Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Bersama Misrafkah (2010)
Warden ASPURI & Guru Bahasa Inggeris


"Pergi sekolah elok-elok. Dalam kelas jangan khayal, fokus pada apa yang cikgu cakap. Kalau tidak faham tanya cikgu. Jangan diam saja."

Pesanan ini yang selalu aku terima setiap kali mahu ke sekolah dari mama atau ayah ketika di sekolah rendah. Aku turut menerima pesanan yang sama dari nenek, tok mael, tok aji atau mak. Seolah-olah mereka berpakat pula.

Kini, pesanan yang sama aku pesan pada adik-adikku yang berdua itu. Pesanan ini juga tuturt ku pesankan pada adik-adik ketika menjadi fasi untuk kem-kem motivasi. Tuanya aku. hehehe

Ada lagi pesanan mama, "Jangan lawan cikgu atau dendam pada mereka. Berdosa"

Ia adalah sebuah pesanan klise, tapi mempunyai impak yang sungguh besar. Semakin kita dewasa kita semakin mengerti, bahawa kita harus sentiasa membersihkan hati dari buruk sangka terhadap guru kita sendiri.

Setiap kali peperiksaan menjelang, masing-masing sibuk akan memohon maaf dan restu dari para guru masing-masing. Kita mohon agar mereka mendoakan kita dipermudahkan ketika mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan. Selain dari kedua ibubapa, doa para guru untuk kita dijanjikan akan terus sampai pada-Nya tanpa tapisan. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah,
ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim)



SELAMAT HARI GURU!!
KHUSUS UNTUK SEMUA INSAN YANG PERNAH DAN SEDANG MENDIDIKKU
SEMOGA HIDUP KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.
AMEEN..AMEEN..AMEEN, YA ALLAH

0 comments: