Thursday, November 3, 2011

Ayuh kita 'Enjoy'

Rindu nan tidak bertepi!
Aduhai.. lama sungguh tidak membuat sebarang catatan di sini. Sekadar singgah seketika dan berlalu pergi. Sungguh kerinduan diri untuk menulis tidak terbendung. Namun, dek kekangan masa..apalah dayanya..

'Enjoyyy'
Alhamdulillah, sudah hampir seminggu saya di rumah..bercuti!! Sekarang dah tiba masa untuk enjoyyyyy!! Setelah 2 minggu 'enjoyyyy' menghadapi peperiksaan!! 'enjoyyy' belajar dan belajar dan belajar...'Ejoyyyy' kurang tidur.. 'enjoyyyy' kurang makan (tapi 'terpaksa' makan bila mama hantar makanan dari rumah untuk saya dan kawan-kawan sebilik..memang saya tak berapa nak makan tapi 'terpaksa' makan hingga licin pinggan dan menjilat jari!! semata-mata nak 'enjoyyy' menikmati makanan hasil air tangan insan yang melahirkan..haha..)

Bila di rumah, aktiviti paling 'enjoyyyy' tentunya zzzz dan menonton tv!! Zzz tak berapa nak 'enjoyyyy' sebab pastinya kalau kantoi dek mama.. siap siagalah mendengar ceramah ala-ala suara Ustazah Norbahyah!

Maghrib dan Isyak ikut mama/ ayah jemaah di Masjid. Masjid kegemaran mereka di Bandar Baru UDA (BBU) tentunya. Malam ni pertama kali saya turut serta baca yassin di Masjid BBU. Memang seronok di sini. Paling kurang pun 6-7 SAF untuk jemaah perempuan. Masjid Abu Bakar pun kalah...-paling ramai pun 6-7 ORANG saja.

Malang tidak pernah dihidu!!
Oh, malang memang sungguh tidak berbau..~handphone saya dicuri!!! Saya meninggalkan beg tangan saya di hadapan almari telekung dan saya pula berada di saf kedua untuk bersolat! Entahlah, saya sentiasa berbaik sangka bahawa kejadian tersebut tidak akan berlaku ke atas saya.

Selama ini begitulah. Selamba tinggalkan beg dan segala barang berharga di dalam -handphone, beg duit- kemudian mengambil wudhuk dan bersembahyang. Beberapa kali mama menegur, namun hanya memandang sepi pesanan dan tegurannya. Hmmm, saya tetap mahu bertawakkal terhadap Allah dan berbaik-sangka terhadap semua insan yang datang ke rumah Allah adalah untuk beribadah kepada Allah. Tapi, itulah.. manusia ini sama asal kejadiannya..namun hati dan perasaan adalah berbeza sama sekali.

Marah, sedih.. tapi apa yang saya boleh lakukan lagi? Sabarkan diri sendiri lalu turut serta baca yassin  beramai-ramai dan bersolat Isyak berjemaah. Selepas itu duduk diam-diam..-muhasabah diri!!

Usai solat Isyak.. tiba-tiba saya dikerumuni oleh beberapa jemaah yang bersimpati dengan nasib saya.. oh, sedih kembali bertandang. Saya sayangkan ayat-ayat Al-Quran yang telah diuploadkan di dalam handphone tersebut. Membantu saya ketika mengingat kembali surah-surah yang dihafal..

-Ya Allah, maafkan aku andainya aku cuai dan lalai..ampunkan orang yang mencuri itu, ya Allah.. berilah hidayah padaNya.. limpahkanlah rezekiku, kedua ibubapaku dan semua orang yang berbuat baik padaku..ameen ameen ameen ya robbal 'alameen-

Lupakan kisah sedih yang menyengat itu!! Tiada yang kekal di dunia ini!!





Tips beribadah
Ada makanan percuma sebelum pulang! Nasi putih dan ayam masak asam pedas. Asam pedas yang sedap sangat!! Alhamdulillah.. Saya sedulang dengan mama dan seorang bekas Pensyarah Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim yang sungguh humble.. Dari dialah tercetusnya tajuk entry ini.. Pesannya, beribadah juga harus 'enjoyyyy', iaitu buat ibadah dalam keadaan sihat-walafiat. Manfaat setiap masa sihat dengan beribadat.



InsyaAllah, semoga kita semua dipermudahkan melakukan urusan dunia dan akhirat.

2 comments:

E n t o y C a i r o said...

cool bey...enjoy dengan ujian nih!

yarhamkallah ya najwa

Humaira' said...

alhamdulillah.. ana sangat enjoyyy!! hasilnya, ana sedang enjoyyy dengan hp baru.. ngehngeh..

terima kasih ayah chik atas nasihat..

terima kasih ayah, sudi belikan hp baru..(wpons murah,tp santeekkss..haha)

terima kasih mama, berjaya influenced ayah..

syukran ya Allah, atas ujian dan nikmat-Mu!!