Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Semoga Bersama Hingga ke Syurga

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (An-Nisa: 1)

 we're not sibling! hehe
 

Thursday, December 1, 2011

Sama Tapi Tidak Serupa..



Sekali imbas kelihatan serupa. Ramai yang keliru. Namun hanya jauhari yang mampu mengenal manikam.. Sepintas lalu kelihatan hampir serupa. Masing-masing jalan laju, cakap laju, suka bercakap, kaki shopping.. dan kaki pukul!! Takut tak? haha...
 



Gambar di atas dan gambar di bawah:
Ia kisah yang terakam kira-kira seminggu yang lalu. Kami berada di tempat yang sama. Namun, kami seperti saling tidak mengenali di antara satu dengan lain. Atau mungkin ada yang bertanggapan kami sedang bergaduh. Pengaruh teknologi IT...!!



Kasihan adik, sehingga terlena menantikan game di download. Wifi sungguh lembap kerana ramai yang sedang bertenet di tempat yang sama. Maklum, cuti sekolah...


Doakan kami.. doakan kita..
Doakan ukhwah saya dan adik-adik kekal aman dan damai sehingga ke akhir hayat dan bertemu di Jannah. Saya seringkali runsing apabila melihat beberapa keluarga terdekat dan kenalan rapat atau jauh yang berpecah-belah hubungan mereka adik-beradik.

Saya juga berdoa semoga, ukhwah saya dan semua rakan-rakan di blog ini, rakan sekuliah, rakan sekolej, bekas rakan-rakan sekolah akan terus berpanjangan dan di rahmati Allah swt. Semoga ukhwah kita adalah ukhwah yang memberi manfaat di antara satu sama lain. Ameen ya Robb.

Friday, June 3, 2011

PAYA INDAH WETLANDS!

Travelog indah, Pagi 1 Mei 2011 - beriadah di Paya Indah Wetlands..



Jom naik basikal!! hehehe..

Aktiviti yang langsung tidak di rancang!! Tapi best sangat. Next time nak pergi lagi.

Plan awal Kakak yang cadangkan kami ke rumah Along dulu (lepak hujung minggu) then baru ke rumah Pak Uda. Namun bila sampai di bahagian laluan masuk rumah Along, tiba-tiba kami nampak Along sekeluarga dah keluar rumah. Dia beri isyarat untuk mengikuti dia. Kami tahu dia sekeluarga mahu ke Paya Indah Wetlands, tapi awalnya tidak mahu turut serta kerana kami bayangkan tempat tersebut adalah taman thema air. hahaha.. Bila dah sampai, baru tau rupanya lebih kepada tempat kawasan pemeliharaan alam sekitar dan hidupan semulajadi. Pak Uda pula dengan agendanya ke Melaka! Jadi, kami berlengah-lengah di situ.

Hoyeeehhhhhhhh!!



boleh pulak kebetulan masa ni aku pakai track-suit, di sebalik abaya. selalunya pakai jeans.
maklum plan awal just nak lepak-lepak rumah Along di Bangi,
then lepak rumah Pak Uda pulak di Putrajaya.
rezeki yang tidak di sangka2!!
terima kasih Allah!!

ada chalet kalau nak menginap..


bibik Along n the wifey bawakkan bekal..




go green!!


hehehe...

ngeeee..!!

kakak & mak ngah

Along Joy

icha..anak Along yang tua

epa.. anak Along yang 2nd @ bungsu (setakat ni la)

sebelah Along tu wife die.. aku panggil kak lin, others panggil maklong


dapat kenal Pokok Sentul
daun pokok ni menggerutu (ada biji2)





Saturday, May 7, 2011

HARI-HARI ADALAH HARI IBU

Ibu, Mama, Emak, Mommy.. apa saja gelaran yang dipanggil, dia adalah insan yang "memiliki" syurga kita.

saya panggil dia 'Mama'

Setiap hari -malah setiap saat- kita harus mengingati dan mengenang dia sebagai insan yang telalu besar jasanya kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik kita. Redha Allah pada kita, atas redhanya dia pada kita. Ibu kandung, ibu angkat, ibu tiri dan ibu mertua juga mempunyai taraf yang sama. Doa mereka akan diangkat terus ke langit ke-7. InsyaAllah.


Mama & Nenek

Melihat wajah mereka adalah ibadah!! Seronokkan. Sentiasa luangkan masa untuk bersama mereka, bukan hanya menanti hari ibu yang datang setahun sekali. Tidak akan luak rezeki yang kita laburkan untuk dia, percayalah. Jangan biarkan ibu-ibu kita menanti dan merindui kita.

Pada yang jauh di perantauan, hubungilah mereka sekerap yang mampu walau hanya melalui sms. Semoga kegembiraan mereka akan menjadikan perjalanan kita lebih diberkati dan dirahmatiNya. InsyaAllah.



Nenek & Tok
[Hajah Mardiah Haji Adam & Haji Ismail Haji Martam]

Monday, May 2, 2011

JIWA NAN BERGELORA

ROMBANGAN MAK LIMAH KE PWTC!
Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku untuk sampai ke
Pesta Buku kali ini di PWTC. (KLIBF) Paling seronok datang ala-ala rombongan Mak limah... hahaha. Bukan mau ke KLIBF sangat, tapi mahu berjumpa Prof Kamil dan Puan Roza!! Syukran ya Allah, kau telah memakbulkan doaku.


GELORA SI MUSAFIR
Hari Jumaat-29 April, ambil Syamil di hostel kemudian terus ke rumah Pak Ucu di Bandar Botani-Klang. Masuk saja KESAS jalan sesak teruk. Aduhai.. Kalau tidak, kami memang boleh sampai rumah Pak Ucu sebelum maghrib. (InsyaAllah) Oh ya, kalau ikut plan A mama nak tidur di Melaka dan awal pagi Sabtu terus ke PWTC, sebab mama khuatir lewat sampai. (tepat firasat mama rupanya) Tapi entah kenapa mama tukar ke Plan B. Hanya DIA yang maha mengetahui.



GELORA SEBUAH PENANTIAN
Hari Sabtu-30 April, awal pagi -8am- kami dah siap. Pak Uda sekeluarga awal-awal lagi sudah sampai dari Putrajaya ke Klang untuk joint kami ke KLBIF. Kakak, Mak dan anak-anak Along akan naik komuter yang sama dari KL Sentral. Bibik pun Mak Uda heret sekali.. hehehe
..


GELORA DI 'THE LITTLE OF INDIA'
Kami naik komuter dari Stesen Keretapi Bandar Klang. Semasa menuju ke stesen, kami melalui Bandar Klang.. wowww, aku rasa macam aku dah tersesat ke Mumbai.. hehehe. Kiri dan kanan jalan dipenuhi kedai-kedai menjual sari. Majoriti manusia yangada dijalanan adalah 'mereka dan keluarga mereka'. Rupa-rupanya Pak Ucu kata Bandar Klang terkenal dengan jolokan Little Of India. Bila tengok muka-muka ala-ala hero filem tamil/ hindustan sedang mengayuh basikal aku teringat pula pada kawan blogger a.k.a orang sekampung yang seorang itu. Dia suka sangat kata dia tu muka ala-ala bangla... Kelihatan 'sungguh suci' (cekonon) dia mengaku dengan rela hati.. Sebenarnya anda sedang membuat iklan menagih simpati kan.. Ayat sebenarnya anda mahu tulis ialah, meskipun berkulit gelap tapi saya kacak... -LOL-


GELORA DALAM KOMUTER

Dalam komuter sesak teruk. 3/4 perjalanan terpaksa berdiri... huwaa.. kalau la boleh kurus macam Fazura (tak agak-agak), memang aku tak sedih. Ada pula aroma 'bunga melur' dan 'kuah kari' silih berganti.. Aroma yang menusuk ke rongga hidung selama 1 jam perjalanan.. Lagi tak tahan bila ada yang bergayut tangan ke atas. Wowwww, aroma yang keluar memang tiada filter.. wakakaka


GELORA SEBUAH HATI YANG BERGELORA

Bila sampai di hentian Putra, harus pula melalui 'kesesakan orang ramai' yang mahu membeli tiket. Masa terbuang lagi. Aku semakin sebak. Hatiku berkata-kata, sempatkah untuk bertemu mereka. Aku beristighfar dan berzikir sambil berdoa mohon terus dipermudahkan. Kemudian jenuh pula menapak ke PWTC. Panas dan bersesak dengan pengunjung lain. Majlis bermula 2pm, tapi aku telah melewati waktu itu. Aku pasrah. DIA maha berkuasa menentukan semua perancangan manusia. Seorang AyuNajwaSyafiqa berjalan sambil memujuk diri agar bersabar.

Selepas melalui segala gelora, Alhamdulillah, kami dipermudahkan untuk mencari bilik Johor. Terima kasih Pak Uda.. gigih dia mendahului yang lain. Aku tahu dia merasai apa yang aku rasa -mahu segera sampai!!


GELORA PADA SEBUAH PERTEMUAN
Majlis memang sudah tamat bila aku masuk ke bilik Johor. Hikmahnya, berpeluang berbual dengan selesa dengan insan-insan istimewa yang ingin ku temui untuk kali terakhir (mungkin) sebelum mereka menetap di Madinah. Seronoknya mereka terus saja mengecam diriku. Terasa kedatangan ku sungguh dialu-alukan. Hilang segala lara di hati. Kami berpelukan (dengan Puan Roza saja tau..) dan tentunya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ~kenangan sebelum menutup mata.

Sebaik keluar dari PWTC, kami terserempak lagi dengan mereka dipintu hotel Seri Pasific. Alhamdulillah.. berbual lagi.. berpelukan lagi. Kali ini lebih sebak!! Ya Allah, terima kasih.


GELORA UNTUK MENATAP KARYA TERBARU
Dapat percuma buku 50 Tips Motivasi Haji dari Uncle Prof.. Terima Kasih ya! Ada tandatangan lagi. Namun buku Travelog Impian Abadi (TIA) yang percuma telah habis. Bukan mengharap sangat pun. Kalau ada rezeki, adalah. Kami ke booth PTS untuk mencari TIA. Tinggal 3 naskhah. Mama beli satu dan Mak Uda satu. Alhamdulillah.


GELORA PERUT YANG BERKERONCONG
Masing-masing mula menzahirkan rasa lapar. Kami makan di Food Court, The Mall. Ayam goreng kampung, Nasi ayam.. memang superb! Usai makan kami pulang terus ke rumah Pak Ucu. Mak, Kakak dan anak-anak Along turun di pertengahan jalan. Selepas menghantar anak-anak Along ke Bangi, Mak/Kakak akan balik terus ke Semenyih. Sedih lah bila mak tidak bersama. Mak kata esok kita jalan-jalan lagi. Yang lain 'berkampung' di rumah Pak Ucu. Pukul 11+ Pak Uda sekeluarga balik ke Putrajaya.


GELORA YANG HILANG
Alhamdulillah, sebuah perjalanan dan pertemuan yang dipelihara Allah swt. Lega, impian yang bersarang dihati selama hampir 2 minggu telah terlaksana.

Terima kasih Uncle Prof, Untie Puan Roza.. Ada rezeki, ada jodoh semoga berjumpa lagi. Terima kasih ya Allah.

Wednesday, March 16, 2011

Kasih ku Tertumpah di Bumimu!



Bumi nan berdaulat
Mana lagi kalau bukan Melaka..!! ngehngeh.. Kami suka Melaka. Tidak tahu kenapa, rasa hati kami senada untuk negeri yang satu ini berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Hujung minggu atau cuti panjang, Melaka harus tersenarai. Kalau ke KL, kami pasti akan singgah samada dalam perjalanan pergi atau balik. Seringkali kami pergi hanya untuk sehari sahaja. -hujung minggu pastinya, bila ayah sukar untuk bercuti oleh kekangan kerja. Pergi awal pagi -usai solat subuh dan bersarapan- dan balik lewat malam. Semata-mata untuk bersantai sekeluarga. Penat, tapi seronok, kerana ukhwah kami sekeluarga bertaut erat. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


Terjah
Sebenarnya setiap perjalanan/ percutian itu jarang kami rancang. Semuanya tiba-tiba. Setiap kali cuti panjang, kami jarang dapat tahu lebih awal bila tarikh perjalanan kami yang sebenar. Perbincangan untuk memilih destinasi percutian hanya dilakukan ketika di dalam kereta. [huh, merepek kan..] Lepas tol skudai barulah ada keputusan muktamad ke mana hala tuju percutian kami. Yang penting, kami dapat berjalan dan h.a.p.p.y..!!!


Tempat Menginap
Bila sampai saja di bandar Melaka, mula-mula kami mencari hotel. Banyak pilihan. Hotel budget di sini murah, sangat selesa dan bersih berbanding di Pulau Pinang atau Terengganu atau negeri-negeri lain.

Sesekali kami tuju ke Equatorial. [klik di sini] Murah kalau guna privillege ayah sebagai orang gomen. Tapi tengok nasib lah. Selalu fully booked. Kedudukan Equatorial yang terletal di Bandar Hilir memang strategik dan digemari ramai. Ia terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Selain dari itu mudah untuk kami ke Tengkera [makan sup dan popia] atau ke mana-mana tempat seafood [Serkam, Umbai dan banyak lagi]























Tenang
Berjalan di Melaka tiada gangguan. Kami boleh bergerak dengan bebas. tanpa ada 'sekatan'. Di Johor Bahru, tanah kelahiran ayah. Berjalan di mana sekalipun pasti terserempak dengan kawan-kawannya. Kawan sekolah, kawan melepak masa bujang, kawan tempat bekerja lama dan paling ramai tentunya client yang berurusan dengannya di pejabat. Setiap kali terserempak kami harus berhenti dan menunggu ayah berbual. Lotih den!! huhuhu..Paling sadis bila ada yang buat skrip sumbang:

  • kawan: "ni anak yang tua ke, Lan?"
  • ayah: "ya, yang tua" [sambil mengangguk]
  • kawan: "waahh, besarnya.. lebih besar dari emak dia"
  • ayah: ketawa dan senyum.
  • aku: senyum, tapi..grrrrr.. huhu


Dalam Dataran Pahlawan
[pic Dis 2009]



Dalam Mahkota Parade


Milik-Nya
Syukur pada-Nya atas segala limpahan rezeki milik-Nya pada kami. Siapalah kami ini tanpa-Nya. Siapalah kami yang hanya menumpang di bumi milik-Nya ini untuk sementara waktu sebelum pulang ke alam kekal. Ampunkan kami ya Allah, andai kami berlebih-lebihan.. ampunkan kami ya Allah andai terbit rasa riak di hati kami.. peliharalah kami dari hasutan syaitan dan fitnah dajjal. Ameen, ya Allah.

Sunday, March 13, 2011

FELDA RESIDENCES TG LEMAN - DAY 3

view dari pantai


Hari terakhir
Saat lena ku terjaga, tiada lain yang ku ucapkan selain dari syukur ke hadratNYA, atas nikmat yang diberikan. Mampu lagi merasai nikmat empuknya tilam di sebuah bilik yang selesa, dengan rangkulan hangat selimut tebal di tubuhku.

Berbeza dengan para penduduk Jepun, yang saat ini sedang berdukacita atas musibah besar yang menimpa mereka -Tsunami dan gempabumi. Tidak dapat ku bayangkan kedukaan mereka saat ini. Gambaran awal panggilan untuk sebuah hari terakhir seperti yang diceritakan dalam surah Al-Zalalah. [klik disini,] Allahuakbar!!



Sarapan
Kami sekeluarga menikmati sarapan percuma di coffee house. Awal kami sampai. 730am. Setibanya di pintu masuk mama menegur seorang waiter yang mama lihat sejak dari pagi semalam dan bertugas hingga malam tadi ketika majlis jamuan makan malam. Mama dan ayah menyapa -simpati kerana harus bekerja lagi. Semoga Allah merahmati hidupnya dan melimpahkan rezeki buatnya. Tidak lama kemudian ada 2-3 buah keluarga yang sampai dan terus menderu-deru yang lainnya. Padat dan meriah. Maklum, mereka saling mengenali.







Menu -tidak mendukacitakan. Hari ini aku berjaya menikmati cornflake kerana susu yang disediakan memang mencukupi dan kelihatannya masih ada hingga ke akhirnya. Mama makan mihun goreng bersama rendang ayam. Sedap katanya -bertambah dia makan, selalu bukan main payah. Aku turut mencuba. Memang wow!! Lain-lain, menu biasa sarapan pagi di hotel -kuih-kuih manis, karipap, roti bakar, sosej dan omelette. Bestnya, omelette yang disediakan sedap sangat . Bukan omelette kosong, ada lada dan sedikit daun sera black pepper. Boleh dimakan panas-panas kerana hanya akan dibuat bila di minta. Aku dan adik, apalagi! hehehe...






Adengan pilu -seperti ketika jamuan makan malam, masih ramai ahli keluarga yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, takut makanan akan habis. Bertahun-tahun aku menonton adengan yang serupa.. aduhai, sayangnya makanan yang terbiar. Terkenang-kenang sahabat yang entah makan entahkan tidak saat ini... [teman, ku harap kau tabah!]


Aktiviti bebas
Usai sarapan semua kakitangan dan keluarga bebas untuk bersantai. Tidak lagi dibelenggu dengan sebarang acara. Jika ikut agenda akan ada acara penyampaian hadiah. Namun semuanya sudah di selesaiakan semalam petang. Aku dan mama, macam biasa bermalas-malas di bilik. Baca novel, layan internet yang lembap dan menonton TV. Ayah, keluar masuk bilik. Bosan di luar, ke dalam lah dia. Sesekali terdengar suaranya menyapa entah siapa di luar. Ayah memang peramah.

Adik nak mandi, tapi mama tidak izinkan. Jadi melayan PS saja lah dia. Sudah ada tanda-tanda semputnya seperti akan menjengah. Batuk 'berdengung' dia sudah bermula. Rupa-rupanya mama perasan sejak hari pertama sampai dia curi-curi minum air sirap sejuk. Sengaja mama diamkan dan pura-pura tak nampak. Nak suruh dia rasa sendiri sengsara yang harus dia tanggung akibat dari minum air sejuk. Kalau di tegah dari awal biasanya dia akan buat muka sedih ngok-ngek yang boleh buat hati mama cair lalu benarkan dia minum. Patutlah ketika di jamuan makan malam, mama buat dek jeks bila dia togok air putih sejuk di atas meja yang waiter tuang. Mama baik, ada makna..!! hehehe


Makan tengahari
Menurut agenda, makan tengahari pukul 12pm di coffee house. Sesudah itu waktu untuk check-out. Namun pukul 11am kami lihat sudah ada keluarga yang memenuhi ruang luar coffee house. [pintu bilik kami boleh nampak jelas bahagian luar coffee house menghadap kolam renang dan hujung lobby hotel] Setiap kali majils begini yang paling cepat berkumpul adalah para pekerja luar. Mereka memang sentiasa punctual atau lebih awal. Kakitangan bahagian pejabat biasanya akan ke tempat makan hanya bila tiba waktu untuk check-out.

Pukul 1pm baru kami keluar dari bilik dengan semua beg pakaian untuk kami masukkan ke dalam kereta. Sesudah itu barulah kami menuju ke tempat makan. Alhamdulillah, makanan masih ada untuk kami berempat. Nasi koret-koret di tray. Tapi, melihat kami datang mereka menambah lagi. Terima kasih!


Menu tengahari -Daging masak kicap yang sedap [malangnya.. punyalah liat, baling dinding boleh pecah], ayam masak halia yang juga sedap, [errkkk... masih berdarah!!!] sayur campur [menu sama ketika jamuan makan malam] Ada ulam-ulaman, cencalok, sambal belacan dan budu.


Berpisah
Semuanya beransur pulang. Salam dan pelukan sebagai tautan ukhwah antara kami. Semoga perjumpaan dan perhimpunan kami ini dirahmati Allah. Akhirnya tinggal aku sekeluarga, keluarga maksu dan keluarga pakcik Azman. Mama mengajak mereka semua lepak di sofa lobby. Kasihan keriuhan kami seperti menganggu mereka yang mahu mengemas.

Kami sambung berbual. Aku, aiffa, Along [anak-anak maksu] dan anak pakcik Azman hanya mendengar dan sesekali tergelak bila ianya mencuit hati. Kesemua lelaki bersolat di Surau Resort di bangunan hujung. Aku, mama dan anak perempuan maksu bersolat di surau kecil berhampiran lobby.

Kira-kira pukul 230pm kami bergerak pulang. Pakcik Azman telah bergerak lebih awal, kerana mahu ke Air Tawar 5, rumah orang tuanya. Ketika hampir tiba di simpang keluar dari Tenggaroh 2, mama sedar taliponnya tercicir. Ayah mengisyaratkan Pakcik Majid untuk berjalan dahulu. ['syarahan' ayah pun bermula.. mama buat muka tongong jeks, dah memang bersalah ..hehehe]

Aku cuba menghubungi talipon mama. Alhamdulillah.. seorang insan jujur bernama 'iman' menjawab dan berjanji akan menyimpankan untuk kami. Sampai di lobby, kelihatan seseorang sedang menunggu dan menyambut kami dengan senyuman. Mama minta aku mengambilnya. Talipon mama dihulur ke tanganku. Terima kasih ya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buatnya. Ameen, ya Allah.


Oh, Syamil
Kami meneruskan perjalanan, untuk mengambil Syamil di sekolah. Tiba dilaluan Kota Tinggi-Kulai, mama menghubungi Syamil. Syamil telah sampai di sekolah. Waktu itu jam menunjukkan pukul 415pm. Mama gusar. Pak Ngah yang sepatutnya segera mengambil Syamil juga anaknya-Faez, ke Batu Pahat dahulu -membeli barang keperluan dapur di Carrefour. Lagilah mama kalut. Bila kami sampai, Pak Ngah masih lagi belum sampai. Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Faez berkeras mahu menunggu ayahnya, ditemani Pakcik Guard.

Seorang kawan Syamil yang tinggal di Kempas, menumpang. Kepenatan dengan aktiviti di Tanjung Leman dan memandu dari sana, Ayah tak larat nak hantar dia balik. Lagipun menempuh kesesakan lalu-lintas gara-gara Jom Heboh di Danga Bay. Mujur mak dia izinkan.


Makan malam
Mama tak larat nak masak untuk tetamu yang pertama kali sampai. Kalau setakat kami sekeluarga saja, harus mama masak sardin.. -harus juga akan licin bila makan dengan nasi panas. Mama berjaya memujuk ayah untuk makan di warung berhampiran rumah. Menu -puyuh goreng, tomyam ayam, kailan goren ikan masin, telur bungkus dan sambal belacan.Walaupun simple, tapi MELETOOOPPSSSSssssssss!!!! Masing-masing tak toleh kiri-kanan lagi dah. Laju jeks suap makanan ke mulut.


ZZZZzzzzZZZzzz
Sampai di rumah, mama masuk beradu setelah memastikan semua orang telah bersolat. AKu menonton TV. Syamil, kawannya dan adik bermain PS.


Jatuh cinta pandang pertama!!
Sekian, tamat sudah kisah 3 hari di Felda Residences, Tanjung Leman. Meski hanya 3 hari namun cukup indah untuk di kenang. Suasananya yang tenang, hijau segar pepohon memagari sekitarnya serta hembusan segar udaranya telah membuatkan hati kami begitu dekat dengan tempat tersebut. Ada rezeki, insya Allah kami akan ke sana lagi. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kami. InsyaAllah.


Saturday, March 12, 2011

FELDA RESIDENCES TG LEMAN - DAY 2

view dari balcony bilik kami
cuaca redup..ombak masih kuat


Pagi Yang Dingin
Subuhku dikejutkan oleh deruan ombak menghempas ke pantai dan dinginnya penghawa dingin bilik. Jam di tangan ku jengah.. hmm, menunjukkan subuh akan masuk kira-kira setengah jam lagi. Aku bersyukur di dalam hati, kerana masih diberi ruang untuk menghirup udara hari ini. Ku tarik selimut, seolah ingin terus menyambung lena sambil diulit mimpi nan indah. Ah, masakan... hehe.. segera ku tolak selimut ke tepi.


Sarapan
Aku dan adik bersarapan di coffee house. Cantik dan luas coffee house. Memang selesa. Food presentation pun cantik. Namun, menu sarapan tidak menepati piawaianku untuk hotel secantik dan segah yang ku lihat. Tidak banyak pilihan. Paling menyirap susu segar untuk ku dan adik menikmati conflakes habis.

coffee house



Mama dan ayah keluar bersarapan di Jeti Hujung Tanjung - sengaja katanya. [Jeti tersebut merupakan pengkalan untuk ke 'Sibu Island Resort' yang cantik] Ayah dan mama mahu menikmati hijau dan segar pagi di pedalaman. Mereka membawa pulang beberapa bungkus nasi dagang dan beberapa cenderahati.


Swimming Pool yang besar dan cantik

Usai sarapan adik mahu bermain di swimming pool. Segera ku hubungi ayah di luar. Ayah izinkan, dengan syarat aku harus menemaninya. Malas, tapi ada ke pilihan untuk kata tidak..huhu. Adik kegirangan. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Terkenang kembali saat aku masih anak-anak, begitulah juga gayanya.


teman adik mandi


Swimming pool untuk ruangan kanak-kanak masih lengang. Bebas dan puas lah adik menguasai ruang. Swimming pool dewasa, juga masih lengang. Adik mandi tidak lama -memang tidak boleh. Takut semputnya datang. Tidak lama lepas ayah-mama balik, mama suruh dia masuk ke bilik.


Tetamu yang dinanti
Pukul 1030.. beberapa rakan sekerja ayah mulai sampai. Semakin ramai orang baru. Hanya segelintir yang ku kenali - orang lama dan jiran di kuarters. Terkenang pada rakan-rakan lama ayah yang sudah berpindah pejabat apabila diserapkan ke jawatan tetap. Kak Zizah, Kak Jee, Kak Zaidah, Kak Zana, Abg Apiz, Abg Faizul dan beberapa orang lagi. Dah macam geng bas sekolah waktu itu. Sesekali aku ikut ayah-mama ngeteh dengan mereka. Memang meriah, macam nak roboh warung yang kami kunjungi.. hehe.. Hmm, bertemu dan berpisah adat kehidupan yang harus kita tempuhi, samada suka ataupun tidak.


'Goodies bag'
Semua yang datang bersama anak-anak diberi goodies bag. Didalamnya ada bungkusan makanan berserta air kotak mengikut jumlah anak. Ayah mendapat tiga [3] bungkusan pastinya. Ayah pesan bahagian Syamil jangan dibuka. Simpan dan beri padanya esok.. hehe.. ayah macam tahu saja isi hatiku. Baru bercadang nak kebas air kotak yang ada dibungkusan tersebut.


Pertandingan mewarna
Pukul 1130 pertandingan mewarna di adakan. Kertas bergambar dan crayon diberi percuma. Adik turut serta, tapi sekejap saja. Boring katanya. Aku tidak turut serta, tapi mama yang bercerita. Suasana kulihat melalui gambar-gambar yang mama ambil. Ramai yang turut serta.











'Hi-Tea' ke Welcome Drink?
Makan tengahari tidak disponsor untuk hari pertama program. Sambil melihat anak-anak mewarna, teh, kopi, sirap bersama mihun dan 2 jenis kuih dihidangkan. Aku anggap ia sebagai welcome drink. Nak kata 'hi-tea' baru pukul 12 sudah dihidangkan. Lagipun ringkas saja menu yang tersedia.








Mama talipon suruh aku turun, tapi aku malas.. bukan apa, malas nak bersiap. Lagipun leka melihat berita Tsunami dari BBC World News dan beberapa rancangan TV lainnya. Tidak lama, mama naik. Saat itu aku sedang bersiap untuk turun. Mama nampak pelik. Aku kata Aiffa dengan Along suruh turun. Mama kata, tak payah lah. Lambat sangat, mereka pun dah beredar dari meja makan.. hehehe.. padan muka.


Mama minta izin dari waiter untuk tapau popia dan cucur badak. Masih panas lagi. Mula-mula pandang sepi, sebab sarapan pagi pun makan popia juga. Mama kata cubalah yang mama bawa mungkin lain. Tidak sia-sia merasa, memang sedap dan rangup. Kali ini inti otak-otak. Sebelah pagi, inti sayur. Aku makan lagi dan lagi dan lagi.. hehe..


Sukaneka
Pukul 3, sukaneka bermula -di tepi pantai. Aku dan mama di bilik saja. Cuaca terik sungguh. Sesekali kami menjengah dari balkoni bila terdengar sorakan pelik. Adik balik dahulu dari ayah, membawa beberapa hadiah saguhati. Adik kata, Ayah bermain bola sepak. Aku dan mama gelak. Hahaha.. macam larat sangat. Kami jengah. Nampak ayah gigih mengejar bola.. melekek-lekek kami ketawa melihat dia 'membawa diri'.


Makan Malam
Usai solat maghrib semua kakitangan dan keluarga di minta berada di Dewan Makan. Aku malas untuk turut serta sebenarnya. Selesa untuk bermalas-malas di bilik. Mahu ayah membebel kalau tidak mahu turut serta. Ayah dan adik pergi dahulu. Dua kali ayah call, sebab kami masih terhegeh-hegeh di bilik. Bukan apa, ayah takut orang ambil tempat. Ayah dah booked tempat untuk kami. Ramai yang masih berdiri kerana kekurangan tempat.

Ucapan dah hadiah - Tidak lama selepas big boss sampai, majlis pun bermula dengan ucapan dari 2 orang penting -setiausaha badan kebajikan dan big boss. Kemudian ada hadiah untuk pengantin baru. Pasangan harus naik pentas bersama supaya pasangan mereka dikenali. Hmm, mereka yang menambah isteri pun dapat hadiah juga dan diperkenalkan juga. Baguslah terus-terang. Bukan seperti segelintir dari mereka yang sorok-sorok. Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.







Menu -BBQ. Hmm, bolehlah... nasi goreng, kambing, lembu dan ikan pari dan sayur campur. Semua telah di bakar dahulu -tak thrill!! Tapi untuk group yang ramai macam tu dengan anak-anak kecil berceriau, majlis akan jadi teratur jika di bakar awal. Mujur, sos black pepper sedap sangat. Ada salad dan buah-buahan. Kuih, puding dan beberapa lagi manisan termasuk halwa juga ada. Beberapa lagi menu yang tidak ingat untuk ku tulis kerana aku hanya melihat sepintas dan duduk kembali. Makanan banyak yang sudah habis, sedang menunggu untuk di tambah. Aku menunggu di meja.







Aku ajak mama tapau. Susah nak makan sungguh-sungguh, khasnya daging kambing yang bertulang itu itu di situ. Mama mintak izin dengan waiter, yang mama dah kenal dari tengahari. Boleh saja kalau tidak minta izin pun. Tapi apa salahnya berbahasa. Dia mengangguk dan tersenyum saja. Boleh pulak nak kata tidak, pada tetamu dan orang tua cun macam mama.. ehehe..


Kad Pintu rosak -potooonnggg!! Padan muka pun ya. Bukan main laju tadi masa jalan balik ke bilik sebab tak sabar nak makan. Alih-alih pintu tidak boleh dibuka. Tunggu room servis punyalah lambat. More then 5 minutes. Un-efficient service, oGeh.. ehehe.. saja lah tu nak melayan sangat pengaruh syaitan. Thanks God, its went well.

Masuk saja di bilik, kami segera tukar pakaian dan lepak di beranda sambil menikmati kelazatan lembu dan kambing panggang cicah sos balck pepper. . sambil ditemani merdu suara deruan ombak. Sesekali angin laut menerjah ke wajah.. segar! Mujur mama tapau juga nasi goreng. Lagilah meletops!!! ekeke.. Tidak lama makcik zaki [isteri pakcik Yaakob] balik. Dia menjengah dari beranda sebelah -ayah kirim hadiah cabutan bertuah pada makcik zaki. Dia duduk di berandanya. Aku dah tak hirau dia dah. Sayang nak lepaskan kelazatan hidangan di hadapan mata. Mama aje yang berbual dengan dia. ehehehe..Sorry makcik zaki!


Lepas makan, solat Isyak, bukak tenet [yang sungguh lembaps] dan sambil tengok TV -apalagi berita Tsunami di Jepun saja yang menarik minat ku.


Sekian... -tunggu catatan hari ke-3!!