Friday, August 7, 2009

SELAGI SYAITAN ITU WUJUD

Balik kerja petang tadi ayah bawak balik sebotol besar air mineral, limau nipis dan cuka. Dia suruh aku mandi dengan air yang telah campurkan sedikit dari air mineral itu dan juga limau nipis. Selepas mandi harus menyapu cuka di hujung kedua-dua ibu jari kaki. Semua ini harus dilakukan 3 hari berturut-turut. Aku protes!! Tapi dalam hati jek. Hwaaaaa... tak sukaaaa..busuuuuukkkk!!!

Semuanya bermula bila mama rasa curious, coz aku beritahu akan mula seram-sejuk dan demam setiap kali masuk maghrib. Walaupun aku rasa sejuk dan dalam keadaan cuaca yang sejuk sekalipun tubuhku akan berpeluh-peluh. Seluruh tubuh pula rasa berbisa, especially di bahagian tulang belakang dan pinggang. Bila tengah malam pula semasa sedang lena aku akan terjaga kerana terasa dada/ tubuh ku seperti dihempap sesuatu.

Wallahua'alam!!

0 comments: