Monday, October 19, 2009

Semester 2




Kuliah untuk semester 2 bermula minggu ni... Tak sabar nak jumpa semula kawan-kawan dan Pengajar. Menghadapi kerenah teman-teman yang pelbagai warna menjadikan diari kehidupanku juga meriah dengan pelbagai tona warna.. hehehe..

Marah, pertelingkahan, semuanya di tangani dengan penuh rasional. Sekarang kalau ada yang kecil hati dan memarahiku, aku mampu menanganinya dengan senyuman dan tanpa dendam di hati. InsyaAllah. Bukan retorik, tapi kenyataan. Dulu ketika di sekolah menengah, kalau kena marah or jeling dengan kakak seniors, sure menangis 44 hari siang dan malam...huhuhu...

Di awal sem ada seorang-dua yang memalingkan muka, kala aku melemparkan senyuman paling manis. Sedikit pun aku tidak menyimpan dendam bila senyumanku itu tidak berbalas. Tanpa jemu, ku cuba dan cuba lagi tanpa patah semangat. Aku anggap mereka fobia untuk menerima senyumanku, maklumlah.. tengok badan pun dah macam raksasa...hahaha...terkezut agaknya mereka tu.

Semua yg pahit telah berlalu; kini masing-masing fokus untuk sama-sama mencari ilmu akhirat, kerana kami ini semua adalah anak-anak akhirat. Kami harus menimba sebanyak mungkin segala ilmu sebelum pulang ke alam akhirat, agar bila "kembali" ke tempat tinggal kami yang kekal itu kelak kami tidak janggal atau kekok.

Wallahua'alam..

0 comments: