“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)
Bergetar dadaku ini setiap kali menatap maksud ayat tersebut. Aduhai.. mampukah aku mengecapi malam-malam rahsia milik Allah ini? Berpeluangkah aku menjadi sebahagian dari hamba-Nya yang terpilih? Ah, terasa kerdilnya diri ku ini sebagai hamba. Terasa terlalu banyak sifat curang yang telah kulakukan terhadap-Nya.
Ampunkanlah aku, Ya Rabbi.. Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang tidak terkata banyaknya ini.. yang besar dan yang kecil, yang sengaja dan tidak sengaja, yang dahulu dan yang kini.. Izinkanlah aku bermunajat di dada malam-malam rahsia mu ini.. Permudahkanlah segalanya kekasih-Ku..
Amin Ya Rabbal ‘alamin..
0 comments:
Post a Comment