Friday, December 10, 2010

Keletihan yang berbaloi

Akhirnya.. kem berakhir sebelum maghrib dan malam ini aku tidur di katil ku sendiri!! Program yang padat tapi menyeronokkan.

Semasa sessi pembahagian kumpulan, ahli kumpulan saya semuanya nampak seriau bila saya menawarkan diri untuk menjadi fasi kumpulan mereka. Maklum, mereka tidak nampak riak wajah saya yang sebenar dengan keadaan saya yang seperti 'ninja' ini. Selepas mereka melihat wajah saya yang sebenar dan setelah berapa sessi komunikasi, barulah mereka tidak lagi silu-silu untuk berinteraksi - hari terakhir, ketika aktiviti di kebun bunga saya kena buli!! hahaha.

Pun kem ini tidaklah seketat mana andai dibandingkan dengan kem motivasi yang pernah saya hadiri semasa masih bersekolah ataupun dua kem terdahulu yang saya sendiri menjadi fasi. Biarpun kesemua fasi yang terlibat adalah bidan terjun, namun kami semua berjaya "melemahkan" beberapa "hero Malaya"! Hero-hero yang konon "bersemangat kental" itu lah yang menitiskan airmata kala kem mahu melabuhkan tirainya. Memeluk erat ibubapa masing-masing dan memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah mereka lakukan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi hidayah pada mereka.

Syukur pada-Nya, selama tiga hari silaturrahim kami berjalan dengan mesra dan bahagia. Dari saat berpisah maghrib tadi, sehingga ke saat ini menderu-deru sms mereka masuk ke telefon bimbit saya. Semuanya mengimbau kembali saat 3 hari bersama dan rindu untuk bersama lagi.

Terima kasih ya Allah .. mengkabulkan doa kami agar program berjalan dengan lancar. Semoga sedikit ilmu yang telah kami kongsikan dalam waktu yang singkat ini akan terpahat diingatan mereka sehingga ke akhir hayat. Ameen, ya Rob.

0 comments: