Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Friday, February 10, 2012

MAWAR MERAH DI BULAN FEBRUARI..

-kami 'berkampung' di Mersing-


Oh, Rabiul Awal..
Apa lagi yang paling indah selain dari mengenang kelahiran kekasih Allah.. Muhammad SAW.

Ayuh, perbanyakkanlah selawat keatas insan mulia pemberi syafaat buat kita di Padang Mahsyar kelak. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [HR: Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

-Teluk Penyabong-
mengeratkan tali kasih sambil menyaksikan kebesaran Allah..Allahurobbi..




Oh, Februari..
5 Februari.. ulang tahun pernikahan mama dan ayah. Alhamdulillah, sudah mencecah ke angka 23 tahun. Subahanallah.. Semoga mereka terus dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan bagi memudahkan melakukan amal ibadat semaksima yang mungkin. Ameen ya rob.





Syamil dan adik berkongsi bulan kelahiran. 9 Februari, milik Syamil untuk kali 17. Manakala adik pula 16 Februari telah menjadi 'miliknya' untuk kali ke 12. Allahurobbi, begitu pantas masa berlalu. Seolah baru semalam melihat kekecohan di ruang tamu, apabila mama terpaksa melahirkan adik di situ kala dinihari kerana tidak sempat ke hospital. Aku yang ketakutan, bersembunyi di dalam selimut bersama Syamil. Allah..Allah..Allah..

Semoga mereka berdua sentiasa di dalam taufiq dan hidayah Allah..menjadi insan-insan soleh. Ameen ya Allah..





Wednesday, October 5, 2011

Bercanda di Pasiran Pantai


Hujung minggu lalu.. secara tiba-tiba mama dan ayah buat 'unplanned trip'. Begitulah bila semua ada.. Mama tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan lagi tautan kasih antara kami yang seringnya dijarakkan oleh tuntutan duniawi.

Kami ke Tanjung Balau..Asalnya mahu ke Desaru. Tapi bila tiba di rumah makcik mama  (Nenek Som) di Sungai Mas, sepupu mama mencadangkan kami ke Tanjung Balau saja. Kami  hanya menurut.

Selepas berbincang ringkas, tanpa berlengah mama terus ke kedai bersama sepupu mama yang saya panggil Auntie Lin, untuk membeli ayam. Mereka berdualah yang menyiapkan perapan ayam.

Saya? hehe.. tak lepas peluang untuk merasai nikmat menaiki motor ronda-ronda kampung. Mata mama bulat memandang..  tak berapa nak beri sebenarnya.  Tapi sebab Syida yang bawa (kawan kolej), dia confident. Saya hanya menjadi pembonceng terhormat. Hmmm,  itupun jakun!!  Jerit-jerit gediks.  [Achik, sila diam!! haha]


Kami tiba di Tanjung Balau ketika para pengunjung mula beransur pulang. Hampir 10-11 tahun saya tidak lagi kemari. Ianya kelihatan berubah. Tidak lagi seperti seawal pembukaannya, ketika tidak ramai mengetahui kewujudannya. Ketika itu pasirnya masih lagi bersih. Chalet pun belum didirikan lagi. Masih lapang. Namun paling seronok, melihat kewujudan surau yang indah di laluan masuk. Bolehlah berlengah-lengah.



Mama memilih tempat strategik untuk berBBQ..di atas rumput yang landai dan agak bersih. Rupa-rupanya banyak benda yang kami tak bawa.. Maklum, plan bidan terjun. Lampu (kami stay sampai lepas Isyak), tikar, kipas, serai/pandan bersama minyak..dan penyepit. Tanpa berlengah, bara segera disediakan. Hmm, rasa teruja sungguh!! Lama tak bersantai begini.

Bila azan dilaungkan ayah, saya dan semua yang boleh bersolat bergerak ke surau berhampiran. Usai solat, makanan sudah siap di bakar.  Selain ayam perapan yang di bawa dai rumah, ada juga sosej dan burger yang mama beli di econsave Jalan Desaru ketika dalam perjalanan.



Ya Allah nikmatnya.. makan sambil di temani hembusan bayu dari Laut Cina Selatan. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu.. Maafkan hambaMu ini andai terlebih gembira..



Kira-kira pukul 9 lebih kami meninggalkan pantai Tanjung Balau.. menyambung perbualan di rumah Nek Som. Tidak sampai 10 minit perjalanan. Alhamdulillah, sempat melelapkan mata di rumahnya buat menghilangkan lelah..

Kami bergerak pulang ke Johor Bahru kira-kira pukul 1130 malam, melalui lebuhraya baru Desaru-Senai. Separuh perjalanan kami dibuai mimpi. Alhamdulillah, perjalanan yang dipermudahkan...

Cuti panjang nanti kami berpakat untuk berBBQ di pantai lagi, tapi dengan perancangan awal yang lebih teratur lagi. InsyaAllah.. Kemana? Tunggguuuuu..!!!




Monday, July 11, 2011

SEGALA PUJI BAGI ALLAH


Tasmi'
Alhamdulillah.. tasmi' berjalan dengan lancar. Markah tasmi' adalah untuk subjek tajwid  ianya akan dicampurkan dengan markah kertas kerja. Terima kasih ya Allah atas bantuan-Mu. Terima kasih pada semua yang mendoakan.

WARUNG SAGA

Roti John Warung Saga
Alhamdulillah.. ayah belikan roti john dari Warung Saga. (klik di sini juga) Awak semua kena rasa sebab lain dari yang lain. Telur memanglah ada, itulah bahan paling asas untuk roti john. Sos pada roti ialah black pepper sos dan ada cheesy sos jugak, selain dari cili sos dan mayonis. Gabungan semua sos tersebut menjadikan roti john di situ sungguh enak. Mama pernah tanya tokeh di mana dia beli cheesy sos, katanya dia buat sendiri. Hmm, kagumnya..muda saja orangnya tapi kreatif.

Selain dari roti john, ada di jual juga burger-burger yang biasa tu dan burger cikano. Cikano adalah campuran daging lembu atau daging ayam campur berserta telur. Saya dah cuba beli/makan burger cikano dari gerai yang lain tapi memang tak sesedap cikano di warung saga.

Undangan Perpisahan
Hmm, Prof Kamil sms saya siang tadi untuk ke majlis perpisahannya di UiTM segamat pada 13 Julai a.k.a Rabu a.k.a lusa. Berkali-kali saya baca sms kirimannya itu, untuk memastikan tarikh yang diberikan. Bila saya hubungi mama, dia pun menyuruh saya cek betul-betul  tarikh yang ditulisnya. Sah! Memang Bulan ini. Hari Rabu. Lusa!!!! Bukan weekend!! Sekian terima kasih!!

Huaaa.. nak pergi.. nak pergi.. tapi, saya ada kelas lah Uncle Prof! Maaf ya.. Walau bagaimanapun, terima kasih banyak-banyak sebab ingat saya yang hanya '1 sen' dari travelog kehidupanmu dan Untie Roza. Saya berjalan seperti tidak jejak ke bumi. Senyum lebar hingga ke telinga. Suka, bangga, bahagia.. Semoga Uncle dan Untie sekeluarga akan terus diberi kehidupan yang barakah oleh-Nya. Ameen, ya Rabb!

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah!

Tugasan Akhlak
Alhamdulillah, tugasan akhlak telah siap 98%. 2% lagi untuk semakan oleh ustazah esok, InsyaAllah dan kemudian hanya perlu di print. Terima kasih wahai Allah, memudahkan aku ke atas segalanya.

NikmatMu yang manakah hendak ku dustakan?

Sunday, July 3, 2011

KEGEMBIRAAN KAMI



TIDUR YANG INDAH

Alhamdulillah, hujung minggu yang baru ini aku dapat merasai nikmatnya tidur di katil dan bilik sendiri. 1st-3rd July. 3 malam 2 hari.. macam pakej percutian kan. Terima kasih ya Allah, atas nikmatmu. NikmatMu yang tidak mahu untuk ku dustakan.

CHOCOLATING
Agagaa... tak percaya??? Yes, itu lah hakikatnya. Entah hangins apa yag datang, tiba-tiba aku rajin pulak untuk membuat sendiri coklat yang mak-mak orang tengah havoc sangat masuk kelas, untuk buat coklat macam-macam gaya.

Bahan-bahan semua memang dah ada kat rumah ni. Mama punya stok lah apa lagi.. hehehe..

This is my second trial.. 1st time aku tolong mama buat (errrkk, banyak tengok dan banyak buat derrkk..ahakss).

Kali ini mama biarkan aku 'berjuang sendiri'. Dia just tunjukkan sekali lalu those steps. Alhamdulillah aku masih ingat dan boleh buat.

Masa buat tu, fuuhhh give-up mula menguasai minda aku. Membuat coklat tahap kesabaran harus berada di tahap paling maksima. Sesabar perempuan melayu terakhir.. yang buat kerja sopan-santun, perlahan dan penuh silu.. ekekeke.. kalian bayangkanlah sendiri ya.

Aku memang tabiklah to those kakaks or makciks yang jual coklat tuh.

Mula-mula aku malas dan selebihnya malu nak bawak ke hostel, sebab aku  anggap percubaan aku tidak berapa menjadi. Aku buat bentuk love and green color.Tapi bila mama dah pilih yang elok,  adjusted mana yang sememeh dan masuk dalam paper cup  pink.. cantik pulak. Hilang terus give-up aku.  hehehe..   Bila kawan-kawan aku tengok, mereka kata.. "cantiknya..."  Bila dah masuk mulut.. "sedapnyaaa.."  Hmmm, alhamdulillah..hilang semua rasa penat. Kembang semangkuk terus!!  Kalaulah mereka nampak yang tunggang-langgang tuh..hehe. Errkk, malangnya aku lupa nak ambik gambar sebagai bukti..ahaksss!! 

BANAFEE VILLAGE
Larut malam -dekat pukul 12 gitu- kami supper di Restoran Banafe. Ada dua. Satu berhadapan New York hotel (yang lama @ BANAFE CAFE) Satu lagi -yang baru- berhadapan dengan building MAA. Kami pergi tempat yang baru @ BANAFEE VILLAGE.

Beberapa kali dah cuba ke sini, tapi tak jadi masuk sebab ramai sangat pengunjung yang datang. Malas nak menunggu dan bersesak. Perut pun dah lapar sangat.

Cosy!! Memang best tempat ni. Alhamdulillah, tak lama menunggu makanan sampai. Kami tak lapar sangat, so order yang simple aje.

Aku dan Syamil makan roti canai, adik order chicken wings, mama order tuna sandwich.

Ayah masih kekenyangan makan  juadah berbuka puasa di surau. 

BEKAL  KE ASRAMA

Dari pagi sampai ke petang, mama sibuk kat dapur untuk bekalkan  aku dan Syamil makanan.

Mula-mula dia masak nasi goreng untuk sarapan pagi. Then dia sambung masak  Mi bandung untuk aku. kemudian masak untuk lunch.

Simple. Nasi putih dan ayam paprik. Senang. Segala sayur ada sekali dalam tu. Sempat aku tapau dan makan dalam kereta.

Mulanya tak plan pun nak bawak untuk Syamil. Tiba-tiba aku dengar bila mama tanya, dia pun nak bawak jugak. Tu yang bila aku keluar rumah (lepas  ayah balik dari surau solat zohor), mama masih kat dapur lagi. Ready untuk Syamil pulak. Adik lah yang akan jadi mangsa urut kaki dia malam kang!!

T.A.M.M.A.T

Sekian catatan travelog perjalanan hujung minggu aku dan family..!! Cheersssss..!!

Tuesday, June 7, 2011

Cendol Madu

Cerita mengenai cendol lagi. hehehe.. Jangan muak ya!

Beberapa kali bila call Pak Ngah ketika hujung minggu kebetulan dia kata sedang makan cedol madu di Parit Raja. Sedap sangat katanya. Teruja mendengar ceritanya kami pun cuba mencari. Kami jumpa warung kecil ini, iaitu melalui Parit Botak-Parit Raja.

Tauke warung seorang makcik berusia 50an, berasal dari Parit Bugis Pontian. Itu yang aku dengar hasil perbualan dia dan mama. Bukan main rancak mereka berbual, maklum dari tempat yang sama dan sekolah pun sama.. Sekolah Menengah Dato Penggawa Barat.














Bookmark and Share

Monday, June 6, 2011

Cendol 'LEMAN DAWI'

Selalu sangat dengar kehebatan cendol Leman Dawi dari Tok Aji dan Mak. Terbaru Pak Ucu pulak dah sampai tempat ni. Berapa kali pergi balik JB-KL-JB sentiasa terlepas peluang untuk menikmati kelazatan cendol yang menjadi sebutan mulut ke mulut. Malah pernah aku membaca kisahnya di akhbar dan TV. Cuma dah tak ingat TV dan akhbar mana.

Seawal 830 pagi aku bertolak dari rumah kakak di Semenyih. Ikut jalan dalam, melalui Beranang dan masuk bandar Seremban.Tidak sukar mencarinya, kerana kedudukannya yang terletak di laluan utama.

Ketika sampai, pagar belum dibuka bererti jualan belum bermula. Ayah menghubungi talipon yang tertera di kain rentang di pagar. Suara di sana memberitahu, pagar akan dibuka bila-bila masa saja. Alhamdulillah. Rezeki memihak pada kami kali ini.








Pelanggan pertama

Pelanggan ke-2


Ayah sedang meletakkan cendol mama.
Adik demam


Leman Dawi sedang berpantun

Dalam jug tu... cendol!
Nak tambah, tuang aje.. boleh makan sampai tak hengat.
P E R C U M A!!

Dalam tong biru tu ice. Percuma juga.

Syamil dah kekenyangan.
Dalam botol hijau tu ada air gula, kot cendol yang diberi kurang manis.
Tambahlah ikut selera masing-masing.

Wang yang dibayar akan di kembalikan RM0.50 sen.
(Pakcik Leman bersedekah 0.50 pada setiap pelanggannya)


Travelog Perjalanan, 2 Mei 2011

Bookmark and Share

Saturday, June 4, 2011

RESTORAN SABA'A

Lama teringin nak makan makanan arab di sebuah restoran popular di Cyberjaya. Akhirnya impian terlaksana bila Along Joy ajak kami ke situ. Selepas penat berbasikal, kami mengisi perut kekosongan dengan juadah yang semangnya enak. Rambang mata kami untuk memilih menu yang pelbagai.























Terima kasih Along.. bawak kami ke tempat ni. Tak terliur lagi lepas ni. hehehe..Terima kasih kakak..sponsor kami semua. Semoga rezeki kakak terus melimpah ruah..Ameen, ya Rab.

-Travelog 1 Mei 2011-