Thursday, December 2, 2010

Hujan yang turun


Musim hujan sekarang ini. Kalau bukan turun di waktu pagi, maka basahlah bumi di waktu petang ataupun malam. Kemudian apabila hujan berhenti ada sahaja berita mengatakan jalan-jalan tertentu yang ditenggelami air di Johor Bahru ini. Jalan Air Molek dan Wisma Persekutuan memang lokasi hitam untuk banjir kilat. Entah di mana silapnya. Padahal longkang bersebelahan kebun bunga dan laluan utama telahpun di besarkan.

Saat aku menulis ini pun hujan sedang turun dengan amat lebat. Alhamdulillah.. semoga hujan yang turun ini adalah hujan yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk bumi yang bertuah ini.

Saat hujan turun, adalah antara saat yang mabrur apabila berdoa. Maka janganlah lepaskan peluang untuk berdoa sebanyak mungkin. InsyaAllah.

Janganlah ada yang mengeluh atau mencela kala hujan turun ke bumi ini. Ada hikmah di sebaliknya. Menyuburkan tanam-tanaman, membasahkan bumi yang kering dan mungkin membersihkan longkang-longkang, sungai dan laut dari segala pencemaran toksid dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Sentiasalah kita bersyukur kerana Allah masih sudi untuk menurunkan hujan di tempat tinggal kita ini. Kita masih diberi peluang untuk memperolehi sumber air dengan mudah. Dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah.

1 comments:

en_me said...

syukur kanns..