Tuesday, December 7, 2010

Diari Awal Muharam

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Hari ini cuti umum di Malaysia - 1 Muharram @ tahun baru Hijrah. Semua kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan sebahagian syarikat swasta bercuti. Ayah dan mama juga bercuti. Kami semua tidak berpeluang untuk bersantai-santai di rumah kerana harus ke hospital menziarahi tok. Namun, sebelum ke hospital kami perlu mengikut ayah ke dua destinasi berbeza - janji temu dengan kawannya di Gelang Patah dan Pasir gudan. Jenuhlah kami duduk di dalam kereta.

PAGI:
Usai sarapan kami keluar rumah. Mula-mula kami ke Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah. Ayah kata, tidak lama hanya mengambil dokumen. (kami tidak percaya!!!hehehe) Memang pun lama!! - Di Gelang Patah isteri kawan ayah telahpun menyiapkan kopi O dan 2 jenis kuih; karipap dan pau sambal. Ada pulak tetamu lain yang memang nak berjumpa ayah. Panjang lah pulak ceritanya. 1130am baru keluar!! Hati memberontak, namun wajah tetap semanis kurma. hehehe.

Kemudian ke Pasir Gudang - Kawan Ayah nak belanja makan, tapi mama menolak. Lagi lama bersembang, lagi lama sampai ke hospital. Mama risau nenek yang berkampung semalaman di hospital. Belum ada seorang pun lagi yang sampai bagi membolehkan nenek melunjur kaki dan melegakan tangan.

TENGAHARI:
Dari Pasir Gudang, kami terus ke Kotaraya untuk makan tengahari. Semua kelaparan. Sarapan pagi kami hanya roti bakar dan jemput-jemput pisang. Itu saja selera yang kami ada. Masing-masing masih lagi mengenangkan tok dan nenek di hospital. Ayah dan adik-adik solat zohor di Masjid Kotaraya. Makanan ayah dan adik-adik habis sebaik azan berkumandang. Aku tidak turut ke Masjif kerana makanan baru saja sampai. Mama 'bercuti'. Selepas semuanya selesai, kami meninggalkan kotaraya ayah singgah di pejabatnya sebentar, mengambil kerja yang tidak siap dan mahu disiapkan di rumah. Sementara ayah ke pejabat, mama menghantarku ke Masjid Abu Bakar - solat Zohor. Kedudukan masjid, pejabat dan hospital yang bersebelahan memudahkan pergerakan kami.

PETANG DI HOSPITAL:
Ramai tetamu tok. Nek som, anak-anaknya (unt ija, unt zirah dan anak bungsunye: Eton sebaya dengan ku) serta 2 orang cucu-cucunya. Tok nampak tenang sedikit berbanding semalam. Nek Som banyak menasihatinya, agar bersabar selalu atas dugaan Tuhan, termasuk untuk tidak memarahi nenek. Lebih kurang pukul 5pm++ kakak ipar Pak Ngah - Makcik Melur (nama sebenar dalam surat beranak, tau!!) sampai bersama suaminya - Pakcik Yunos. Tidak lama, Nek Som minta diri untuk pulang. Pukul 6pm++ Makcik Melur dan suaminya pula minta diri. Pak Ngah pula sampai 63opm++. Jalam jem katanya. Lagipun, bertolak dari rumah pun lewat.

MAKAN MALAM
Hampir pukul 7pm++ kami keluar. Nenek mahu menjaga tok. Kami mengikut saja. Kasih seorang isteri yang setia. Ayah suruh Pak Ngah naik mpv kami, senang bergerak dengan hanya sebuah kenderaan. Kami semua bersolat maghrib di Masjid Abu Bakar dan kemudian makan malam bersama di Larkin Perdana. Hujan renyai! Ketika sedang makan nenek talipon mama - dia nak balik. Pak Uda bersetuju untuk menjaga tok. Kami seronok dan lega, sebab nenek dapat tidur lena. Sampai di hospital, aku dan Syamil menjemput nenek di wad tok. Pak Ngah balik, bila nenek sampai di bawah. Nenek balik ke rumahku.

BERPISAH DENGAN PAK NGAH
Kami berpisah dengan himpunan sebak di dada -mama terutamanya. Simpati pada Pak Ngah yang sedang menanggung 'sakit'. Menjaga pula mak mertua yang juga sedang uzur. Harus pula mencuri masa untuk menziarahi tok yang uzur. Semoga Allah melimpahkan kesabaran buat Pak Ngah dan memberikan pembalasan setimpal dunia dan akhirat atas sikap taatnya sebagai anak yang soleh.

ANAK-ANAK YANG BERTANGGUNG JAWAB
Syukur pada Allah, nenek dan tok dianugerahkan anak-anak yang bertanggungjawab - sedkit tapi berkualiti. Semoga aku dan adik-adik juga mampu menjadi seperti mereka. Ameen, ya Rob.

2 comments:

akuamin said...

alhamdulillah syafahullah...wa allahumma yassir mimma tu'assir..
amin ya rab...

Humaira' said...

tks for da du'a..semoga Allah membalas dengan kebaikan..ameen,ya Rob