Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Ini takdir-Nya


 MAJLIS ILMU

Dari Anas bin Malik, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

 "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir.”

(Hadis Riwayat: at-Tirmizi)

GAMBAR: Kunjungan Prof Muhd Kamil Ibrahim ke Johor Bahru
13 Julai: Surau Al-Taqwa, Bandar Baru Kangkar Pulai
14 Julai: Masjid Bandar Baru UDA


SILATURAHIM

Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang suka dilapangkan rezkinya dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturahim 

(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)


Alhamdulillah.

Terima kasih Uncle sekeluarga sudi menziarahi kami sekeluarga.

Maaf, air saja.. semua makanan telah dibawa ke surau. Mama fikir, Uncle sekeluarga akan terus saja ke surau atas kesuntukan waktu. Kemudian akan terus kembali ke hotel usai tarawih. Rupanya, semua 'ladies' stay di rumah. Terharu!

Anyway, terima kasih..suka teh tarik air tangan saya. Berapakah markah terkumpul? haha

Sofea dan Nuha nampaknya tak puas 'melepak' atas katil kakak.. nanti datang lagi ya. Sara, cool aje.. tak kisah pun melepak di bilik yang hapak tu.

Gambar: satu-satunya gambar Unty yang ada dalam handphone.


Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi;
Kalau diizin umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi. 

Singkat sungguh masa yang berlalu. Mana taknya harus bagi ruang juga untuk jiran-tetangga.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah.. ini anugerah dan takdir dari-Nya. Semua orang tercari-cari ruang dan masa untuk bertemu Uncle sekeluarga. Allah pula hantar Uncle sekeluarga terus ke rumah kami. Allahuakbar! Sungguh, ia nikmat Allah yang tidak mampu kami dustakan.

Alhamdulillah, ini takdir-Nya. Wallahua'alam.


**..if its meant to be its meant to be.. if its not then its not..**
(copy paste)


Friday, June 14, 2013

TERIMA KASIH

Alhamdulillah.

Terima kasih pada semua yang mendoakan dan sudi menyapa. Sungguh, segala puji hanya bagi Allah.. atas segala nikmat kurniaan-Nya. Segala kesukaran mampu dilalui hanya dengan penggantungan padaNya, InsyaAllah.

Kaya, susah, sihat dan sakit. Di fasa mana pun kita berada; bersyukur dan bersolat. Ia tanggungjawab kita.

Terima kasih ya Allah.. Aku sujud syukur padaMu.

Tuesday, August 14, 2012

RAMADHAN KIAN BERLALU

اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة

Allahumma ausilna ila Ramadan Kareem a' waman 'adidah.

[Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Kareem tahun-tahun mendatang.]

Sudah 25 Ramadhan..
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita menghirup udara Ramadhan. Allahurobbi. Beratnya hati mahu berpisah dengan bulan barakah ini.. Sayu, terlalu sayu.. Entah sampai entahkan tidak dengan Ramadhan hadapan. Ya Allah..!

Usah disia-siakan..
Penuhilah masa yang terluang di hari-hari terakhir ini dengan ibadah. Beristighfarlah di setiap nafas yang dihembus, dari mula celik mata sehingga mata terlelap kembali. Lakukanlah solat taubat sebanyak mungkin. Bacalah Al-Quran... Beriktikaflah di masjid, terutamanya kaum lelaki. Hidupkanlah malam-malam terakhir yang tinggal tidak berapa ini tanpa tersisa.. Allahurobbi, jangan nanti kita menyesal..

Berdoa dan saling mendoakan..
Berdoalah dan doakanlah orang lain jua agar terus istiqamah beribadah meski Ramadhan telah berakhir. Kekalkanlah kebiasaan bangun untuk bersahur ketika Ramadhan ini, untuk berqiamulail di malam-malam yang seterusnya sehingga nyawa terhenti.

Mereka yang tidak lalai..
Sungguh beruntunglah mereka yang tidak mensia-siakan nikmat umur dan nikmat sihat yang dipinjamkan Allah swt.

Wallahua'alam.

Thursday, August 9, 2012

MENCARI LAILATUL QADAR

Firman Allah swt dalam Surah Al-Qadr (97), yang bermaksud:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Malam barakah yang lebih baik dari 1000 bulan dan dipenuhi dengan para malaikat, Allahuakbar. Pada malam itu, malaikat yang turun adalah yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.

Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah swt. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (kala sepertiga malam) tidak seramai malam Lailatul Qadar.

10 MALAM TERAKHIR
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR: Bukhari dan Muslim)

Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam-malam barakah itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Subhanallah!

BERIKTIKAF DI MASJID..
Khususnya para pemilik tulang rusuk! Tengok bola.. segala sukan bagai, boleh kan.

Firman Allah- 24: 36, 37, 38... yang bermaksud:-
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (36)

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (37)

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (38)

TAUBAT NASUHA..
Lakukanlah solat taubat.. beristighfarlah sebanyak-banyaknya.. di setiap jantung yang berdegup, siang dan malam selagi mata belum terlena. DIA sangat dekat dengan kita, DIA maha mendengar.. DIA maha pengampun lagi maha penyayang... Entah-entah ini Ramadhan terakhir buat kita... Allahurobbi.

‘Aisyah RA berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, apa pendapat engkau, seandainya aku mengetahui malam yang manakah adalah malam Lailatul Qadar, apa yang patut aku baca pada malam itu? Jawab baginda s.a.w : Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf Lagi Maha Mulia, Engkau jua Mencintai Kemaafan, ampunilah aku [HR: at-Tirmizi]

Wednesday, August 8, 2012

RAMADHAN KAREEM, 1433H

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya di ampunkan bagi nya dosa-dosa yang telah lalu." (HR: Bukhari dan Muslim)

Menghitung hari...
Kita sudah menghampiri penghujung Ramdhan yang barakah. Faktor usia (bukan tua, ok! Hehe) agaknya menjadikan aku terlalu sebak  tatkala memikirkan Ramadhan yang akan pergi jua.. Allahurobbi.

Apakah ini Ramadhan terakhirku? Bantulah aku untuk istiqamah beribadah, khususnya pada 10 malam terakhir ya Allah. Ampunkanlah semua dosa-dosa kedua ibubapaku, adik-beradik, jiran-tetangga, guru-guru, sahabat-sahabat, saudara-mara dan seluruh muslimin-muslimat di dunia ini, samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ameen ya Allah.

Oh, manisnya kenangan...
Aku cuba menghimbau kembali ibadahku kala Ramadhan tahun-tahun sudah, berbanding tahun ini. Alhamdulillah...masih dalam lindungan Allah swt.

Tiba-tiba aku jadi rindu pada fenomena membaca Al-Quran ketika di sekolah menengah. Masing-masing sentiasa memegang al-Quran kecil di tangan. Pantang ada masa terluang, pasti masing-masing akan berlumba-lumba membaca al-Quran yang dipegang itu. Kemudian membandingkan jumlah juzuk yang telah dibaca masing-masing. Paling sedikit, masing-masing mampu khatam dua kali setiap kali ramadhan. Itulah, Alah bisa tegal dek biasa..

Malamnya beramai-ramai mendirikan solat tarawih.. bergilir pula menjadi imam. Ada pula rakan-rakan yang menggerakkan untuk bangkit kala sepertiga malam andai tidak terjaga.. Allahurobbi, semuanya terjaga.. Alhamdulillah..

Persekitaran sememangnya faktor paling dominan dalam membentuk sahsiah remaja, khususnya bagi mereka yang berhati rapuh. Terima kasih ya Allah kerana pernah menempatkan aku di tempat itu.. dan juga di sini saat ini.. Janganlah kau palingkan hatiku, setelah kau berikan hidayah ya Allah.. -ameen ya Robb-

Sunday, July 8, 2012

Taman Syurga

Sabda Rasulullah saw: Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda saw menjawab: Halaqah zikir. (HR : at-Tarmizi)

Izin-NYa
Alhamdulillah, InsyaAllah..hujung minggu ini Allah mengizinkan aku berada di dua 'Taman Syurga'. Allahurobbi..

Zikir, Aqiqah dan Tahnik
Jumaat malam kelmarin rumah Tok Taman Daya telah mengadakan majlis tahlil kesyukuran, serta tahnik dan potong rambut, baby baru Pak Uda Chem.

Subhanallah, ramai sungguh jemaah surau yang hadir..penuh sesak ruang tamu, melimpah ke luar. Alhamdulillah. Ada tetamu istimewa..imam dari Masjid Nabawi. Ianya kebetulan.. Namun, bukankah kebetulan itu merupakan limpahan rezeki yang Allah anugerahkan? Allah..Allah..Allah.. 

Ketika majlis berlangsung, aku sambil membayangkan..malaikat rahmat sedang mengembangkan sayapnya di atas bumbung rumah Tok... Ku perhatikan jemaah yang memenuhi ruang tamu dan di porch.. Aku pasti, ada malaikat rahmat di kalangan mereka.

Allahurobbi..NikmatNya yang tidak mampu kudustakan lagi.

Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Aku akan berkampung di UTM selama 2 hari, iaitu Sabtu dan Ahad. Rezeki dari Allah, kehadiran yang ditaja. Terima kasih ya Allah, sudi memilihku yang sering berbuat dosa..ya Allah..

Oh, hari pertama telahpun berlalu.. Alhamdulillah.

Semoga Allah melembutkan hati dan telingaku untuk hari yang berbaki, dan tidak diganggu oleh rasa mengantuk.. Allahumma ameen.

Sabda Rasulullah saw:
Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya. (HR: Muslim)

Thursday, May 31, 2012

Sebab Itulah..

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.”

(HR: Imam Muslim)


...habis tu, kalau perempuan atau lelaki yang dah bertunang pula 'flirting'? Hmmm, manusia memang sifatnya sering melakukan kesilapan.

Ingin tahu..? Rupanya ada -lelaki/perempuan- yang berpura-pura beri alasan kepada lelaki/perempuan yang 'flirting' itu, mereka sudah berpunya... aduhai!


-maafkan saya..dia dan mereka!

Wednesday, May 9, 2012

OH BULAN

(gambar dari google)

Aisyah RA berkata yang bermaksud: “Bila Rasulullah sedang gembira, maka paras mukanya bagaikan belahan bulan purnama” (HR: At-Tarmizi)

SEBELUM TERLEWAT..
Meski sibuk berimtihan, waima bekerja sekalipun..jangan dilupakan pada Yang Mencipta langit dan bumi..bulan, bintang dan sekalian makhluk yang ada di seluruh alam ini.

“Dan bertasbihlah sambil memuji Rabbmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.” (Surah Al-Qaf: 39)

Meski padat dengan aktiviti seharian sebelum mata terlelap, jangan di lupakan Dia yang menjadikan kita -manusia- yang dijadikan dari ketulan tanah..

Meski telah diakui kejadianmu sungguh cantik dan tampan serta tiada celanya, seperti yang diiktiraf oleh sekalian insan yang memandangmu, jangan dilupakan untuk sujud ke bumi tanda syukur atas keindahan diri.

Pun jangan dilupakan pada yang jauh dimata.. yang sering mendoakan tanpa jemu, iaitulah ayah-bonda yang redhanya seiring dengan redha Allah ke atas makhluknya. Allahurobbi

SEMENTARA SEMPAT..
Tinggalkanlah karangan-karangan indah buat peneman di kala sunyi, buat insan yang jauh di mata, buat tatapan bulan yang berbicara sendiri..Coretkanlah meski hanya sepotong ayat, atau sepatah perkataan cuma..

Labuhkanlah kalam mu, sementara masih sempat. Ilmu itu jangan di simpan. Ia untuk diamalkan dan dikongsi.. kerana itulah yang dipesan turun-temurun oleh Sang Kekasih..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang dimulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat" HR: Abu Daud dan At-Tarmizi.



-hilang di mata di hati jangan..menuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China..

Monday, May 7, 2012

TAKBIR CINTA

(gambar dari google)


MAAFKANLAH..
Firman Allah yang bermaksud: '...Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin Allah mengampuni kalian? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.' [An-Nuur: 22]

Duhai adik-adikku dan sekalian sahabatku,
Andai hari-hari yang berlalu, kini dan mendatang ada insan-insan yang menyakiti hati kalian, janganlah sekali-kali kalian berdendam.. Maafkanlah insan-insan yang bicara dan perilakunya tidak semenggah yang kalian harapkan. Mereka itu adalah manusia yang fitrah kejadiannya sesekali tewas dengan bisikan syaitan. Hari ini hari mereka, esok-lusa giliran kita mungkin. Bukankah kita ini juga manusia yang fitrah kejadiannya sama seperti mereka?

Ketahuilah adik-adikku dan sahabat-sahabatku
Memberi maaf sememangnya sukar, berbanding memohon maaf. Namun andai ia terlaksana nilainya sungguh besar di sisi Sang Pencipta langit dan bumi serta sekalian makhluk di dalamnya.

Firman Allah bermaksud: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah..." [As-Syuraa: 40]

UKHWAH FILLAH
Adik-adikku dan sahabat yang dikasihi,
Usah diputuskan silaturrahim antara kalian dengan sesiapapun jua yang pernah menyakitimu. Maafkanlah mereka itu dunia dan akhirat. DIA tidak sudi memandang insan-insan yang memutukan silaturrahim sesama saudara seislamnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri " [An-Nisa: 36]


NUKILAN HATI
Maafkanlah aku.. andai telah mengguris hatimu..kalamku, kalam yang rapuh.. serapuh hatiku yang senipis kulit bawang..Maafkanlah, aku yang tidak sesempurna Khadijah, Aisyah dan Fatimah mahupun Maryam..Allahurobi.


_________________

TAKBIR CINTA..
(lagu: Amy Seach ft Yassin)

Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan
Kerinduan, keterangan
Ketenangan yang telah hilang
Sinaran keyakinan

Takbir cinta
Ku beralih memberinya lebih makna
(ku beralih membangkitnya dari lena)
Pada janjiku di dalam doa
Ku memanggil menaruh noktahnya

Tabir masa, tadbir Esa
Qurban cinta kerana-Nya
Pilihan akhirnya

Takbirku pada Mu, yang tahu rahsia
Yang terpendam di dalam nan sedalamnya
Cinta-Mu yang seindah dan sesungguhnya

Malam kelam, tangis hujan
Ratib hiba pengharapan, kurintihkan

Malam ini malam sakti
Ku berjanji sungguh hati
Kalam ini tulus suci
Nyata kini aku pasti


Sunday, May 6, 2012

JAUH DI MATA, NAMUN DEKAT DI HATI

(gambar dari google)

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : "Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu)" [HR: Abu Daud dan Tirmidzi]

-..SALAM IMTIHAN ..-


Tuesday, May 1, 2012

SUNNAH PERJUANGAN

(ihsan google)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
HR: At-Tarmizi dan Ad-Darimi


HARAPAN
Semoga perjuanganku, kau, dia dan mereka yang sedang menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah swt serta dirahmatiNya.. bersama doa-restu dan redha ayah-bonda serta para murabbi..Ameen ya Robb.



Salam Perjuangan Dari:
Tirai Kamar, Rumahku Syurgaku
Johor Bahru-Malaysia

**lagu latar: SUNNAH ORANG BERJUANG/HIJJAZ

Saturday, April 28, 2012

Sesegar Udara BERSIH Hutan Endau-Rompin

(ihsan: google)

Firman Allah yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[7:179]


ALKISAH..
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

NUKILAN KASIH..
Sekurang kurangnye kita ada dan telah berusaha untuk mengubah sesuatu kemungkaran itu. Ketika di akhirat kelak..Allah tidak akan tanya usaha itu berhasil atau tidak. Sebaliknya Allah akan bertanya.., adakah kita telah melakukan sesuatu usaha untuk mengubah sesuatu kemungkaran yang terlihat di hadapan mata.. -wallahua'alam-


Salam Rindu dari..,
Hutan Endau-Rompin

Friday, April 27, 2012

WAHAI PEMILIK TULANG RUSUKKU

(gambar dari google) 
Rasulullah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)“ -HR: Bukhari dan Muslim

WAHAI SANG PEMILIK
Siapa pun kamu, aku memang sedang menanti kehadiranmu dengan penuh debaran.. Hanya Dia yang Maha mengetahui..entahkan 'kau', entahkan 'dia', entahkan si...errrr... wallahua'alam!!

Aku ini hanya manusia biasa..aku ini manusia yang selalu saja tersilap..aku ini yang sering saja goyah apabila syaitan mula menghembuskan bisikan-bisikan indahnya..aku memang serba kekurangan..aku ini masih bertatih..!

Namun, aku sedang gigih memperlengkapkan diri.. aku sedang berusaha memperbaiki diri..aku sedang memperhalusi adab-adab yang tercatat dari Al-Quran dan Sunnah. Semoga Allah memeliharaku dari gangguan syaitan dan fitnah dajjal..serta memeliharaku dari sifat-sifat orang yang munafik.. na 'uzubillahiminzalik!

IDOLAKU
Wanita-wanita mulia di sisi Rasulullah yang tabah, sabar dan setia itu Khadijah bukan.. dan wanita  penyejuk mata itu Aisyah Humaira'..oh, ada lagi!! Safiyyah yang sunguh bijak..aduhai aku ini di mana tahapnya? ~baeklah Akan ku singkap semua kisah wanita-wanita mulia yang hidup bersama Rasulullah saw...akan ku catat ciri-ciri diri mereka itu satu-persatu..

-Allahummasolli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad-


nota: hayati kisah ini: klik di sini

Friday, April 13, 2012

CATATAN DARI TIRAI KAMAR

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.” (Al-Hijr/ 15:4)


DOA BUAT MU
Hari Rabu, 11 April.. kita digemparkan dengan tragedi gempabumi. Ia masih menyusul sehingga ke pagi ini. Allahurobbi. Semoga semua yang terlibat di berikan kesabaran yang tinggi, di lapangkan dada dan dihilangkan kesedihan. Ameen ya Allah.

TIADA YANG BERUBAH
Jangan pernah rasa lega wahai sahabat, hanya kerana ia tidak menimpa kita. Ia amaran dari Allah buat kita yang selalu saja lalai dengan nikmat duniawi. Amaran tsunami telah di tarik balik, namun amaran kiamat tetap tidak berubah. Ia masih di dalam Al-Quran. Semoga kita bukan dari kalangan mereka yang lalai. Ameen.

-Aku masih di sini...!


Friday, April 6, 2012

Akukah Itu..?

Sabda Rasulullah, "Sebaik-baik sahabat adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

RINDU
Baru seminggu di rumah tapi aku telah pun terlalu merindui rakan-rakan sebilik. Ada 7 minggu lagi yang harus ku lalui tanpa mereka.. Ketika di kolej kami hanya terpisah ketika masing-masing menghadiri kuliah. Jika tidak, makan-tidur, suka- duka..bersamalah kami. Mujur maya dan talipon mendekatkan kami, Alhamdulillah..

EXAM
Ia berakhir Jumaat lalu.. Hampir 2 minggu bersengkang mata, semoga hasilnya kelak memberangsangkan. Insyaallah.. Bagi rakan-rakan dan kekasih gelap (lalalaaaa..) yang akan menghadapi exam tidak berapa lama lagi, semoga dilapangkan dada menghadapinya.. Allahumma ameen!

BILA SAMPAI MASANYA
Esok -Sabtu- seorang lagi sahabatku akan bernikah. Alhamdulillah..semoga dilancarkan lidahmu melafazkan akad. Ameen. Hujung bulan, giliran Kak Bella (x-senior di kolej) akan bernikah dengan pasangannya Abang Zam a.k.a 'Keris Paduka'.

Buat mereka yang sedang bercinta, semoga dikuatkan iman..menghadapi hasutan syaitan. Buat mereka yang telahpun bertunang, jangan nak gedix sangat..Ustaz Don pesan, jangan nak heboh kat orang. Aku bukan buat cerita..google YouTube kuliah Ustaz Don sana! K-bye!

Wednesday, April 4, 2012

Kekalkanlah Rasa Itu..

DIA!
Dia sangat merindui aku!
Dia sentiasa merindui aku!
Dia sangat mengasihi aku!
Dia sentiasa mengasihi aku!

SIAPA?
DIA itulah KekasihNya..
DIA itulah Muhammad Al-Amin
DIA itulah nabi akhir zaman
DIA itulah yang sangat mengasihi umatnya
DIA itulah yang sangat merindui umatnya
DIA itulah yang sangat mengingati umatnya
..sehingga ke hembusan nafas yang terakhir!
Allah..Allah..Allah..

AKU?
Bukankah aku ini umatnya..
Ya..sungguh aku rindu padamu..
..sungguh aku ingin bersua denganmu..
Allhurobbi!

-Sollu 'alannabi-
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saturday, March 24, 2012

Jika Rindu Itu Datang, Bisiklah Pada-DIA

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

**Munajat, Rabbani**

Friday, March 16, 2012

MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa kawan kita itu lah kita. Ia penyataan yang lebih ringkas, kesimpulan dari hadis sohih Rasulullah saw. Ingat lagi, kisah bersahabat dengan si penjual minyak wangi? Carilah dan hayatilah hadis tersebut.

Ianya mungkin nampak biasa-biasa saja, namun ia meninggalkan kesan yang besar buat diri sendiri dalam menjalani kehidupan di alam fana ini. Lihatlah sesuatu dengan mata hati! Ia akan kelihatan lebih jelas. InsyaAllah.

Maafkan saya andai selama kita berukhwah, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan. Terlajak tingkah dan bicara yang sumbang. Saya ini hanya manusia yang lemah, seringkali tergelincir dari landasan tetapan-NYA. Maafkan saya, zahir dan batin..dunia dan akhirat!

Terima kasih buat insan-insan istimewa yang sentiasa di hati. Terima kasih, sentiasa di sisi meski terdapat beberapa kekangan yang menghalang. Terima kasih atas kesetiaan yang tidak berbelah bagi, meskipun ketika di dalam kesukaran dan kesedihan.

Tiada kata secantik bahasa. Tiada gambar seindah lukisan. Hendak saya curahkan dan lukiskan perasaan. Hanya Allah yang maha mengetahui dan hanya DIA jua yang mampu membalas segala kebaikan.

Semoga Allah merahmati silaturrahim yang telah terjalin. Ameen ya allah.

---------------------------

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

**
Klik - Rapuh (Opick)

Wednesday, March 14, 2012

LEMAS DALAM RINDU

Bissmillahirrahmanirrahim..

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Saat ini aku sedang terkenang kesukaran dan kesakitan yang Rasulullah alami ketika dia menyebarkan kesyumulan agama Islam di kalangan kaum kafir di sekelilingnya. Betapa dia dihina, dicerca, dilontar najis, difitnah..dan banyak lagi.Namun dia tetap sabar dan tersenyum menghadapi segala dugaan tersebut.

Tapi aku...hanya dugaan yang sekelumit, mudah sungguh untuk tewas...Allahurobbi. Mampukah aku nanti menjadi pembimbing kepada anak-anak kecil bakal mujahid dan mujahidah.Mampukah aku meneruskan perjuangan Rasulullah..Mampukah aku menjadi sekuat dan setabah Al-Amin kekasihMu itu. Mampukah aku menjadi seorang da'ieyah! Allah..Allah..Allah!

Permudahkanlah perjalananku ini ya Allah. Aku hanya hambaMu yang lemah.

--------------------------------------

MENTARI MERAH UFUK TIMUR

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal..

**KLIK YOUTUBE: RABBANI DAN AMY SEARCH

Tuesday, March 13, 2012

Diam Itu Indah

Berdiam diri bukan bererti kalah, tapi ia sebaik-baik perilaku. Mengalah bukan bererti lemah,tapi ia adalah bayaran termahal untuk sebuah perhubungan. Hubungan persahabatan, perkahwinan, kekeluargaan, malah hubungan di antara guru dan murid, ketua dan pekerja, Serta banyak lagi.

Rasulullah bersabda yang maksudnya “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)