Showing posts with label Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Ziarah. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Perginya Ketika di Julang

Kalian semua tentu sedia maklum kisah trajis dahulu kala, mengenai seorang raja yang mangkat ketika sedang di julang. Kisah yang amat masyhur sehingga di filemkan.

Baginda -Sultan Mahmud Shah II- mangkat dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan ketika mahu menunaikan Solat Jumaat.


"..Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Beberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba..." [sumber: wikipedia]

Masjid Al-Hadi, Kampung Makam, Kota Tinggi
Bahagian kubah sebelah kanan..di situlah makan Sultan Mahmud Shah II

kami berdebar ketika mendaki tangga untuk memasuki makam

sisi kanan

Makam Sultan Mahmud Shah II
-di bahagian tengah-

sisi kiri

Kalian percaya atau tidak, kalau saya katakan bahawa saya ini dari keturunan Laksamana Bentan. Hah! Jangan gelak. Ini adalah kisah benar ok! Demikianlah menurut kisah yang diceritakan oleh Tok Karim (tok belah ayah saya). Setiap kali ke Kota Tinggi dia akan bisa perut dan muntah-muntah. Namun, ianya tidak lagi dialami oleh anak-anak Tok, termasuk ayah dan juga saya pastinya! Alhamdulillah. Bagaimanapun, hanya Allah yang maha mengetahui atas segalanya...

Semoga roh Baginda Sultan, Laksamana Bentan serta isterinya dan roh Tok -Abdul Karim bin Kasim- akan dicucuri rahmat oleh Allah swt dan diletakkan bersama hamba-hamba yang dikasihinya. Ameen..ya Allah. Al-Fatihah.



Setelah itu, kami singgah sebentar -45 minit- di rumah adik nenek sebelah mama di Air Tawar 2, rumah Nek Mah. Rumah baru!! Alhamdulillah.. Cat pun tak siap lagi.

Wednesday, June 8, 2011

Rindu yang bertandang

Gambar Raja Thai di mana-mana saja



Rasa rinduku pada Kota Bangkok tiba-tiba bertandang. Ku belek kembali foto-foto lama ketika di sana.

Rindu pada orang-orangnya yang lembut tutur bicara... rindu pada orang gaji -yang seorang (orang tempatan) sangat rajin dan pembersih. Sementara yang seorang lagi orang Myammar -lucu. Rindu pada driver yang taat, peramah tapi bukan calang-calang tau..~ada ijazah!! Hah, hambeekk. Islam lagi tu. Rindu pada Pak Guard yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan sungguh menghormati semua penghuni. Rindu pada kawan-kawan mak uda yang baik hati dan peramah. Paling rindu tentulah nak shopping barang-barangnya yang saaanngaat murah dan rindu pada makanannya yang beraneka jenis serta sedap sangat.


Piss yowww.. i'm here!! hehe
Pak Guard nervous..kena usha dengan aku..haha

"Embassy Of Malaysia"
Pak Uda sekeluarga tinggal di sini. Masuk saja pagar utama.. hmm bau segar pepohon hijau menusuk ke rongga hidungku. Persekitarannya sungguh bersih, dapat ku rasakan melalui hembusan angin sepoi-sepoi yang menampar ke wajah.

Geng Merah vs Geng Kuning

Masih ingat kisah darurat di Bangkok melibatkan pertempuran geng berwarna-warni? Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana, ianya baru bermula. Cuak juga, tapi laluan ke rumah Pak Uda tidak melalui tempat tersebut.

Seminggu selepas aku balik pertempuran meletus lagi hebat. Shopping kompleks yang ku kunjungi di bakar. Bila datang kembali pada bulan Oktober, masih ada lagi kesan kebakaran dan bekas tembakan peluru di dinding-dinding.





Askar sedang berkawal.
Cuak jugak.. kot dia marah masa aku candid gambar dia.
Tapi dia cool saja melihat dan aku melemparkan senyuman padanya, sebagai tanda terima kasih.
Macamlah dia boleh baca hati aku..hehehe


Polis pula sedang 'standby' di laluan yang lain pula.
Kepanasan agaknya, tengoklah.. mereka bersinglet saja.


Pasar Chatuchak




Pasar hujung minggu di Bangkok iaitu di buka pada hari Sabtu dan Ahad saja. Punyalah panjang. Larat tak larat saja nak berjalan. Banyak pintu keluar dan masuk. Macam-macam ada dijual. Dari sekecil-kecil perhiasan hinggalah sebesar-besar perhiasan. Ada gerai menjual makanan juga. Pakaian jangan cakaplah. Paling teruja untukku tentunya gerai menjual beg!! Nak tau lebih lagi, silalah google ya! hehehe


panas dan sesak.
tapi nafsu untuk bershopping terlalu kuat. tahan sajalah. hehe




Pengangkutan Awam
Unik dan berwarna-warni. Teksi mereka beraneka warna. Pink, hijau pucuk pisang, biru muda. Tuk-tuk pun begitu. Nak tau di sana ada motor teksi. Maksudnya kita boleh membonceng motor untuk kemana-mana. Yang penting, bayar!! Lagi cepat sampai, kerana tidak perlu menempuh jem.






Floating Market (klik di sini)
Satu lagi keunikan. Perahu-perahu yang menjual makanan dan cenderahati bersesak-sesak di sungai yang sempit. Namun mereka bijak untuk mengemudi perahu masing-masing. Meski harum makanan begitu membangkit selera, namun kami tidak membelinya. Kalau pun ada yang menghulur makanan untuk merasa, kami hanya mengambilnya demi mengambil hati. Bila dah jauh sedikit kami mencampakkannya ke sungai. Paling ngeri bila ada perahu yang membawa anjing. Risau dia akan menerpa ke perahu yang kami naiki. Alhamdulillah.. aku tidak melalui pengalaman tersebut.

Thai Silk
Berputar-putar mata hitamku kepeningan akibat rambang mata.hehehe.. Murah!! Lebih murah dari yang di jual di Gulatis atau Jakel.




Makanan Thai
Sama saja seperti yang biasa kita makan di sini. Tomyam, sambal belacan, somtam (kerabu mangga).. peggghhh










Mereka menyediakan tempat tidur untuk anak-anak. Bestkan..
Jadi orang-orag dewasa boleh makan dengan selesa, selera dan tenang.


Suvarnabhumi Airport
Besar dan cantik. Tapi yang tak seronoknya patung momok dia tu. Besar, kecik semua ada.









Ada ruang untuk bersolat tau!!




Salam rindu di angin lalu wahai Bangkok..!! Panjang umur, jumpa lagi..



Bookmark and Share

Saturday, April 24, 2010

BANGKOK.. AKU DI DADAMU

Alhamdulillah, dengan izinNya aku sampai jua di sini.. Leganya, setelah melalui sebuah perjalanan yang mendebarkan.

Terima kasih pada yang telah mendoakan perjalanan ku ini. Usah lah risau, setakat ini semuanya berjalan seperti yang di rancang. Cuma agak janggal kerana hp ku tiada kemudahan roaming.. so very hard to easily keep 'n touch for those frens that been always contacted, especially mom.. huwaaaa..sedih nya. Hanya mengharap pada skype, YM dan FB saje lah nampaknya.

Kejutan yang tidak ku duga.. Mokde buat surprised sempena birthdayku sebaik aku sampai di rumahnya petang tadi. Special edition Birthday cake.. dari air tangannya tau.. wah, i'm so impressed. Terima kasih Mok De.. Its was so sweets ever.. Sebak nya rasa.. Cutest berdua tuh @ si Hani dan Hannah bukan main excited lagi. Merekalah penceria suasana...

Tak sabar nak menanti hari esok dan seterusnya. Entah kemana lah PokDe/MokDe nak bawak aku berjalan. Pusat Bandar, for sure lah tidak..memandang suasana darurat yang sedang melanda. Lagipun banyak shopping Complex yang telah ditutup utuk sementara waktu.

Bangkok, watch ouuutttt.. akan ku telanjangi tubuhmu.. ahahaha!!

Bangkok.. wait for me!!

Macam tak percaya..tapi harus percaya.. aku akan ke Bangkok. Maklumlah keadaan di Bangkok sekarang tidak berapa stabil kan. Tapi itulah yang telah dirancang hampir sebulan yang lalu.

Macam taknak pergi..tapi harus pergi, sebab tiket dah beli dan perjalanan ini adalah sebuah perjalanan fisabilillah.. perjalanan yang 'bermisi' .. hehehe

Memang ramai yang risau bila dapat tahu plan aku nih. Sebenarnya aku sendiri pun risau, tapi 'investigator' kata insyaAllah keadaan terkawal maksudnya laluan yang akan aku lalui adalah laluan yang selamat.

Doakan perjalanan ku ini selamat pergi dan balik, ya. Aku akan berlepas hari ini, 1:45pm dan kembali pada 29 April (malam). Salam.

Monday, February 15, 2010

CNY activities

CNY! Terlanjur cuti panjang and Syamil pun boleh balik, so on Friday kami menyusun langkah ke Central Region.. mana lagi kalau bukan ke rumah Pak Ucu di Putrajaya. Earliest palanned nak celebrates birthday Syamil & Danial. Tapi korum pulak tak cukup, anak2 Along balik Pinang, so we just spent time together.. likes window shopping, bowling and eating.

1st day all of us layan bowling, then mama jumpa her old skul fren which almost more then 20 years tak berjumpa. They did have re-union 2 years back, mama didnt came for the gathering but later they were met at e-group and facebook. Cayalah... ala-ala jejak kasih gitu kan.

2nd day, ayah bawak kami ke Alamanda lagi.. *sad* Mom proposed and planned to play ice skate at Sunway.. Tapi ayah malas nak bersesak-sesak. Dah boleh agak time cuti2 nih memang ramai yang ke situ. Lagipun ayah tak setuju myself to play with gown, even am wearing jean inside. To be fare ayah kata lepaks Alamanda jek la. Mom preferred to visit The Curve/ Ikano, tapi again ayah malas. It was favorites place to go, so dia kata sure ramai orang. Tired to complaints more, we just quiet and follow. At least bersyukur, compared to others which tak dapat berjalan langsung.. *pujuk hati* haha~

After played the bowling, adik-adik main games located just opposite the bowl. Then we having lunch at Secret Recipe.. ~ luvly moments that ever had.. *blinkblinkblink* Since we have ample times to minggle arround, mom suggested to have coffee/ tea at Taman Warisan Pertanian. We lepaks there until maghrib and move to Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan.

Tomorrow morning @ Monday, we left Pak Ucu's house at 830am and by 1030am we dropped by MiTC Melaka purposely for mom to buy some home decors at KK Home.

We heading back slowly as so many cars also heading to south.


Bowling @ Alamanda




Jejak Kasih




Ngeteh @ Taman Warisan Pertanian




Solat Maghrib di masjid baru known as Masjid besi, but to be exact: Masjid Sultan Mizan