Sunday, October 12, 2008

TRAGEDI OKTOBER



Hari ini hari malang yang akan menjadi catatan sejarah perjalanan hidup saya Hari yang di dalamnya tercatat suatu kejadian yang mempunyai hikmah yang hanya diketahui oleh Allah apakah firasat disebalik segala yang tersurat. Pun di ketika ini, yang terlintas dikotak fikiran hanyalah untuk lebih berhati-hati dan lebih fokus di setiap langkah dan gerak-geri. Ameen. InsyaAllah 

JB --- BP
Petang tadi antara jam 445-450pm, dompet yang baru saja saya beli pada waktu pagi di Plaza Kotaraya, JB sekelip mata telah di ragut di BP MALL.-Batu Pahat. Dalam dompet tersebut ada hp Nokia5300, duit RM30 dan iC.


Ketika kejadian berlaku, saya dan mama sedang menanti ayah solat di Surau. Syamil pula ke tandas, dia telah bersolat di sekolah. Ayah buat Jama’ Ta’akhir. Saya dan Mama telah solat lebih awal; kami buat Jama’ Takdim. Tujuan kami ke BP Mall selain dari membeli refreshment stock untuk Syamil, juga untuk menempah cermin mata Syamil bagi menggantikan cermin matanya yang patah beberapa hari sebelum cuti raya baru-baru ini.


Peragut tersebut , datang dari arah belakang.. Lepas ragut terus masuk dalam lif, yg terletak di sisi kiri saya berdiri.


Kejadian tersebut berlaku dengan sangat pantas, tanpa ruang dan peluang untuk saya membela diri. Ada dua orang adik yang berada di belakang saya cam budak yang meragut. Dia menjerit ke arah saya sambil berkata, “kak, abang yang pakai baju merah yang ambek, kak” Saya sempat melihat dompet saya yang berwarna merah jambu berada di dalam genggaman tangan budak lelaki bertubuh gempal sedang berlari ke dalam lif, sambil diikuti oleh seorang lagi temannya yang bertubuh kecil dan rendah.


Saya cuba mengejar, dan cuba menekan butang lif, ia nya tertutup dengan begitu pantas. Pasti telah ada kawan mereka yang sedang menunggu di dalam dan menekan butang tutup. Mama tidak setuju dengan tindakan  saya itu. Menurut mama, mujur saya gagal mendapatkan mereka.. takut kejadian lebih buruk pula yang akan berlaku. Mama lebih mementingkan keselamatan diri saya. Harta boleh di cari. Tapi nyawa? atau kalau cacat? Nauzubillah..


Persekitaran ketika kejadian berlaku tidaklah terlalu sunyi.. betul2 selangkah dihadapan saya ada couple yang saya kira sedang bercinta. Mereka sedang asyik-mahsyuk merakamkan aksi mereka sedang duduk menggunakan hp. Kira-kira 5-6 langkah dari tempat saya berdiri ada booth/ 2 orang penjual sedang menjual gelang kristal. Di kedai kasut yang terletak di sebelah kanan lorong ke surau, terdapat ramai pelanggan.


Mungkin reaksi sata sendiri waktu itu, tidak menggambarkan saya sedang/ telah diragut. Bila dompet saya diragut, saya hanya menjerit ke arah budak yg meragut itu.. ‘wei..wei..wei..” Seolah-olah sedang memanggil kawan-kawan. Sepatutnya saya harus menjerit “tolong..tolong..pencuri..pencuri..” 

Laporan dan jumpa OKT
Kami buat laporan kejadian di bilik Security. Ketua Security nasihatkan kami membuat laporan Polis di IPD Batu Pahat.


Nak dijadikan cerita, balik dari buat police report di IPD Batu Pahat, ayah tak park MPV di tempat letak kereta di basement macam masa mula-mula kami datang. Tapi dia park di petak letak kereta betul2 di sebelah bus stop. Semasa sedang mengunci kereta ayah dan Syamil sama-sama nampak salah seorang budak yang sedang duduk di bus stop sedang memegang iC milik saya .Macam pelik bukan? Tapi inilah catatan Allah yang tidak terpantau oleh akal kita. Waktu itu Ayah dah turunkan mama, saya dan adik  di lobby Mall. Ayah suruh kami masuk dulu ke dalam Mall dan terus ke kedai yang kami tempah cermin mata Syamil.


Menurut cerita ayah, dia sempat cekak kolar baju mamat tuh.. Bila ayah tanya dpt dari mana iC tuh, kawan dia yang bertubuh kecil tolong menjawab, kononnya jumpa kat atas lantai bus stop tu. Budak gemuk yang cekak leher bajunya, memberi jawapan yang sama. Ayah yg memang berhati mulia, susah nak rasa suspicious pada sesiapa.. terus lepaskan budak gemuk tu.


Bila ayah btau mama yg iC dh jumpa dan ayah cerita bagaimana boleh jumpa, mama sangat terkejut. Dia syak mesti itu budak yang meragut. Mama minta ayah jumpa security yg bertugas di entrance door, untuk approach budak-budak tu dan siasat. Tapi menurut ayah kemudian, security tak setuju dengan permintaan tersebut, dengan alasan tiada bukti. Mama dan ayah betul-betul kecewa dengan alasan tersebut. Menurut mama, ic saya yang ditemui di tangan mereka boleh dijadikan bukti. Tapi, ayah macam biasa bukan jenis yang suka mendesak dan berkeras dengan orang lain.


Selesai membayar cermin mata Syamil, ayah dan mama pun segera keluar untuk melihat budak-budak tersebut, seperti yang ayah ceritakan. Mereka masih di situ. CONFIRMED!!! Bila mereka ternampak saya menuju ke arah mereka, semuanya terus tergesa-gesa naik bas. Padahal sebelum tu, 3-4 bas dah lepas. Saya nampak budak yang ragut tu badan gempal.. pakai baju merah, lebih kurang ketinggian saya atau lebih sedikit. Menurut ayah dan Syamil, mata juling air..kat pipi ada panau dan berkulit gelap.


Sedih, geram, bengang semua ada.. Saya tak galat hp tu hilang, tapi saya galat sebab banyak gambar-gambar yang saya ambil semasa beraya belum sempat saya download lagi. 

ALLAH ada..
Insya Allah semua geng ragut itu, mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang.. Semoga mereka semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah agar insaf dengan perbuatan mereka dan menjadi khalifah Allah yang baik di dunia ini sehingga ke akhir hayat.

Pun, saya redha diatas musibah ini. Saya anggap ia adalah kifarah diatas dosa-dosa yang telah saya lakukan.


Wallahua’alam.

0 comments: