Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, February 11, 2011

AKHIRNYA KINI PASTI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



HOME SWEET HOME!

Segala puji-pujian hanya layak untuk-NYA..-alhamdulillah.. semakin ramai sahabat [banat] saya yang ditransitkan di Jeddah telah selamat sampai ke tanahair tercinta. Terima kasih ya Allah. Kau telah permudahkan segala urusan mereka, sahabat-sahabatku.

Kak Uteh, Adibah dan beberapa orang lagi selamat sampai semalam. Lega rasanya. Sahabat lelaki saya tidak risau sangat. Lebih-lebih lagi pada mereka yang masih tinggal di Mesir. Mereka memang hebat!! Jangan risau, Allah bersama mu/ kalian.

Tidak sabar untuk bersua-muka dengan mereka semua rakan-rakan yang sudah sampai, untuk mendengar segala pengalaman terus dari mulut mereka.


SUMBER: UTUSAN ONLINE [KLIK DI SINI]
11/02/2011 12:17pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Sehingga ini seramai 4,281 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang dari Mesir, termasuk 451 orang yang tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines MH 8031 pada 2.20 pagi tadi.

Seramai 268 warga Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 838 pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Kementerian Luar di sini hari ini.

Beliau berkata, pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah kerana syarikat penerbangan itu tidak mempunyai perkhidmatan ke Malaysia.

"Bas yang disediakan untuk membawa rakyat Malaysia dari Changi akan berhenti di perhentian bas di Larkin, Johor, Melaka Central, Seremban dan Universiti Putra Malaysia di Serdang” katanya.

Seramai 100 orang lagi rakyat Malaysia dibawa pulang dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka mendarat di Pangkalan TUDM di Subang pada 3 petang ini. – Bernama



[ii]

SELAMAT JALAN MUBARAK!

Hari ini 11 Februari, Mubarak akhirnya pergi setelah 30+ tahun hidup sebagai diktator hasil dari kebangkitan rakyat yang melakukan protes selama 18 hari -meminta dia untuk berundur. Dia tewas ketika usianya 82 tahun! Sememangnya usia yang digunakan untuk duduk saja di rumah bersama anak cucu!

Selamat meneruskan kehidupan wahai Mubarak. Semoga kau mempunyai kesempatan untuk muhasabah diri sebelum pulang ke alam kekal. Sungguh banyak amanah yang telah kau abaikan selama berada di atas [6 Oktober 1981- 11 FEBRUARI 2011].

ADIOS ya MACHA!!


SUMBER: UTUSAN ONLINE [KLIK DI SINI]
ARKIB : 11/02/2011

KAHERAH 11 Feb - Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan itu menurut Naib Presiden, Omar Suleiman.

Mubarak kini dikatakan lari ke Sharm el-Sheikh.

Menurut laporan AFP, Mubarak juga telah menyerahkan kuasa kepada tentera. - AFP


[iii]

KISAH MUBARAK YANG KAYA [SUMBER: KLIK DI SINI]

Presiden Hosni Mubarak telah memimpin Mesir lebih daripada 30 tahun. Lama menguasai negeri Firaun itu, sejumlah kalangan menuduh Mubarak sudah menimbun harta berlimpah.

Laman ABC News, Jumaat 4 Februari 2011, melaporkan bahawa sejumlah ahli memperkirakan kekayaan Mubarak tidak hanya US$40 bilion (RM125 bilion), tapi mencapai US$70 bilion (RM230 bilion). Peningkatan kekayaan ini setelah Mubarak dan keluarga melakukan diversifikasi investasi selama 30 tahun dia menjabat Presiden.

Amaney Jamal, seorang profesor ilmu politik di Princeton University, Amerika Serikat, mengatakan bahawa estimasi tersebut sebanding dengan kekayaan besar pemimpin di negara-negara Teluk lain.

Lalu bagaimana Mubarak bisa mendapatkan kekayaan itu? Amaney membeberkan kekayaan Mubarak diperoleh sejak dia sebelum menjabat Presiden. Saat masih menjadi perwira Angkatan Udara, Mubarak telah memiliki bisnis militer. Setelah itu, merambah pada usaha layanan publik.

“Ada banyak korupsi dalam rezim ini, mereka menggunakan sumber daya publik untuk keuntungan pribadi,” kata Jamal.

Jamal mengatakan, aset Mubarak paling mungkin disimpan di bank luar Mesir, khususnya di Inggeris dan Swiss. “Ini adalah pola diktator Timur Tengah,” ujarnya.

Christopher Davidson, profesor politik Timur Tengah di Durham University, Inggris, mengatakan, Mubarak, isteri, dan dua anaknya mampu mengumpulkan kekayaan melalui sejumlah kemitraan bisnis dengan orang asing.

Menurut dia, hukum Mesir mengharuskan ‘investor’ asing memberikan 51 persen saham kepada mitra bisnis lokal. “Ini cara yang paling memungkinkan [untuk menumpuk kekayaan],” katanya.

Sejak berkuasa pada 1981, Mubarak mampu membuat negara di Afrika Utara itu stabil. Rahsianya, dia membangun hubungan baik dengan negara-negara Barat dan Israel. Namun di balik kestabilan, korupsi, kemiskinan dan kekerasan oleh negara tumbuh subur.

Mubarak lahir 1928 di desa Kahel-el-Meselha. Dia tamat dari Akademi Militer pada 1949. Setelah perang Arab-Israel, Mubarak mendapat promosi menjadi Kepala Angkatan Udara Mesir, inilah pintu pertama dia masuk ke lingkaran elit politik.

Mubarak dikenal sebagai pembantu setia Presiden Mesir Anwar Sadat. Dia diangkat jadi Wakil Presiden oleh Sadat pada 1975. Sejak itu dia memainkan peranan penting, membangun hubungan dengan negara-negara barat. Pada 1981, Sadat dibunuh. Mubarak pun naik menjadi orang nombor satu di Mesir.

VIVA news

Thursday, February 10, 2011

Peliharalah Mereka Dan Diriku


Waktu Zohor tadi teringin pula mahu bersolat di Masjid Abu Bakar. Terasa ingin berlapang dada di situ. Panas terik memancar terus ke ubun-ubun dan wajah. Tiada angin yang bertiup. Kering sungguh! Kawasan meletak kereta dipenuhi dengan bas-bas pesiaran pelancong - samada pelancong Jepun ataupun Korea. Sukar untuk mengagak kerana bentuk wajah dan fizikal mereka yang hampir serupa.

Tiba-tiba mata saya terpandang segerombolan muslimah berjubah dan juga segerombolan lelaki yang sebahagian dari mereka berkopiah, berjalan pantas melalui koridor dihadapan balai masjid turun dari salah sebuah bas yang panjang. Hati saya terdetik, inikah pelajar Mesir dari Jeddah yang transit di Changi Airport? Ah, mungkin pelajar-pelajar pengajian Islam dari kolej/ uni tempatan. Biarkanlah.. hati saya berkata lagi.

Langkah di susun menuju ke tangga untuk memasuki masjid. Saya di celahan gerombolan para muslimah di situ, membuka kasut dan meletak ke rak yang tersedia di sisi kiri. Kelihatan masing-masing terpinga-pinga mencari ruang bersolat untuk muslimah. Saya cuba berjalan pantas, mendahului mereka sebagai isyarat saya sedang menuju ke ruang solat muslimah. Jelas, mereka menuruti saya. Ketika mahu meletakkan beg, saya terdengar salah seorang dari mereka tertanya-tanya di mana tempat mengambil wudhu. Barulah saya melihat ke arah mereka, tersenyum dan bersuara "..dibawah" Lantas saya bangun, dan beberapa orang dari mereka menuruti saya ke bawah.

Ketika mahu ke tempat wudhuk, saya ternampak kelibat abang kawan saya ketika di dhaurah bersama gerombolan lelaki yang turun dari bas panjang tadi. Dia memang sedang menuntut di Mesir - sah! memang mereka semua pelajar-pelajar Mesir. Ini lah yang di khabar di Utusan Online. Entah kenapa tiba-tiba sebak memenuhi ruang dada. Mereka selamat sampai!!! Syukur, alhamdulillah..

Ketika di ruangan solat, saya terdengar komunikasi di antara mereka, yang sedang mencongak tempoh perjalanan dari Johor Bahru ini ke Kuala Lumpur. Ada yang menggunakan dialek utara dan Negeri Sembilan juga.

Wajah mereka nampak letih, namun mereka kelihatan teruja. Maklum sudah menghirup udara tanahair sendiri dan semakin hampir untuk menemui keluarga tercinta, khususnya ibubapa masing-masing.

Segala puji bagi Allah, yang memudahkan perjalanan mereka sehingga selamat sampai ke bumi kelahiran, yang memelihara mereka dari ancaman keganasan di perantauan. Allah..Allah..Allah. Aku turut merasai kelegaan yang mereka alami, yang sememangnya jelas terpancar di wajah-wajah manis mereka semua. Alhamdulillah. Permudahkan perjalanan mereka hingga selamat sampai ke rumah masing-masing wahai Allah, Tuhan yang maha mengasihani lagi penyayang. Ameen, ya Allah.




UTUSAN ONLINE [SILA KLIK]
09/02/2011 7:36pm

JEDDAH 9 Feb. – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggunakan strategi baru untuk membawa pulang pelajar Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir iaitu dengan menggunakan penerbangan Saudi Airlines ke Singapura dan Jakarta, kata Setiausahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Semalam, 150 pelajar dibawa keluar dari Jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura, katanya di sini hari ini.

"MKN menyediakan empat bas untuk membawa mereka balik dari Changi... mana yang duduk Johor diturunkan di Johor dan yang duduk Melaka turun di Melaka. Ini bagi memudahkan dan mencepatkan penghantaran mereka pulang,” katanya.

Beliau berkata, bas-bas yang disediakan oleh MKN itu akan menghantar para pelajar sehingga ke Ipoh.

Mohamed Thajudeen berkata, satu penerbangan Saudi Airlines akan bertolak dari Jeddah pada pukul 9.25 malam ini dan seramai 104 pelajar dijangka dibawa dengan penerbangan ini ke Jakarta.

Mereka dijangka tiba pada pukul 11 pagi esok dan dijadualkan dibawa pulang dengan pesawat AirAsia dari Jakarta yang dijangka bertolak pada pukul 2 petang ke Malaysia.

Beliau berkata, dianggarkan lebih 650 pelajar akan dibawa pulang ke tanah air hari ini dengan sebuah pesawat khas Malaysia Airlines dan sebuah penerbangan komersial Malaysia Airlines.

Selebihnya akan dibawa dengan dua pesawat Saudi Airlines masing-masing ke Changi dan Jakarta. – Bernama



NOTA:

Kala saya menulis saat ini, hujan lebat sedang turun mencurah-curah, bersama dentuman guruh dan pancaran kilat sabung-menyabung.. [takutnya!]


[ اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا -Ya Allah, curahkanlah hujan yang bermanfaat. Ameen, ya Rob]

Tuesday, February 8, 2011

YANG TERSIRAT ITU MILIK-NYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Siratan di atas segala yang tersurat itu hanya Dia yang maha mengetahui. Bagai bahasa alam yang kini sedang berbicara keras memberi amaran kepada manusia yang menghuni bumi-Nya. Pun bukan semua yang mahu mengerti. Meski segalanya telah tertulis di dalam Kalam-Nya.

Ya Allah, kau ampunkanlah hamba-Mu yang sering lalai ini..
peliharalah aku dari hasutan syaitan durjana..
ameen, ya Allah.

Gunung berapi meletus di Indonesia dan Jepun. Kebakaran secara besar-besaran di Australia dan Indonesia serta beberapa negara lainnya. Taufan dan banjir besar di Queensland-Australia memusnahkan kehijauan buminya nan damai, saujana mata memandang.

Banjir besar di bumi Malaysia yang dahulunya hanya melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, namun tidak lagi waktu ini. Kluang, kawasan lindungan hujan misalnya sudah di landa banjir. Bandaraya Kuala Lumpur seringkali di landa banjir kilat dan besar hingga menenggelamkan kenderaan awam dan persendirian.

Andai dahulu mereka yang tinggal di bukit akan selamat dari banjir, namun kini sebaliknya. Mereka harus berhati-hati kerana bukit akan runtuh andai hujan berterusan. Di tempat rendah mahupun tinggi, tiada siapa yang mampu untuk tidur lena kala hujan mencurah berterusan tanpa henti.

Demikianlah tentuan Allah yang menduga hambaNya dengan adil. Semuanya merasa kesengsaraan yang dilagukan alam. Kini - diseluruh dunia!!

Mesir.. 30 tahun penghuninya patuh pada pemerintah, tiba-tiba 14 hari yang lalu bangun memberontak. Bumi yang sepatutnya telah maju, namun prasarananya masih mundur di mana-mana. Rupa-rupanya mereka tidak lagi tertahan dengan pentadbiran secara ditaktor. Mereka tidak lagi mahu menjadi seperti lembu dicucuk hidung yang sentiasa patuh pada tuannya.

Biar dikatakan tunjuk perasaan secara aman, namun tahap kesabaran itu berbeza-beza. Maka tercetuslah pergaduhan yang menumpahkah darah. Beratus yang mati dan beribu pula yang tercedera. Demikianlah harga yang harus dibayar untuk sebuah perjuangan menuntut kebebasan demokrasi.

Hasilnya, barulah kita nampak bahawa betapa ramainya rakyat Malaysia yang tinggal di sana untuk menuntut ilmu. Mereka yang mendaftar untuk pulang ke tanahair mencecah ke 7K orang.[sumber Utusan Online] Lanjutan dari itu betapa kita lihat, begitu ramai hati-hati mulia yang sudi menggembling tenaga untuk menghulur bantuan kemanusiaan.

Alhamdulillah, negara ku tercinta nan aman, di huni pula oleh ramai insan-insan mulia. Sudi berkongsi rasa, sudi menghulur segala bantuan yang diperlukan. Allah..Allah..Allah.. sesungguhnya hanya Kau yang maha besar, maha mengasihani dan maha penyayang.

Sungguh! Memang ramai yang menghulur bantuan. Berbagai bentuk dan cara bantuan. Ada diantara blogger yang mengwar-warkan di dalam blog mereka untuk mengumpul dana samada kewangan atau barang-barang keperluan serta makanan. Contoh individu yang membantu.. klik disini Bagi yang tidak berkemampuan atau belum bekerja/ pelajar [seperti saya..hehehe..] boleh membantu dengan berdoa dan melakukan solat hajat agar segala urusan dipermudahkan. Mereka yang terlibat samada mangsa rusuhan atau penyelamat sentiasa dilindungi-Nya. Doa ikhlas dari seorang insan untuk insan lain yang memerlukan secara diam-diam, insyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah swt. Allahuakbar!

Ya Allah, kau rahmatilah semua individu yang membantu sahabat-sahabat ku dan semua rakyat Malaysia di Mesir - samada bantuan tenaga ataupun wang ringgit. Murahkanlah rezeki mereka dan angkatkanlah darjat mereka ke langit tujuh. Kau peliharalah juga sahabat-sahabatku yang masih tinggal di sana, tabah menghadapi segala dugaan yang bakal tiba.

Ya Allah, kau peliharalah para penduduk Palestine dan para pejuangnya. Kau tabahkanlah hati mereka menghadapi segala ancaman yahudi durjana itu. Gembirakanlah hati mereka, khususnya anak-anak kecil yang baru mengenal erti hidup.

Ameen, ya Allah.


Nota : SENARAI PELAJAR TERLIBAT EVAKUASI [KLIK DI SINI]



MESIR -> JEDDAH -> MALAYSIA -> MADINAH?

SUMBER: UTUSAN ONLINE [link]

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menawarkan tempat kepada pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar, Mesir untuk membolehkan mereka menyambung pengajian yang tertunda ekoran pergolakan di Mesir.

Rektor Mediu, Prof Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi mengemukakan surat tawaran itu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Meidu, Jamaluddin Hussain berkata, dalam surat itu Prof Dr. Mohammad Khalifa menyatakan bahawa tawaran berkenaan akan merangkumi sistem pengajian secara e-pembelajaran dan sistem pengajian secara konvensional di bilik kuliah serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa Mediu, di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kira-kira 90 peratus modul pengajian bagi bidang pengajian Islam Mediu diambil daripada Universiti Al-Azhar dan sebahagian besar pensyarahnya berasal dari negara Timur Tengah dan Asia Barat yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan.

Pensyarah-pensyarah universiti itu juga merupakan lepasan peringkat Doktor Falsafah (PhD) Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Madinah, Universiti Islam Jordan, universiti tempatan dan beberapa universiti terkemuka yang lain.

"Kami percaya program ini akan memberi banyak manfaat untuk rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar dari Universiti Al-Azhar yang menerima musibah daripada konflik persengketaan yang menghampiri kejadian perang saudara yang melanda Mesir,” kata Prof Dr Mohammad Khalifa.

Beliau juga amat berharap agar Mediu diberi peluang untuk menabur bakti kepada para pelajar berkenaan untuk memastikan mereka mencapai cita-cita dan seterusnya menjadi warga yang berjasa kepada agama, negara dan bangsa. - Bernama

Wednesday, December 22, 2010

Tempat Ibadah Kita, Adalah Wajah Kita

Sehingga ke hari ini, aku masih lagi kecewa dengan tahap kebersihan Surau-surau dan masjid di tempat kita ini, terutamanya tandas dan tempat mengambil wudhuk.

Masalah yang sering aku hadapi:

1. Tempat wudhuk KOTOR
2. Tandas sumbat
3. Sinki bocor
4. Sinki sumbat
5. Kepala paip di sinki tidak berfungsi
6. Tempat wudhuk boleh dilihat orang lelaki
7. Tandas/ tempat wudhuk terlalu hampir dengan tempat lelaki
8. Karpet kotor dn terlalu berhabuk
9. Telekung kotor

Aku pernah mencadangkan pada mama, bila singgah ke surau, masjid atau mana-manatempat solat bawa bersama klorox ataupun klorin.

Kebanyakan masjid atau surau yang ada, dari luaran nampak indah dan gah, namun tandas dan tempat wudhuknya langsung tidak menepati piawaian.

LOKASI TANDAS/ TEMPAT WUDHUK - Sebahagian darinya, tempat mengambil wudhuk bersebelahan dengan dengan tandas lelaki. Memang ada pintu, tapi setiap kali pintu di buka sesiapa yang sedang mengambil wudhuk boleh dilihat dengan jelas dari luar. Ada sesetengah pengunjung yang tidak begitu perihatin dengan aurat yang terdedah, mereka dengan selambanya mebiarkan saja pintu yang terbuka.

TERSILAP TANDAS - Pernah sekali, ketika menggunakan tandas di salah sebuah masjid tersohor di Johor Bahru : ketika mama di dalam tandas, dia dapati orang lelaki sedang berada di tandas sebelah. Mama nampak dengan jelas itu adalah susuk tubuh lelaki melalui bayang-bayang yang dilihat melalui air yang bertakung di lantai. Bahagian bawah tembok yang memisahkan agak tinggi, sesiapa pun boleh menjengah dari bawah dinding pemisah. Jika menjengah dari atas lagilah jelas. Mama menjerit, mujur ayah ada di luar menanti.

Si lelaki tersebut gesa-gesa keluar, dan mengatakan "sorry lah, tak perasan ni tandas perempuan" Kemudian dengan selambanya berlalu pergi. Mama sempat menjawab "bukankah ada signage di luar pintu ni, awak tak perasan ke?" Lelaki tersebut hanya melihat signage yang mama tunjuk dan dia terus saja berjalan.

Ayah hanya memerhati dengan rasa tidak puas hati, namun tidak pula memberi sebarang teguran. Menurut ayah, memandangkan dia telah meminta maaf maka di biarkan saja lelaki itu pergi. Mama masih terus menggeletar hinggalah pulang ke rumah.

TELEKUNG - Kebanyakan telekung yang tersedia, kotor!! Sedihnya. Kadang aku rasa malu dengan pengunjung-pengunjung dari Singapura. Sesekali aku terdengar mereka merungut perlahan "kotor". Aku pura-pura tidak mendengar dan segera memalingkan muka.

KARPET - Sesiapa yang menghidap resdung pasti akan bersin sepanjang solat. Seminggu sekali bukanlah kadar yang sesuai untuk membuang segala habuk di karpet. Malah 2-3 kali seminggu juga tidak sesuai. Karpet tersebut harus dibersihkan setiap hari.

Semua masjid dan surau, bukankah ada petugas yang dilantik dan diberi gaji ataupun elaun untuk memantau semuanya, tapi kenapa prasarana yang ada masih tidak dijaga dengan sempurna.

Bila aku sebut surau, bererti termasuk juga semua surau di mana-mana R&R ataupun pam minyak. Tahap kebersihan serupa saja ~ mengecewakan!!

Tolonglah, tempat ibadah kita adalah wajah kita. Islam mementingkan kebersihan. Allah dan Nabi Muhammad suka bersih dan indah!



Bookmark and Share


Thursday, December 2, 2010

Hujan yang turun


Musim hujan sekarang ini. Kalau bukan turun di waktu pagi, maka basahlah bumi di waktu petang ataupun malam. Kemudian apabila hujan berhenti ada sahaja berita mengatakan jalan-jalan tertentu yang ditenggelami air di Johor Bahru ini. Jalan Air Molek dan Wisma Persekutuan memang lokasi hitam untuk banjir kilat. Entah di mana silapnya. Padahal longkang bersebelahan kebun bunga dan laluan utama telahpun di besarkan.

Saat aku menulis ini pun hujan sedang turun dengan amat lebat. Alhamdulillah.. semoga hujan yang turun ini adalah hujan yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk bumi yang bertuah ini.

Saat hujan turun, adalah antara saat yang mabrur apabila berdoa. Maka janganlah lepaskan peluang untuk berdoa sebanyak mungkin. InsyaAllah.

Janganlah ada yang mengeluh atau mencela kala hujan turun ke bumi ini. Ada hikmah di sebaliknya. Menyuburkan tanam-tanaman, membasahkan bumi yang kering dan mungkin membersihkan longkang-longkang, sungai dan laut dari segala pencemaran toksid dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Sentiasalah kita bersyukur kerana Allah masih sudi untuk menurunkan hujan di tempat tinggal kita ini. Kita masih diberi peluang untuk memperolehi sumber air dengan mudah. Dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah.

Thursday, March 4, 2010

Restoran Mamak? 'Watch Out'!!

Sources: (Klik)

KUALA LUMPUR 3 Mac - Mengaku Islam tetapi tergagap-gagap apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Al-Fatihah.

Akibatnya, bukan sahaja tembelang pekerja sebuah restoran mamak di Damansara Damai itu pecah, bahkan muslihat majikannya memalsukan sijil halal turut terbongkar.

Ketika pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalankan sesi ujian dalam serbuan di restoran itu hari ini, pekerja yang berasal dari selatan India itu hanya terkebil-kebil ketika dia yang mengaku Islam diminta mengucap dan membaca surah Al-Fatihah.

Serbuan pada pukul 11 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai Jakim dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, ia dilakukan selepas pihaknya menerima aduan pengguna yang keliru dengan status halal restoran tersebut yang majoriti pekerjanya adalah warga asing.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat tiga logo halal disyaki palsu ditampal di tiga penjuru restoran yang dimiliki oleh peniaga bukan Islam itu.

Katanya, seorang penyelia restoran yang disoal siasat cuba memperdayakan pegawai penguat kuasa dan mendakwa restoran itu ditauliahkan sijil halal Jakim.

Bagaimanapun, katanya, helah tersebut tidak berjaya kerana dia gagal menunjukkan sijil itu apabila diminta.

"Lelaki terbabit kemudian memberi alasan sijil halal berkenaan disimpan oleh pemilik syarikat yang kini berada di Kedah atas urusan perniagaan," katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini hari ini.

Menurut Amri, alasan itu dianggap tidak munasabah kerana kebiasaannya pemilik restoran atau kilang akan mempamer atau menggantungkan sijil halal dalam premis untuk meyakinkan pelanggan.

"Curiga dengan alasan diberikan, maka kami sengaja mengatur sesi ujian ringkas dengan meminta penyelia kedai terbabit menunjukkan pekerja beragama Islam yang ada di restoran itu.

"Dia segera memanggil seorang pekerjanya yang didakwa beragama Islam berasal dari India.

" Namun, mengejutkan apabila dia (pekerja berkenaan) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah apatah lagi membacakan ayat mudah seperti surah Al-Fatihah apabila diminta," katanya.

Amri berkata, ditanya sama ada dia pernah mendirikan solat, lelaki terbabit mengaku hanya ibu dan kakaknya di kampung sahaja yang bersembahyang.

Katanya, ini jelas menunjukkan lelaki terbabit hanya Islam pada zahirnya tetapi tidak pernah faham atau mengamalkan ajaran Islam sebenar.

"Sehubungan itu, pihak Jakim percaya semua pekerja di restoran terbabit adalah bukan Islam dan tidak layak untuk mendapatkan sijil halal," katanya.

Bimbang pemilik restoran terus memperdaya pelanggan, kata Amri, pihaknya mengarahkan supaya logo halal terbabit ditanggal serta-merta.

Katanya, pemilik restoran itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan.

Wednesday, March 3, 2010

RAHSIA ALLAH

SOURCES: (Klik)

Tue Mar 2, 10:00 am ET

The massive 8.8 earthquake that struck Chile may have changed the entire Earth's rotation and shortened the length of days on our planet, a NASA scientist said Monday.

The quake, the seventh strongest earthquake in recorded history, hit Chile Saturday and should have shortened the length of an Earth day by 1.26 milliseconds, according to research scientist Richard Gross at NASA's Jet Propulsion Laboratory in Pasadena, Calif.

"Perhaps more impressive is how much the quake shifted Earth's axis," NASA officials said in a Monday update.

The computer model used by Gross and his colleagues to determine the effects of the Chile earthquake effect also found that it should have moved Earth's figure axis by about 3 inches (8 cm or 27 milliarcseconds).

The Earth's figure axis is not the same as its north-south axis, which it spins around once every day at a speed of about 1,000 mph (1,604 kph).

The figure axis is the axis around which the Earth's mass is balanced. It is offset from the Earth's north-south axis by about 33 feet (10 meters).

Strong earthquakes have altered Earth's days and its axis in the past. The 9.1 Sumatran earthquake in 2004, which set off a deadly tsunami, should have shortened Earth's days by 6.8 microseconds and shifted its axis by about 2.76 inches (7 cm, or 2.32 milliarcseconds).

One Earth day is about 24 hours long. Over the course of a year, the length of a day normally changes gradually by one millisecond. It increases in the winter, when the Earth rotates more slowly, and decreases in the summer, Gross has said in the past.

The Chile earthquake was much smaller than the Sumatran temblor, but its effects on the Earth are larger because of its location. Its epicenter was located in the Earth's mid-latitudes rather than near the equator like the Sumatran event.

The fault responsible for the 2010 Chile quake also slices through Earth at a steeper angle than the Sumatran quake's fault, NASA scientists said.

"This makes the Chile fault more effective in moving Earth's mass vertically and hence more effective in shifting Earth's figure axis," NASA officials said.

Gross said his findings are based on early data available on the Chile earthquake. As more information about its characteristics are revealed, his prediction of its effects will likely change.
The Chile earthquake has killed more than 700 people and caused widespread devastation in the South American country.

Several major telescopes in Chile's Atacama Desert have escaped damage, according to the European Southern Observatory managing them.

A salt-measuring NASA satellite instrument destined to be installed on an Argentinean satellite was also undamaged in the earthquake, JPL officials said.

The Aquarius instrument was in the city of Bariloche, Argentina, where it is being installed in the Satelite de Aplicaciones Cientificas (SAC-D) satellite. The satellite integration facility is about 365 miles (588 km) from the Chile quake's epicenter.

The Aquarius instrument is designed to provide monthly global maps of the ocean's salt concentration in order to track current circulation and its role in climate change.

Friday, February 26, 2010

Hati-hati jamu selera di kopitiam

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

Tuesday, December 22, 2009

AYAT-AYAT CINTA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, December 21, 2009

BILA AJAL TELAH TIBA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Awal dinihari, aku menerima berita kematian mak mertua Along Joy.

Al-fatihah...~~ semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh.. ameen, ya Rabb.

Marilah kita sama-sama hayati Firman Allah di bawah ini..

Di mana saja kamu berada, kematian akan menjemputmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..
An-Nisa:78


Friday, December 11, 2009

SOLAT SUNAT AWWABIN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, December 9, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Akulah itu yang terlalu banyak dosa, ya Rabb!!
Akulah itu yang selalu lalai, ya Rabb!!
Akulah itu yang sering menzalimi segala nikmat Kau berikan
Tapi aku tidak sanggup untuk ke neraka Mu
malah, tidak pula aku layak untuk ke syurgaMu

ampunkan aku, ya Rabb
ampunkan aku, ya Rabb
ampunkan aku, ya Rabb



Sunday, December 6, 2009

AMALAN KITA AKAN DIHISAB!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, August 29, 2009

DIIKTIRAF?

SCENARIO YANG INGIN DIKONGSI
Penyoal: Kolej tempat awak belajar tu diiktiraf ke?
Yg menjawab: Diiktiraf, sebab di bawah kerajaan negeri.
Penyoal: Ye ke? Anda pasti?
Yg menjawab: Tentu.
Penyoal: Ambil course apa?
Yg menjawab: Tahfiz
Penyoal: Sijil ke apa.
Yg menjawab: Diploma
Penyoal: Diploma? errkk.. ooo, ada ea.
Yg menjawab: (hanya mampu menjawab dengan senyuman)
Penyoal: Ada masa depan ke? Apa je kerja yang awak boleh buat? Ajor ngaji je la kan? Ke Cikgu sekolah Agama petang?
Yg menjawab: InsyaAllah. Itu antara kerja yang sesuai. Tapi banyak lagi. Lecturer, Pegawai Tadbir..Tapi kena sambung Digree la.
Penyoal: (Terkebil-kebil) Ooo... study hard and good luck, ea.
Yg menjawab: InsyaAllah, terima kasih.
Penyoal: (Masih terkebil-kebil)
Yang Menjawab: (semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepadamu)

Maha suci Allah, yang menjadikan segala sesuatu dengan bersebab.

Sesungguhnya Al-Quran itu kitab Allah. Kalam milik Allah. Terlalu banyak kelebihan untuk mereka yang mendampingi Al-Quran, apalagi menghafalnya. Namun masih ramai lagi yang memandang remeh isu ini.

Antara beberapa kelebihan membaca dan menghafal Al-Quran:


PENGHAFAZ AL-QURAN SEBAIK-BAIK MANUSIA
“Dari Uthman bin Affan R.A, berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”


PENGHAFAZ AL-QURAN ADALAH HAMBA PILIHAN-NYA
Dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu iaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya. Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Fatir:31-32)



MENGHORMATI SEORANG HAFIZ AL-QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah menghormati orang tua yang muslim, penghafal Al Qur'an yang tidak melampaui batas (di dalam mengamalkan dan memahaminya) dan tidak menjauhinya (enggan membaca dan mengamalkannya) dan Penguasa yang adil." (HR. Abu Daud)

DILIMPAHI REZEKI
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur". Surah Fatir 29-30.


ALLAH MEMELIHARA PENGHUFAZ
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala)".


PALING LAYAK MENJADI PEMIMPIN
Dari Abu Hurairah ia berkata, "Telah mengutus Rasulullah SAW sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian Rasul mengetes hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampailah pada Shahabi yang paling muda usianya, beliau bertanya, "Surat apa yang kau hafal? Ia menjawab,"Aku hafal surat ini.. surat ini.. dan surat Al Baqarah." Benarkah kamu hafal surat Al Baqarah?" Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, "Benar." Nabi bersabda, "Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi." (HR. At-Turmudzi dan An-Nasa'i)
~~bersambung~~

ISMAIL KAMUS YANG MASIH BERNAFAS

Ayah menerima beberapa sms mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah pulang ke rahmatullah. Tentulah ayah terkejut, kehilangan pendakwah tersohor hebat negara kegemarannya yang tiada tolok banding.

Sebaik ayah memberitahu mama, mama cepat kata hanya khabar palsu. Kebetulan mama sedang menonton MHI seawal siaran bermula. Melalui MHI berita tersebut telah disahihkan sebagai palsu. Kebetulan MHI mengundang mengundang seorang ustaz untuk membicarakan tentang Ramadhan. Dia juga menerima SMS sama semasa usai menunaikan solat subuh awal pagi tadi. Demi mensahihkan berita dia menghubungi handphone Ustaz Ismail Kamus. Katanya dia masih dapat mendengar suara Ustaz Ismail dihujung talian, yang sedang berada di Mekah menunaikan umrah.

Aduhai siapalah punya angkara. Menyebarkan berita palsu sebegitu rupa. Semoga hamba Allah tersebut diampunkan Allah dan mendapat hidayah dariNYA.

Friday, August 21, 2009

Masjidil Aqsa "PERNAH" di bakar?

Kecut perutku semasa mendengar kisah duka ini. Ia berlaku pada hari ini 21 Ogos, tahun 1969. Betapa kejamnya manusia kafir bernama "ROHAN" berasal dari Australia itu, yang sanggup berbuat demikian. Malang sekali sikap buruknya itu mendapat pembelaan kaum Yahudi. Aku, hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga Al-Aqsa akan tetap selamat. Wallahua'alam..

Saturday, August 8, 2009

Janji Syaitan untuk memporak-perandakan hamba-Nya!!

Usai sarapan, kami menziarahi Pak Uda yang dikatakan sakit tetapi kelihatan tidak sakit. Pelik, namun benar. Hampir 4 bulan dia tak boleh tidur malam ataupun siang. Dia cuba makan pil tidur, tapi tidak berkesan. Selera makan juga tiada. Kesakitan yang dialami sama saja saban malam. Rambut seperti ditarik-tarik dan telinga seperti dipiat-piat. Dalam perut pula seperti ada benda bergerak-gerak.

Kedatangan kami disambutnya dengan airmata. Kali terakhir kami terserempak dengannya, kira-kira 4 bulan lalu semasa makan malam di Restoran Al-Habsyee di BBU. Waktu itu dia kelihatan segar dan memberitahu mungkin dia akan dibedah, kerana doktor suspected dalam perutya ada ketumbuhan. Kemudian, apabila apabila ayah menghubunginya, pembedahan tersebut dibatalkan kerana hasil ujian darah/ urin serta xray tidak kelihatan sebarang ketumbuhan di dalam perutnya.

Melihat kepada keadaannya secara fizikal, dia kelihatan sihat dan segar-bugar. Dia memakai t-shirt coklat kolar bulat dan cargo bermuda. Segak. Ketika sihat, dia antara adik-beradik ayah yang sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan dirinya. Saat sakit inipun masih lagi nampak bersih. Namun dari segi percakapan dapat kami rasakan agak merapu. Sesekali dia akan kembali pada dirinya dan suaranya juga seiring dengan melodi percakapannya. Syukur, bibirnya tidak putus-putus menyebut nama Allah, bertasbih dan bertahmid.

Selepas setengah jam kami minta diri untuk pulang. Kami tidak mahu menganggunya yang nampak sangat lemah, tapi memaksa diri untuk gagah demi menghormati kami. Ayah/ mama berjanji kepadanya akan sering menjenguknya.

Hanya fatihah dan doa kami iringkan semoga Allah memeliharanya dan dia tidak lemah dengan hasutan syaitan durjana. Wallahua'alam

Tuesday, August 4, 2009

Tidak Prihatin

Sejak Jumaat malam, tiba-tiba badan rasa sakit-sakit dan berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Kesimpulan yangg mudah - demam! Dada sesak. Waktu malam sukar untuk melelapkan mata. Batok juga. Ayah suruh makan panadol dan minum ubat batok gamat.

Pagi tadi usai solat subuh ayah teman ke bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Sebaik tiba di kaunter pendaftaran, terdapat ramai lelaki yang memakai kemeja putih, berseluar biru dan bertali leher. Siapakah mereka? Jururawat lelaki? Salah seorang dari mereka mahu memeriksa suhu badan.. Suhu di ambil melalui lubang telinga! Ouuchh!! Aku memprotes.. menunjukkkan reaksi muka tidak suka ~ di hadapan orang? Ya Allah, bantulah aku!! eeeeee.. geramnya dengan perangai manusia yang tidak menggunakan akal dengan sempurna !!! **Rasa nak backhand mamat tersebut**.

Dia ISLAM, orang Melayu... penuh tatasusila dan kaya dengan peradaban. Namun yang pelik mengapa tidak disediakan ruangan khas untuk muslimah. Tidak prihatin langsung!!! Kalaupun pihak pengurusan tidak menyediakan hal tersebut, namun sebagai orang ISLAM, tolonglah peka dengan isu-isu yang nampak remeh tapi sebenarnya amat berat/ besar di sisi Allah.

Malas untuk bercakap secara berlebihan. Kalian fikirlah sendiri... kalian yang harus menjawab di hadapan Allah nanti.. Wallahua'alam.

Friday, July 31, 2009

HALAL YANG TAK HALAL?

Boleh tak jangan buat main-main isu sebegini..
ishhhkkk..bengang betul!!
malaslah nak cakap lebih-lebih
pesan Nabil..."lu pikir la seindiri!!"



klikliklik <<--- klik di sini

Thursday, July 30, 2009

H1N1 Semakin Bahaya

ya Allah, apakah yang tersirat,
disebalik segala yang tersurat ini?
adakah ini angkara perbuatan kami, ya Allah?
ampunkanlah kami seluruh hambaMU yang sering alpa dan ingkar ini
peliharalah kami dari hasutan syaitan durjana itu
peliharalah kami dari segala fitnah duniawi
ampun kami ya Allah,
ampun kami yang sangat hina ini, ya Allah

sila: