Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

KITA BERSAUDARA..

cantik? hebat? ..ia milik Allah!


Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaiki hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Al-Hujurat: 10)

Rapuhnya hati kita sebagai hambaNya yang sering saja memalingkan wajah dan memutuskan silaturrahim, sedangkan jelas tertulis didalam Al-Quran untuk tidak memutuskan silaturrahim.

Tergamaknya mereka yang tidak mengindahkan insan-insan yang ingin menyambungkan silaturrahim. 


Kasih-sayang yang padu
Semenjak kecil, aku di kelilingi insan-insan yang sentiasa memberi belaian kasih. Insan-insan yang menjadikan kasih-sayang dan ukhwah sebagai pakaian seharian.


Alhamdulillah.. Baby sitter yang pertama yang aku panggil Mak Yam dan suaminya ku panggil abah hingga kini, berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading. Namun tidak pula pernah ku lihat mereka mendabik dada.


Bila Mak Yam harus melahirkan anaknya, aku di hantar ke rumah baby sitter lain, yang ku panggil mak sehingga ke hari ini. Anak-anak mak seperti yang pernah ku nyatakan sebelum ini semuanya seperti pakcik dan makcik ku sendiri. Mereka semua -4 orang- adalah insan hebat di luar sana.


Tentulah apa kurangnya dengan keluarga sebelah mama dan sebelah ayah. Adik-beradik sendiri usahlah di ambil kira. Apa yang ingin aku utarakan di sini adalah insan-insan yang tidak mempunyai pertalian darah, berpangkat dan berharta tapi sangat sudi untuk menjalin silaturrahim. Sudi untuk berkongsi kasih, kesusahan dan kegembiraan. Allahuakbar.


Itulah yang telah terdidik dalam diriku dan juga adik-adik. Kami diingatkan untuk tidak mempamerkan rasa tidak suka terhadap insan yang mahu menjalin ukhwah.


Tapi realitinya bukan semudah itu rupanya. Wujud insan-insan yang tidak sudi memandang walau sedikitpun, apatahlagi berbalas senyum. Berjabat tangan? Lagilah jauh panggang dari api. Masya Allah.


Ia kisah yang telah berlalu, tapi sesekali datang jua menyapa dan menganggu rasa, pun tidak sampai menjadi kudis.

Terima kasih Ya Allah
Kebesaran dan kasih-sayang Allah itu memang tiada tandingannya. DIA memberikan insan-insan hebat namun hati seputih kapas dan bicara selembut sutera. Mereka yang sangat sudi dan sentiasa sudi untuk mengeratkan silaturrahim tanpa rasa sangsi. Tanpa mengambil peduli segala rasa yang tersirat. Bukankah itu hasutan syaitan? Sesungguhnya, merekalah insan yang benar-benar cemerlang dunia dan akhirat. Allahuakbar!


Lihatlah di antara insan-insan hebat itu..yang sentiasa ingat pada rumput di bumi..yang sentiasa rendah hatinya..yang sentiasa cintakan silaturrahim

Keduanya Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Pokde/Mokde


Professor/ Penulis tersohor - Prof Muhd Kamil

Penulis hebat/ Lecturer Universiti Taibah - Isteri Prof Muhd Kami,
- Puan Raudzah Roslan -

IT Engineer - Untie Pidah dan suami Uncle Mali



Mereka ini hanya contoh untuk beberapa orang, tapi sebenarnya ada ramai lagi.  Tentu pelikkan, bila melihat mereka yang hanya biasa-biasa saja kehidupannya lebih sombong dari mereka yang berpangkat dan berharta..


Semoga Allah mengampunkan semua dosa kami dan dosa kedua ibu-bapa kami, melimpahkan rezeki yang luas buat kami, diberi kesihatan yang berkekalan dan kekal dalam rahmat Allah dunia dan akhirat.


Ameen ya Allah.


Tuesday, May 17, 2011

HAMLATUL QURAN

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”

(Riwayat Ibnu Majah)



Hamlatul Quran atau Hafiz/ Hafizah adalah mereka yang menghafal Al-Quran. Mereka adalah kekasih Allah ketika di dunia lagi. Allahurobbi. Istimewakan mereka! Berdoalah semoga kita mampu menjadi sebahagian dari mereka. Doakan aku, sahabat semua. Ameen, ya Robb.

Namun masih ramai yang memandang rendah orang-orang yang menghafaz Al-Quran. Tahukah mereka bahawa Al-Quran itu nanti akan membantu mereka di hari penghitungan? Allahurobbi!!




Dari Abi Umamah ra. ia berkata,
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda":


“Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”

(
Riwayat Muslim)



Sukar?
DIA ada. Al-Quran kitab milikNYA. Minta izin dan mohonlah kepadaNYA agar dipermudahkan, dilancarkan lidah dan dilapangkan dada kita untuk membuka, membaca dan menghafaz kitabNYA.

Tidak kenal maka tidak cinta!
Cubalah. Belum cuba belum tahu. Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Anda akan merasai kemanisannya setelah sentiasa dekat dengannya, atas izin dan rahmatNYA.

Berdikit-dikit
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Dari sekolah rendah lagi telinga kita telah dibiasakan dengan perumpamaan ini. Sehari sepotong ayat, dibaca dan dihafal berulang kali sehingga lidah kita mesra dengannya. InsyaAllah.

Wallahua'alam.

Wednesday, December 9, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Akulah itu yang terlalu banyak dosa, ya Rabb!!
Akulah itu yang selalu lalai, ya Rabb!!
Akulah itu yang sering menzalimi segala nikmat Kau berikan
Tapi aku tidak sanggup untuk ke neraka Mu
malah, tidak pula aku layak untuk ke syurgaMu

ampunkan aku, ya Rabb
ampunkan aku, ya Rabb
ampunkan aku, ya Rabb



Sunday, December 6, 2009

AMALAN KITA AKAN DIHISAB!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, August 29, 2009

DIIKTIRAF?

SCENARIO YANG INGIN DIKONGSI
Penyoal: Kolej tempat awak belajar tu diiktiraf ke?
Yg menjawab: Diiktiraf, sebab di bawah kerajaan negeri.
Penyoal: Ye ke? Anda pasti?
Yg menjawab: Tentu.
Penyoal: Ambil course apa?
Yg menjawab: Tahfiz
Penyoal: Sijil ke apa.
Yg menjawab: Diploma
Penyoal: Diploma? errkk.. ooo, ada ea.
Yg menjawab: (hanya mampu menjawab dengan senyuman)
Penyoal: Ada masa depan ke? Apa je kerja yang awak boleh buat? Ajor ngaji je la kan? Ke Cikgu sekolah Agama petang?
Yg menjawab: InsyaAllah. Itu antara kerja yang sesuai. Tapi banyak lagi. Lecturer, Pegawai Tadbir..Tapi kena sambung Digree la.
Penyoal: (Terkebil-kebil) Ooo... study hard and good luck, ea.
Yg menjawab: InsyaAllah, terima kasih.
Penyoal: (Masih terkebil-kebil)
Yang Menjawab: (semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepadamu)

Maha suci Allah, yang menjadikan segala sesuatu dengan bersebab.

Sesungguhnya Al-Quran itu kitab Allah. Kalam milik Allah. Terlalu banyak kelebihan untuk mereka yang mendampingi Al-Quran, apalagi menghafalnya. Namun masih ramai lagi yang memandang remeh isu ini.

Antara beberapa kelebihan membaca dan menghafal Al-Quran:


PENGHAFAZ AL-QURAN SEBAIK-BAIK MANUSIA
“Dari Uthman bin Affan R.A, berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”


PENGHAFAZ AL-QURAN ADALAH HAMBA PILIHAN-NYA
Dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu iaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya. Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Fatir:31-32)



MENGHORMATI SEORANG HAFIZ AL-QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Qur'an yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan Penguasa yang adil." (HR. Abu Daud)

DILIMPAHI REZEKI
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30.


ALLAH MEMELIHARA PENGHUFAZ
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala)".


PALING LAYAK MENJADI PEMIMPIN
Dari Abu Hurairah ia berkata, "Telah mengutus Rasulullah SAW sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian Rasul mengetes hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampailah pada Shahabi yang paling muda usianya, beliau bertanya, "Surat apa yang kau hafal? Ia menjawab,"Aku hafal surat ini.. surat ini.. dan surat Al Baqarah." Benarkah kamu hafal surat Al Baqarah?" Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, "Benar." Nabi bersabda, "Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi." (HR. At-Turmudzi dan An-Nasa'i)
~~bersambung~~