Sunday, July 8, 2012

Taman Syurga

Sabda Rasulullah saw: Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda saw menjawab: Halaqah zikir. (HR : at-Tarmizi)

Izin-NYa
Alhamdulillah, InsyaAllah..hujung minggu ini Allah mengizinkan aku berada di dua 'Taman Syurga'. Allahurobbi..

Zikir, Aqiqah dan Tahnik
Jumaat malam kelmarin rumah Tok Taman Daya telah mengadakan majlis tahlil kesyukuran, serta tahnik dan potong rambut, baby baru Pak Uda Chem.

Subhanallah, ramai sungguh jemaah surau yang hadir..penuh sesak ruang tamu, melimpah ke luar. Alhamdulillah. Ada tetamu istimewa..imam dari Masjid Nabawi. Ianya kebetulan.. Namun, bukankah kebetulan itu merupakan limpahan rezeki yang Allah anugerahkan? Allah..Allah..Allah.. 

Ketika majlis berlangsung, aku sambil membayangkan..malaikat rahmat sedang mengembangkan sayapnya di atas bumbung rumah Tok... Ku perhatikan jemaah yang memenuhi ruang tamu dan di porch.. Aku pasti, ada malaikat rahmat di kalangan mereka.

Allahurobbi..NikmatNya yang tidak mampu kudustakan lagi.

Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Aku akan berkampung di UTM selama 2 hari, iaitu Sabtu dan Ahad. Rezeki dari Allah, kehadiran yang ditaja. Terima kasih ya Allah, sudi memilihku yang sering berbuat dosa..ya Allah..

Oh, hari pertama telahpun berlalu.. Alhamdulillah.

Semoga Allah melembutkan hati dan telingaku untuk hari yang berbaki, dan tidak diganggu oleh rasa mengantuk.. Allahumma ameen.

Sabda Rasulullah saw:
Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya. (HR: Muslim)

4 comments:

E n t o y C a i r o said...

seronok kottttttttttt....niat nk g join gak..tapi x dapek nak nolak sorang2 kapal terbang sampai 7/7 !! :(

Humaira' said...

kbai :)

Puan Ummi said...

salam Humaira
wah peluang dan ruang yg tak selalu datang,kan Humaira

Anonymous said...

ALHAMDULILAH....