Hari ini percutian keluarga untuk jarak jauh bermula lagi.. yehaaa... kami sekeluarga akan ke destinasi favourite kami ; pantai timur!! Walaupun cuti Februari lalu kami dah pergi, tapi kali ni kami joint family day office ayah pulak.. kami tak rasa jemu, coz pantai timur memang favourite place to go buat kami sekeluarga..
Ayah kata, malam ni kami akan menginap di Kuantan... @ Shahzan Inn. Kira2 1230 pagi kami sampai. Masih banyak bilik kosong. Takde lah best mane hotel ni, tapi ok lah setakat membolehkan kami melelapkan mata sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Keesokan paginya macam biasa kami sarapan di Kemaman Kopitiam.. kami order menu kegemaran masing-masing... sambil2 tu nak bertenet.. tapi wifi connection dorang problem plak!! Usai sarapan kami bergerak ke Terengganu.. Sebahagian besar kawan2 ofis ayah, menaiki bas yg disewa khas. Ada 4 buah bas semuanya. Mengikut jadual destinasi pertama mereka ialah ke Taman Tamadun Islam, di Kuala Terengganu.
Di Terengganu, kami menginap di Residence Resort, Paka. 3 hari 3 malam.. memang lumayan! Resort yang menarik, makanan sedap2..pantainya yang cantik, dilatari oleh Laut Cina Selatan nan terbentang luas.. swinmming pool yang besar..., tapi yang paling best ada wifi! Network connectionnya pun sangat bagus.. Apa lagi... 24 hours non-stop enjoy the facility.. yang jauh di mata menjadi sangat dekat... lalalalaaaaa...
Kebetulan sepupu ayah tinggal di Paka. Malam, selepas dinner kami singgah ke rumahnya. Kebetulan yang kedua, makcik pakcik ayah pun ada sekali. Meriah.Macam-macam cerita mereka sembang sambil makan jemput-jemput pisang air tangan Tok Ha yang selalu aku makan kecik-kecik kat rumah dia.
Dekat pukul 12+ kami balik semula ke resort. Di JB susah jumpa, di Terengganu pulak tempat kami bersembang. Allah..
0 comments:
Post a Comment