Sunday, December 19, 2010

Kita dan semua milik kita adalah Milik-Nya!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sesiapa pun (orang Islam) tahu.. harta, pangkat, kesihatan; apa saja yang kita miliki dan nikmati adalah milik Allah. Namun begitu, masih ramai yang buat-buat lupa atau mungkin sengaja tidak mahu ambil peduli. Masih ramai yang masih memandang harta dan pangkat itu adalah hak mutlak mereka. Mereka lupa semua itu adalah anugerah dari-Nya. Esok, lusa malah sebentar lagi boleh di tarik kembali oleh-Nya.

REZEKI ITU DARI ALLAH
Masih ramai yang mempertikai orang yang tidak berijazah ataupun mana-mana kelulusan tinggi tidak akan mampu menyara hidup. Mereka lupa ijazah/ diploma yang mereka miliki adalah milik-Nya. Ramai yang mempunyai ijazah/ diploma, tetapi masih juga gagal mendapatkan pekerjaan. Kalau orang berijazah/ berdiploma ada rumah yang mampu dibeli sendiri untuk berteduh dari hujan dan panas, orang tidak berijazah/ berdiploma juga mampu. Semua itu atas izin-Nya. Sering aku terdengar mereka yang mempertikaikan kemampuan mereka yang tidak berpendidikan tinggi dan berjawatan rendah, iaitu golongan marhain itu. Selagi mereka berusaha gigih dengan tulang empat kerat mereka, selagi itulah Allah tidak akan memutuskan rezeki mereka. Dia yang maha adil sentiasa bertimbang rasa dengan semua hamba-Nya yang tidak melupakan-Nya. Selagi kita berusaha secara halal, dengan menggunakan tulang empat kerat - InsyaAllah, tidak akan diputuskan olehNya rezeki untuk kita. Ameen, ya Rob.

LULUSAN AGAMA KURANG CERDIK?
Masih ramai yang mempertikai mereka yang belajar di aliran agama adalah dari kalangan mereka yang kurang cerdik. Mereka lupa 'cerdik' yang mereka miliki adalah milik-Nya juga. Telinga ku ini sering mendengar mereka yang memperlecehkan para ulamak yang ada di sekitar mereka. 'Si polan/ si Polanah itu dahulunya tidak lulus SRP/SPM, tidak lulus MCE/SPM, sebab itu ibu-bapa mereka hantar mereka belajar agama. Aduhai, sadisnya. Tahukah, mereka itu belajar ilmu akhirat, ilmu yang akan mereka gunakan kala menghadap Dia!! Ilmu yang akan digunakan kala berjalan di bumi milik-Nya ini. Ilmu yang akan digunakan unuk menghadapNya di hari penghitungan. Di Padang Mahsyar nanti, Allah tidak akan bertanya, berapa A yang kamu perolehi dalam SPM. Allah tidak akan bertanya ijazah atau PHD apa yang kamu perolehi.

SOLAT
Masih ramai yang Allah beri kesihatan yang baik, tapi tetap liat untuk menunaikan ibadah, terutamanya solat 5 waktu. Masih tidak mahu ke masjid untuk bersolat berjemaah. Masih mementingkan empuknya tilam kala embun menitis di sepertiga malam. Pun ada yang hanya ke masjid kala solat Eid-Fitri ataupun kala solat Jumaat, itupun 2 minggu sekali. Jangan samapi jatuh munafik katanya~ na'uzubillahiminzalik!! (Ya Allah, beri petunjuk pada mereka yang lalai itu.. ameen)

JADI IMAM/MU'AZZIN
Masih ramai jejaka yang nampak segak dan tampan tidak pernah menjadi imam untuk bersolat jemaah, malah mengalunkan azan di masjid ataupun surau-surau berhampiran rumah mereka. Apalagi menjadi imam solat untuk keluarga. Ada yang usia telah menjejak ke 40an, namun tidak pernah sekali pun menjadi imam solat berjemaah untuk keluarga mereka sendiri. Kalau adikku Syamil (16 tahun) mampu menjadi imam ketika usianya 13 tahun, tentunya mereka yang berusia 18 tahun lebih dari mampu melakukannya. Dia mula mengalunkan azan saat masih di sekolah rendah lagi. Apatah lagi yang berusia 20 tahun ke atas. Hendak seribu daya...!!

AL-QURAN
Masih ramai yang kali terakhir khatam Al-Quran ketika mereka di hantar belajar Al-quran iaitu ketika masih di sekolah rendah. Kemudian bila tiba di sekolah menengah mereka membaca kerana terpaksa menghafal untuk peperiksaan SPM. Bila memasuki universiti, kesibukan kuliah dan kesibukan menyiapkan tugasan dijadikan alasan bahawa mereka kesempitan waktu.

AURAT
Masih ramai di kalangan kaum hawa yang menutup aurat, tapi terlalu mengikut fesyen. Tidak salah untuk mengikuti perkembangan fesyen, tetapi berhati-hatilah jangan sampai kita menjadi hamba fesyen dan hamba syaitan ~ na'uzubillahiminzalik.

ULANGKAJI?
Aku sekadar berkongsi atau mengulang kembali segala yang ustaz ataupun ustazah kita pernah beritahu/ ajar kala di sekolah rendah, menengah ataupun ketika kita berada di sekolah agama. Mungkin ada di antara kita yang telah terlupa. Catatan kali ini adalah inngatan ikhlas dari ku untuk sesiapa jua yang membaca blog ku yang tidak seumpanya ini, jua sebagai ingatan untuk diriku sendiri yang mungkin pernah sesekali terlalai dan khayal.

Sesungguhnya, yang buruk itu adalah dari diriku sendiri dan yang baik itu adalah dari-Nya jua. Wallahu'alam.




Bookmark and Share


0 comments: