allahurobbi.. Sebulan lebih halaman ini sepi tanpa sebarang catatan dari empunya diri. Namun, adakah sesiapa yang peduli? Alhamdulillah ..kehidupan masih berterusan dengan lakaran baru yang sungguh indah. Ada yang ingin tahu?

REZEKI ALLAH
Bila ianya datang dengan melimpah-ruah, apalagi yang wajar dilafazkan..selain dari lafaz syukur pada-Nya serta ucapan alhamdulillah..terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Pada DIA sajalah mohon dikembalikan diri ini agar sentiasa dalam lindungan-Nya..

KERJA?
Cuti sem 2 bulan, Allah beri rezeki kerja di pejabat umrah dan ziarah.. Allah..Allah..Allah.. Semuanya nampak tiba-tiba, tapi telah Allah aturkan begitu. Syukur pada-Nya. Termakbul impian untuk tidak duduk di rumah saja sepanjang cuti 2 bulan. Lokasi pun dekat dengan rumah. Alhamdulillah..

GAJI?
Hanya mampu menyebut Alhamdulillah.. -lebih dari yang dijangkakan! Pertama kali dalam hidup memiliki duit sebanyak itu.. Subhanallah! Berkat, kerja di tempat pilihan mama/ ayah.

Ada 2 tempat pilihan lain awalnya. Satu di TASKI Jabatan Agama Johor dan satu lagi di Butik Raudhah (butik muslimah) di Plaza Angsana. Gaji di TASKI tak sampai 1K. Gaji di Butik lebih 1K. Tapi masalah pengangkutan balik pukul 10pm. Ayah tak larat nak berulang semula  ke bandar pada waktu tersebut. Biasanya ayah sampai rumah, dari pejabat pukul 630/ 7pm. Terus jemaah di surau maghrib dan isyak. Lepas Isyak ayah dah penat dan mengantuk. Mana taknya, waktu bangkit ayah pukul 3/4am dan terus tak tidur.

EXAM RESULT
Alhamdulillah..-senyum lebar- Terima kasih, pada sahabat yang mendoakan sebelum ini.. semoga keputusan exam kalian juga cemerlang.. buat semua sahabat di Mesir dan Jordan, semoga terus 'naik tahun', cepat balik, cepat kerja, cepaattt kahwin.. Ameen ya Allah.. hehe..

I.N.T.I.M.
Baru seminggu Kuliah bermula, dah berjalan .. Sukan antara Kolej/Uni Islam. Melaka jadi tuan rumah kembali. Tahun lalu di Perak. Kali ini jadi peserta bowling. Alhamdulillah..tidak perlu berpanas.. yeaaayyyy!

Tempat penginapan, sebuah resort di pinggir pantai di Pengkalan Balak... Student lelaki seronoklah..boleh bermandi-manda di pantai sesuka hati. Kami, student petempuan setakat bermain air di gigi air.

Tiada Upaya lagi
Ketika perjalanan balik, kami singgah di rumah salah seorang  kakitangan kolej di Merlimau. Aduhai. Jiwa kami, sudah tidak sabar untuk sampai di JB..Namun apalah daya..

Sampai JB lewat tengah malam..terus zzzzzz.