Showing posts with label EID. Show all posts
Showing posts with label EID. Show all posts

Friday, September 3, 2010

EID 2010

Hari yang dinanti telah tiba. Hari kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Ahamdulillah.

Awal pagi kami ke rumah nenek, sebelum solat bermula. Ayah, adik-adik bersama Pak Ngah bersolat di kampung mama/ Pak Ngah di besarkan - Batu 30, Kampung Pengkalan Raja, Pekan Nenas. Rutin mereka setiap kali bersolat hari raya eidul fitri, mahu pun eidul adha. Tok tidak turut serta kerana keuzurannya.


Setelah semua pulang dari masjid, kami beramai-ramai beraya di Kampung Nenek ke rumah abang-abang nenek dan adiknya di Parit Haji Siraj, Pontian. Rumah Pak Ngah adalah rumah terakhir yang kami kunjungi.

















(ii)

Setiap kali raya, saya dan mama berkongsi lagu kegemaran yang sama. Sungguh sebak setiap kali mendengar lagu ini berkumandang di radio.


SEPASANG KURUNG BIRU

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahagia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

KORUS:
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...



Thursday, October 2, 2008

Syawal Nan Indah

Bahang Idul Fitri membuatkan aku begitu mudah untuk bangkit, sebaik tahrim subuh berkumandang. Usai solat subuh kami mula bersiap-siap untuk ke rumah nenek.

RUMAH NENEK

Seawal jam 730 pagi aku sekeluarga telah sampai di rumah nenek. Ayah mahu menunaikan solat sunat idul fitri bersama Tok & Pak Ngah serta adik-adik di masjid kampung kelahiran mama, kira-kira 4km dari rumah nenek sekarang. Aku, mama dan untie Nora (isteri Pak Ngah) membantu nenek mengisi kuih raya ke dalam bekas. Setelah ruang tamu siap terhias dan terhidang semua kuih-muih, aku mula berselera untuk menikmati ketupat segera dan lauk-pauk hari raya. Hmm... nikmatnya tidak terkata... :O

PAK UCU & PAK UDA
Awal pagi raya tahun ini agak hambar, kerana Pak Ucu & Pak Uda beraya di rumah mertua masing-masing. Isteri Pak Uda sedang dalam pantang anak kedua. Pak Ucu pulak, memang tiba giliran untuk beraya di rumah mertuanya.

Tiba-tiba nenek menerima panggilan dari Pak Ucu, yang akan balik ke rumah nenek, petangnya. Tapi dia tidak akan menginap; malamnya akan balik semula ke rumah mertuanya. 2 hari lagi dia akan kembali semula ke rumah nenek (hari Sabtu)

 

PARIT HAJI SIRAJ, KAYU ARA PASONG
Sebaik Pak Usu sampai, kami semua berkonvoi ke kampung kelahiran nenek, menziarahi rumah abang-abang dan adik nenek. Meriah sungguh, setahun sekali bertemu dengan sanak saudara yang sama-sama pulang ke kampung. Sepupu mama yang tinggal di Perak, juga ada.
Larut petang, aku sekeluarga pulang semula ke rumah nenek. Pak Ngah dan Pak Ucu pulang ke rumah masing-masing.

 

RUMAH TOK AJI, TAMAN DAYA
Malamnya, aku sekeluarga kerumah Tok Aji di Taman Daya. isteri Tok Aji yang aku & adik2 panggil Mak, adalah orang yang menjaga kami tiga beradik semasa kecil bila mama/ ayah bekerja. Kami sudah seperti keluarga sendiri. Rasanya aku lebih akrab dengan anak-anak Tok Aji/ Mak, berbanding adik-beradik mama/ ayah. Kini hubungan kami semakin erat, bila sepupu mama berkahwin dengan anak Tok Aji/ Mak yang bungsu (Pak Ucu Cah).

Tengah malam itu kami pulang ke rumah.. Berakhirlah 1 Syawal yang indah buatku.

Wednesday, October 1, 2008

Ramadhan yang pergi..

Allahuakbar..Alahhuakbar..walillahilham..

Usai memunaikan Solat maghrib, jelas kedengaran suara muazzin mengalunkan takbir dari surau berhampiran, menandakan aidilfitri telah tiba. Letupan mercun, meriam dan pekik sorak anak-anak jiran mula kedengaran. Wangi masakan dari rumah tetangga, tambah memeriahkan lagi suasana. Aku masih bersimpuh di hujung kamar. Syahdu dan sendu silih berganti menyelubungi rasa. Terlalu berat rasanya hati ini melepaskan Ramadan pergi. Entah sempat entah tidak untuk melihat Ramadan hadapan. Air yang bergenang di tasik mata, perlahan-lahan melimpah keluar tanpa dapat ku bendung. Pun aku pasrah dan redha jika sudah ketentuan Allah andai Ramadhan hadapan tidak dapat ku tatap lagi. Dia maha menentukan segala-galanya. Hanya Dia yang berhak. Tiada yang lain. Ku capai kitabNya dan ku baca ayat-ayatNya... Sendu dan pilu pergi menghormati ayat-ayat suci yang terhimpun di lidah dan hati..

Sesungguhnya, aku redha atas pemergian mu Ramadhan..