Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Terima Kasih Cinta

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"(HR: Ahmad dan al-Hakim)

ALHAMDULILLAH

240412..

Terima Kasih ya Allah atas segala nikmatMu..dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki yang tidak di sangka-sangka serta dianugerahkan ramai sahabat yang menyintai-Mu.. Mendoakan aku tanpa ada rasa sangsi, semata-mata kerana-Mu ya Rabb..Serasa ingin ku peluk seorang demi seorang, sebagai tanda penghargaan..(hepppsss!! girls jeks kayyyyy!!! potong tauuuuu..orang tengah syahdu-syahdu ni!! -LOL-)

DOAKU..
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Kau rahmatilah kesemua mereka yang telah mendoakan aku ini ya Allah..Kau kasihilah mereka dan ibubapa mereka serta ahli keluarga mereka yang lain..Kau permudahkanlah urusan mereka..Kau permudahkanlah sahabat-sahabat Dan saudara-saudaraku yang akan menghadapi peperikasaan yang bakal menjelang.. Kau peliharalah kami semua dari hasutan syaitan dan fitnah dajjal..Kau matikanlah kami dalam khusnol khatimah...Kau lindungilah kami dari kesengsaraan hari akhirat..Kau peliharalah kami dari azab api neraka..

Ameen..ameen..ameen..ya Robbal 'alameen.


REZEKI ALLAH:

Alhamdulillah, yang memberikan kami rezeki yang melimpah ruah untuk dinikmati. Makan Malam Istimewa pastinya.

Lokasi: Mama Chop Papa Grill, Taman Universiti.

Hanya setelah ayah dan adik-adik pulang dari solat Isyak di Surau barulah kami keluar..Kami kelaparan, hingga lupa untuk merakam gambar makanan dan minuman buat kenangan.


lamb chop - mine!
(gambar dari google)

adik dan syamil berkongsi mix grill. portion banyak dan besar.
(gambar dari google)

Rib Eye Steak - untuk mama
(gambar dari google)

Ayah, hanya minum air teh O segelas besar, kerana masih kenyang katanya.

*Lagu Latar: Terima Kasih Cinta/ Afgan

Friday, February 10, 2012

MAWAR MERAH DI BULAN FEBRUARI..

-kami 'berkampung' di Mersing-


Oh, Rabiul Awal..
Apa lagi yang paling indah selain dari mengenang kelahiran kekasih Allah.. Muhammad SAW.

Ayuh, perbanyakkanlah selawat keatas insan mulia pemberi syafaat buat kita di Padang Mahsyar kelak. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [HR: Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

-Teluk Penyabong-
mengeratkan tali kasih sambil menyaksikan kebesaran Allah..Allahurobbi..




Oh, Februari..
5 Februari.. ulang tahun pernikahan mama dan ayah. Alhamdulillah, sudah mencecah ke angka 23 tahun. Subahanallah.. Semoga mereka terus dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan bagi memudahkan melakukan amal ibadat semaksima yang mungkin. Ameen ya rob.





Syamil dan adik berkongsi bulan kelahiran. 9 Februari, milik Syamil untuk kali 17. Manakala adik pula 16 Februari telah menjadi 'miliknya' untuk kali ke 12. Allahurobbi, begitu pantas masa berlalu. Seolah baru semalam melihat kekecohan di ruang tamu, apabila mama terpaksa melahirkan adik di situ kala dinihari kerana tidak sempat ke hospital. Aku yang ketakutan, bersembunyi di dalam selimut bersama Syamil. Allah..Allah..Allah..

Semoga mereka berdua sentiasa di dalam taufiq dan hidayah Allah..menjadi insan-insan soleh. Ameen ya Allah..





Wednesday, June 29, 2011

HARI INI

ISRAK MIKRAJ
27 Rejab 1432H. Tenang saja sepanjang hari ini yang ku lalui. Gerimis halus sesekali turun mengiringi perjalanan kami seharian. Meredupkan suasana yang kebiasaannya panas menyengat ke wajah. Hari yang penuh barakah. Alhamdulillah.

Awal pagi kami harus ke Dewan Besar Pusat Islam untuk mendengar ceramah berkenaan Israk Mikraj. Sebaik melangkah masuk ke ruang legar, kelihatan disediakan khemah untuk tetamu bersarapan. Rezeki. Terima kasih ya Allah.

Kami di situ sehingga pukul 1pm. Makan tengahari juga di sediakan. Rezeki lagi. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Tapi aku tidak turut serta makan di situ. Segan. Majoriti banin belaka. Aku dan kawan tapau saja di kantin Pusat Islam. Ulam raja,sambal belacan, asam pedas ikan mayung dan ayam masak lemak cili api. Tapau sekali teh ais dan milo ais. Alhamdulillah rezeki Allah.


-Bekas Istana, Bekas Sekolah Agama-
Bukit Zaharah

Kebun Bunga Istana


BIRTHDAY AYAH

29 Jun 2011. Alhamdulillah, ayah masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan oleh-Nya untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga dan menjalani ibadat dengan tekun. Masuk hari ini, insyaAllah sudah 27 hari ayah berpuasa sunat Rejab. Semoga ayah terus diberi kesihatan olehNya untuk beribadat dan dirahmati kehidupannya sehingga ke akhir hayat. Ameen ya Rabb.

Malam, usai solat Isyak kami makan malam beramai-ramai di Malay Village-Kg Mohd Amin bersama-sama beberapa rakan-rakan istimewa yang sentiasa di sisiku di kala susah senang. Terima kasih ya Allah atas limpahan rezeki-Mu.

Nikmat Allah yang manakah mahu ku dustakan?

Friday, April 8, 2011

Happy Birthday Pokde!

Happy Birthday.. My Luvly Pokde Chem!

Pok De @ Shamsul Akbar & his cutest Wifey (wink3x)
location - Bangkok
time ni Pokde bawak family dia, aku n mak dinner



::luvly Mokde::
[kami serasi]


his luvly dotters
Left: Hani Yazlinda(1st)
Right: Hannah Khadijah (2nd)
location: Bangkok Embassy
pic ni aku ambil masa ziarah mereka pada Okt 2010




sweet kan mereka..
location - Bangkok International Airport
April 2010
aku snap pic ni, time mereka & pokde hantar aku, mak & kakak balik


his 3rd dotter
Husna Safiyyah
location - Rumah Mak/ Tok @ Taman Daya - JB
Time ni kakak jadi pengantin


~terima kasih atas kasih sayang tidak berbelah bagi pada kami bertiga~
terima kasih atas kesabaran melayan kerenah yang menduga kesabaranmu
terima kasih, tidak melupakan kami meski ke mana jua Pokde berada dan pergi
terima kasih ..terima kasih.. terima kasih..
hanya Allah jua yang akan membalas segala budimu itu..

semoga dipanjangkan usia dan ditetapkan iman olehNYA
semoga Pokde akan sentiasa di murahkan rezeki yang barakah olehNYA
melimpah..melimpah..melimpah dan terus melimpaaaahhhh..
(melimpah ke poket saya juga..ekeke)
ameen..ameen..ameen, ya Robbal 'alameennn

pssttt~ wish sangats pokde duduk Arab Saudi Emmbassy pulak lepas ni..
dekat dengan rumahNYA.. dekat dengan Rasulullah dan para sahabats..
ke, Egypt?

hehehe

Wednesday, February 16, 2011

11th!


Restoran Malay Village, Jln Mohd Amin, JB
-13 Mac 2010-


16 Februari!! Giliran adik bungsu -ALIFF DANIAL BIN AZLAN- menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 11 tahun. Semakin tinggi, semakin tembam dan semakin sengal!! haha..

Serupa dengan Syamil, mama tempah brownies dengan kawan dia dan beli goodies untuk beri pada kawan-kawan sekelasnya. Alhamdulillah, atas rezeki yang dilimpahkan.





cuti semester akhir -2010-
Desaru Beach Hotel


KAKI MELARAM
Pandai melaram dia. Pakaian ikut dia nak beli yang macamana. Bukan main dia.. huh! Aku dulu harus pakai apa saja yang mama/ ayah beli. [for sure lah mama yang pilih dan buat keputusan, sebab kalau aku yang pilih.. memang aku tidak akan memilih gaun oGeh.. LOL.. ]


Restoran Malay Village, Jln Mohd Amin
-13 Mac 2010-

PAK LAWAK
Boleh tahan sengal dia kalau dah melawak. Semuanya spontan. Serupa seperti Syamil, sepatah-dua saja perkataan yang keluar dah boleh buat kami yang mendengarnya pecah perut. Tapi muka dia selamba saja, seperti tiada apa yang berlaku.


Feb 2010 -ziarah syamil-

MENGALAH
Tabiat yang satu ini lebih menjurus pada abang dia -syamil- Dia sanggup mengalah demi abang dia. Tak tahu nak kata apa. Sanggup dia kena marah dengan mama/ ayah asalkan dia dapat cover abang dia. 'Memang blood'!! Kalau kena marah dengan abang pun dia akan diam saja. Tidak berbunyi langsung.

MURAH HATI
Kalau jumpa abang di sekolah, setiap kali nak balik, dan dia ada duit lebih mesti dihulurnya duit dia semua sekali pada abang. Yang ini aku sendiri mengalaminya semasa di sekolah dulu. Bayangkan, belum sekolah lagi [even tadika] dia dah buat perangai ni.

Pantang dia nampak pengemis atau orang datang menjual barang/ cenderahati .Ayah/ mama menurut saja kalau adik minta wang untuk bersedekah. Mama kata kalau dia menipu sekalipun itu antara dia dengan Tuhan, yang penting kita berbaik sangka. Mungkin Allah sengaja mahu menduga ketulusan hati kita dengan mendatangkan pengemis yang berbagai kerenah dan rupa. Wallahua'alam.



Air Terjun Sungai Bantang, Bekok -2010-
joint trip office mama


SUKA BINATANG
Adik suka binatang terutamanya kucing. Syukur dia sudah berubah citarasa. Semasa masih di tadika atau awal lagi, yang pasti sebelum ke sekolah rendah dia suka anjing!! Dushhhh.. Dia kata anjing kuat. Boleh jaga rumah..huhuhu.. Errkk..!!! Ini semua pengaruh kartun lah apa lagi. Macam budak-budak lain juga, memang dia asyiklah mengadap cd/dvd, astro-kartun. Namun di sisi yang lain pula, dia banyak belajar dari cerita-cerita kartun yang ditontonnya. Semuanya dipelajari melalui dari watak-watak animasi binatang.

Puas dia pujuk mama untuk membela kucing di rumah. Namun, malangnya mama penggeli terhadap binatang, walaupun kucing. Namun mama tetap memberi adik peluang untuk 'berbakti' pada kucing. Kami sentiasa ada stok makanan kucing. Makanan tersebut akan kami beri ketika makan di warung-warung. Biasanya akan ada kucing yang menghampiri kami. Macam dia tahu saja ada orang yang sayang dia.. :p





SUKA WESTERN FOOD
Ini satu lagi pengaruh dalam cerita kartun yang dia terikut. haha.. Tapi sebenarnya habbit yang ini sudah kami nampak semasa dia dalam kandungan lagi. Mama suka sangat dengan western food. Sampai mama pandai masak hampir semua menu - Black pepper steak, chicken chop, fish n chip, spaghetti [pelbagi perisa/kuah] Maklumlah makanan tersebut semuanya mahal. Jadi untuk menjimatkan kos, mama kata dia pun belajar masak dari kawan-kawan, buku-buku resipi di pasaran ataupun internet.


June 2010
Taman Jepun, Bukit Tinggi

udang galah fresh di hari raya memang best!!
adik ipar PakNgah bawak balik dari Seremban

Eidul Fitri 2010
Rumah Pak Ngah
[to be exact, rumah makmertua dia- dah menetap since kahwin 1994]
Pt Hj Karim, Ayer Baloi

dengan mily -anak pokcu blah mama-
Pt Hj Siraj, Kayu Ara Pasong
Eidul Fitri 2009


dengan untie Noriah -isteri pakngah blah mama-
Pt Hj Siraj, Kayu Ara Pasong
Eidul Fitri 2009

Mei 2010
A'Famosa Resort

BUAH HATI KAMI
Kehadirannya tidak terduga. Mama kata, tidak sangka akan ada lagi selepas syamil. Ayah memang mahu dua orang saja. Namun kuasa Allah, tiada siapa hambanya yang boleh menyangkal. Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu tentuanNya. Alhamdulillah, dia mengisi kesunyian rumah kala aku dan syamil tiada di rumah.

ALIFF DANIAL a.k.a ADIK a.k.a dodoQ ...

'happy birthday'
semoga di rahmati Allah selalu dan ditetapkan iman oleh-Nya
ameen..ya Robb

WE LUVS YOU!!




Wednesday, February 9, 2011

16 TAHUN!!


Malam Tahun Baru Jan 2010 -Tebrau City

Hari ini, 9 Februari 2011..dia yang bernama Aliff Syamil Azlan.. genap usianya menginjak ke 16 tahun. Alhamdulillah. Tanpa sedar!! Aku harus mendongak bila bediri di hadapannya. Tinggi lampai dia kini. Paling seronok segelintir kawan ayah atau mama menganggap dia lebih tua dariku..[betapa aku awet muda..ahaha]

Mama tempah brownies dan masak mi goreng** lalu hantar ke sekolahnya. Lepas Maghrib bertolak dari rumah. Dia memang tidak tahu. Dalam perjalanan, kebetulan pula dia menghubungi mama. Terkejut dia... hehehe **[mama masak lepas balik dari kerja. singgah mini market dekat rumah dan beli semua bahan-bahan. mula masak pukul 630, pukul 7pm siap semuanya.]

Bila berjumpa mama dan ayah, dia bercerita dia telah menerima 'hadiah manis' dari kawan-kawan di sebelah siangnya sebelum maghrib - kena mandi dalam kolam ikan depan asrama. hehehe.



1 Mei 2009-Residence Resort, Paka, Terengganu




PAK LAWAK
Dia penglipurlara kami sekeluarga. Kalau dia ada, tak kering gusi kami dibuatnya. Pun kadangkala mampu membuat hati salah seorang dari kami tersentap. Adatlah kan.. hubungan adik-beradik.. carik-carik bulu ayam. Tapi, banyaknya berlawak.



Taman Jepun, Bukit Tinggi -2010-
[antara memek muka yang sentiasa tergamak dia lakukan]


KONON MACHO
Dia suka sangat buat muka selamba [kalau ada awek cun] -konon tidak terkesan [bluweekkks] hehehe.. Anyway salutes you.. sebab tidak gelabah seperti sesetengah lelaki...


JB Sentral - 29 Januari 2011
lagak serius yang dia suka buat -tak takut, oGeh!!-





Collmar Village, Bukit Tinggi -2010-
lagi prasan macho!



 bluweekk..!!
Taman Jepun, Bukit Tinggi -2010-
[tengah tunggu trem untuk bawak turun ke Collmar Village]




KEMEME
Dari kecil, kalau mama tegur something yang tak kena, berlinang-linang airmata di tubir matanya.. -cengeng- tapi, sejak-sejak dah semakin besar dia sudah mampu untuk mengawal rasa sedih di hati. Kalau kena marah mama atau ayah duduk diam dan sopan [cayalah!] Tapi telinga merah menahan rasa..ahaha.. [buruklah]

KAKI MELARAM
Sikapnya yang satu ini kadangkala mencuit hatiku. kalau sehari keluar rumah 3 kali, maka 3 kali lah dia menukar baju. Tapi tak boleh nak marah, sebab dia cuci baju sendiri .. [baik kan dia..ahaks] Hmm, kalau angin 'M' dia sampai, terbiar saja lah baju-baju yang sudah dipakai beberapa hari. Pandailah dia sorok dari mata ayah. Minyak wangi jangan cakaplah.. Mandi? Memang menyirap. Mujur bilik air ada dua..hehehe




Eid 2010 - Hari Kedua
memang hobi dia - berangan sorang2 di belakang mpv
kami tahu, tapi buat-buat tidak tahu..haha
[berjaya mencuri pic ini dari folder dia]


PANDAI MENGEMAS
Mesti dia bangga kalau kawan-kawan perempuan dia baca yang satu ini..huhuhu. Tinggal di asrama telah mendidik dia menjadi lebih berdisiplin. Jika tidak, dahulu berbuih mulut mama atau ayah minta dia mengemas bilik. Sekarang -adakalanya angin puspus malas dia sampai- sekali tegur pun dah beres semuanya. kadang bilik dia pula yang kelihatan lebih kemas dari bilikku [cis!]

Bab mengemas atau mencuci baju sendiri memang telah ayah biasakan. Ayah tidak mahu anak-anak lelaki dia lekat dengan stigma lelaki itu harus duduk-duduk saja di rumah - makan, rehat dan tidur!

[Helooo, Nabi Muhammad saw jahit sendiri bajunya yang koyak. Kalau Sayyidatina Aisyah tidak masak bila dia balik ke rumah, baginda tidak pernah komplen oGeh. Terima kasih ya Rasullullah... kaulah pembela nasib kaum wanita.. Allah..Allah..Allah]

Lagi satu, emak ayah [mak tok] telah meninggal dunia semasa ayah berusia 17 tahun [sehari sebelum SPM berlangsung. Kasihan ayah. Kesannya ayah harus melakukan semua kerja sendiri - mengemas, membasuh dan kadangkala harus memasak! Menurut ayah, ayah telah mula melaku kan semuanya seawal usianya 11 tahun, kerana waktu itu mak tok telah sering sakit dan sering keluar masuk hospital akibat dari serangan tumor. Jadi ayah mahu anak-anak lelakinya semua harus belajar berdikari dari awal. Kerja Allah, tidak tercapai oleh akal untuk menekanya. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan.

BERTANGGUNG JAWAB?
Yang satu ini, satu-satunya yang sentiasa mengembirakan kami sekeluarga, yang sentiasa buat mama dan ayah tidur lena; atas izin-Nya, atas gerakan-Nya. Alhamdulillah. Bila cuti panjang, surau itulah tempatnya hampir setiap kali masuk waktu. Bukan setakat bersolat, malah menjadi muazzin. Kini, sedang bertatih menjadi imam pula -bermula dengan kebetulan, dan telah menjadi kebiasaan. Terima kasih, ya Allah.. atas anugerah-Mu. Allah..Allah..Allah..

Bukan niatku untuk mempamerkan rasa riak di sini -nauzibillah, maafkan hamba-Mu ini ya Allah..kau peliharalah hatiku. Niat ku hanya untuk berkongsi rasa, buat segelintir abang-abang di luar yang masih lagi kekok untuk menjadi muazzin, apalagi menjadi imam. Bagaimana nanti mahu mentadbir keluarga? Ya Allah, kau berilah petunjuk pada mereka yang masih lalai itu.. dan Kau maafkanlah mereka.. Ameen ya Rob.


ALIFF SYAMIL... aka BABY -we luvs you so much!!!




3 April 2010 - Tebrau City
kami bertiga
- kasih yang bertaut hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah!
ameen, ya Rob



eidul fitri 2010 - di rumah nenek
Pekan Nenas



eidul fitri 2010 di Pt Hj Karim
baju coklat - Pak Ngah kami
[mama kata sewaktu kecil dia selalu kata, dia handsome macam Pak Ngah.. bluweekkss]



Majlis Aqiqah anak Pak Uda Shem, Rumah Tok Taman Daya
16 Ogos 2009




UMRAH- Mac 2008 [tingkatan 1]
dengan mak [kanan], tok aji [3 dari kanan]



October 2010
kami berkongsi minat yang sama
score - dia makin hebat buat aku menyirap!!



29 Jun 2010 -IKEA
poyo!




Eidul Fitri 2009
dia memang ceria!
[masa dia tengah posing, mama nampak dia pakai t-shirt sebelah dalam baju..]
waktu ni kami dari rumah PakNgah blah mama,heading to rumah PakNgah blah ayah di BBU
berhenti seketika di Petronas Tampoi - adik mahu ke tandas.



mama suruh dia buka masa tu juga.. wakaka
sebab kolar t-shirt tu nampak terkeluar banyak sangat
jadi kelihatan tidak kemas..
**baju ni dia jumpa kat rmh nenek-baju lama ayah..dia kata cantik



Saturday, April 24, 2010

240410

Happy birthday to me..2x.. happy birthday to me.... happy birthday to me.. ahahaha..~

Syukur kehadratNya, masih lagi diberi nafas untuk terus tinggal di bumiNya sehingga mencecah usia ke-20 tahun. Alhamdulillah, bersama kesihatan yang baik dan limpahan rezeki yang terlalu banyak, dikelilingi keluarga tersayang dan sahabat-sahabat yang baik.

Ya Allah, kuatkan imanku dan jangan kau bolak-balikkan sehingga ke akhir hayatku. Ameen, ya Robb

Thursday, December 3, 2009

MY MOM'S DAY!!

Saturday, April 25, 2009

SELAMAT HARI LAHIR


24-04-2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini.. yang masih lagi mengizinkan ku untuk terus hidup di bumiNya yang sangat indah ini.. yang masih lagi mengizinkan ku mengecapi nikmat dunia..


Tanpa disedari sudah 19 tahun aku menjadi penghuni bumi ini.. menjadi hambaNya dan menjadi umat nabi Muhammad s.aw.

Terima kasih, Ya Allah... melimpah ruahkan aku dengan nikmat yang pelbagai.. sentiasa melindungi aku dari kekejaman syatan durjana.. sentiasa memelihara maruahku biar aku sering saja alpa dan lalai dengan tuntutan duniawi.. hina sungguh aku ini ya Allah.. mempermainkan keagunganMu.. maafkan aku ya Allah.. maafkan aku ya Allah.. maafkan aku ya Allah.. sesunggunya aku dari kalangan orang-orang yang zalim..


Tiada tuhan yang ku sembah melainkan engkau ya Allah, dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah