Showing posts with label rakan. Show all posts
Showing posts with label rakan. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Sama Tapi Tidak Serupa..



Sekali imbas kelihatan serupa. Ramai yang keliru. Namun hanya jauhari yang mampu mengenal manikam.. Sepintas lalu kelihatan hampir serupa. Masing-masing jalan laju, cakap laju, suka bercakap, kaki shopping.. dan kaki pukul!! Takut tak? haha...
 



Gambar di atas dan gambar di bawah:
Ia kisah yang terakam kira-kira seminggu yang lalu. Kami berada di tempat yang sama. Namun, kami seperti saling tidak mengenali di antara satu dengan lain. Atau mungkin ada yang bertanggapan kami sedang bergaduh. Pengaruh teknologi IT...!!



Kasihan adik, sehingga terlena menantikan game di download. Wifi sungguh lembap kerana ramai yang sedang bertenet di tempat yang sama. Maklum, cuti sekolah...


Doakan kami.. doakan kita..
Doakan ukhwah saya dan adik-adik kekal aman dan damai sehingga ke akhir hayat dan bertemu di Jannah. Saya seringkali runsing apabila melihat beberapa keluarga terdekat dan kenalan rapat atau jauh yang berpecah-belah hubungan mereka adik-beradik.

Saya juga berdoa semoga, ukhwah saya dan semua rakan-rakan di blog ini, rakan sekuliah, rakan sekolej, bekas rakan-rakan sekolah akan terus berpanjangan dan di rahmati Allah swt. Semoga ukhwah kita adalah ukhwah yang memberi manfaat di antara satu sama lain. Ameen ya Robb.

Friday, July 8, 2011

Kembali ke Medan Perjuangan

Alhamdulillah, Asar tadi aku dah sampai semula di kolej. Then terus kemas segala barang dan basuh segala pakaian kotor. Malas nak tangguh, homeworks banyak. Slides untuk presentation, paperworks, ready untuk tasmi'.. hmm, doakan aku lancar ketika tasmi' ya -hari Isnin @ 11 Julai.

Even, aku tak balik rumah pun hari ni. Mujur, kawan-kawan ramai yang tak balik. Cuma Mira aje terpaksa balik, kerana ada hal mustahak antara hidup dan mati.. (mustahak sangatlah konon pada dia, pada aku masalah biasa aje...ahaha..) Kem pun dia tak dapat join, padahal orang kuat MPMM. Semoga semuanya berjalan lancar, ya Mira.. senyum dan jalan dengan santun.. cakap tu janganlah gagap pulak. hehe.. (Kasmaahh!! Kau kena tau cerita ni... hehe)

Sebelum balik, mama/ ayah hantar nasi goreng  ayam sambal  warung Saga, untuk santapan kami. Macam tau-tau aje kehendak perut saat ini. Ada pulak oren twister sebotol besar.. mmm, nikmat indah yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata..

Alhamdulillah, Terima kasih atas rezeki-Mu pada kami ya Allah. Nikmat-Mu yang manakah hendak didustakan?? Allah.. Allah.. Allah..!

Sunday, June 5, 2011

Kenangan Itu..

TRAVELOG PERJALANAN KLIA - INSTANBUL













Sunday, April 3, 2011

Takdir Seorang Arina


NURARINA BINTI MOHD SHAPII

Wajah dan namanya berlegar-legar di ruang minda. Masih segar semuanya mengenai dia di layar mata.


Ketika di sekolah namanya memang sentiasa meniti dari bibir ke bibir. Orang yang cantek dan baik. Aku memang mengenalinya, meski tidak secara rapat. Namun kami sama-sama menuntut di Bukit Mahkota. Dia senior di sekolah yang sama. Hari-hari kami bersua dan berselisih jalan. Orangnya cantik, berwajah lembut dan tenang ~sejuk mata yang melihat.


SEPI TANPA BERITA

Lama sudah aku tidak mendengar khabar berita mengenainya. Hanya sesekali ternampak di shopping mall maklum dia juga orang JB, namun tidak pula menyapa ~malu! Lagipun aku tidak pasti dia masih mengingati aku ataupun tidak.. ~ah, alasan ya Najwa.. huh!


DUGAAN BUATNYA


Kalian tentu ingin tahu apa kaitannya dia dengan entry ku kali ini dan juga apa kaitannya dalam kehidupanku. Buat pengetahuan kalian, Kak Arina diserang penyakit barah tulang belakang tahap empat, yang mengakibatkan dia lumpuh separuh badan secara tiba-tiba.

Kalian baca lah sendiri kisah lanjut mengenainya di link akhbar berikut:


Masih terbayang di ruang mata dia berjalan, tersenyum dan ketawa.. makan di dewan makan. Tidak ku bayangkan betapa kini dia sedang terlantar menanggung sakit. Sebak memenuhi ruang dadaku. Ya Allah.. besarnya dugaanMu pada dia..


DOA KU TITIP

Kakak, saya doakan kakak diberi ketabahan menanggung rasa sakit dan semoga kakak sentiasa terpelihara dari hasutan syaitan. Semoga Allah juga memberi ketabahan dan kekuatan pada ibu kakak, yang juga sedang menjaga ayah yang sedang lumpuh.. ameen3x ya Robb.


BLOG KAK ARINA: Si Comel Berkulit Puteh

Monday, March 7, 2011

Dari DIA Kita Datang..

PERJALANAN HARI INI 
Innalillah wainna ilaihi rojiun..
..dari DIA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali..




Uncle Maslan Johan -ayahanda 'Ryo Watanabe'- telah pulang ke rahmatullah malam tadi [lebih kurang] 941pm akibat serangan kanser, di sebuah hospital di Singapura. Jenazah dikebumikan di Batu Pahat, kampung kelahiran isterinya.






























Saturday, February 12, 2011

AYUH.. KITA RAIKAN CINTA!!




[i] AKU ..KAU ..KALIAN [KITA!]


RAIKAN HARI-HARIMU DENGAN KESYUKURAN

Ah.. indahnya permulaan hari ini. Cuaca yang terang, angin yang berpuput manja menerobos dari jendela dan pintu belakang rumah.. menyapa ke pipi, terasa dingin pagi yang sungguh nyaman. Langit kelihatan cerah dan membiru. Dihiasi indah oleh kelompok awan yang berarak lembut, menunjukkan hujan tidak akan turun pagi ini sekurang-kurangnya hingga ke tengahari. Matahari yang mula keluar menunjukkan ia akan terus memancar terik -insyaAllah- mengeringkan kain-baju di ampaian. Alhamdulillah, semuanya kering sebaik kami mahu keluar rumah dalam pukul 1045 pagi. Ternyata hujan turun hanya lewat petang.

Sebagai meraikan permulaan harimu, jangan lupa solat Dhuha tau!! Insya Allah, akan dilimpahkan rezeki yang barakah. Ameen ya Rob.



RAIKAN BONDA, PEMILIK SYURGAMU

Aroma masakan mama sedang memenuhi rerongga hidungku; nasi lemak sedang di tanak dalam periuk, sambal tumis ikan bilis yang sedang ditumis serta ikan kembung goreng di atas kuali -sarapan pagi kami sedang disiapkan oleh mama. Sesiapa yang sudah merasa sambal tumis mama, pasti akan mahu merasainya lagi. Tiada resipi rahsia. Namun pesan mama, masaklah dengan kasih-sayangdan ikhlas. Ingin mencuba? Silalah buat appointment, oGeh.. Rajin saja mama menyediakan untuk sesiapa yang teringin. Cewah, promosi kelebihan mama sendiri..

Sementara mama memasak, aku pula membersihkan lantai di ruang tengah setelah siap menyidai kain baju. Lantai rumah kami harus di mop** paling lewat seminggu sekali. Mudah sekali habuk melekat di seluruh rumah. Hmm.. wangi! Selepas ini pasti selesa untuk bermalas-malas di hadapan TV setelah semuanya bersih. **[aku lap guna tangan oGeh... ala2 cenderella tau.. errkkk, ada kene mengena dengan tajuk entry kah?]

Mama siap memasak dan aku juga telah siap membersihkan lantai. Apalagi.. makan lah selepas itu. Wow! Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan ..hanyalah kelazatan sambal tumis ikan bilis mama dan nasi lemak hasil air tangan nya! Ada pula ikan kembong goreng.. fuhhh...yummyyyyyy!!!! Lihatlah betapa dia mampu memenuhi selera ahli keluarganya. Ingat, jangan derhaka padanya -mama/ ibu/ ummi/ mak/ mummy/ embok!

Hadith Rasulullah saw..
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
[Al-Tarmidzi]



RAIKAN HARI BAHAGIA INSAN-INSAN TERSAYANG

Usai sarapan kami ke sekolah Syamil dan membawa dia serta beberapa orang kawannya keluar -masih dalam mood meraikan hari kelahirannya. Kami makan di KFC dan membeli 1 dozen 'Big Apple Donut' pelbagai perisa. Setelah perut penuh terisi, Mama/ Ayah izinkan Syamil dan kawan-kawannya berjalan berasingan dari kami -sukanya dia. Kalau di JB jangan harap peluang begitu mudah diperolehinya. Kalau keluar pun aku harus ada sekali -apakah! Pelikkah? Itulah mama.. sentiasa rasa anak-anaknya masih lagi seperti kanak-kanak riang ribena. Jadi bayangkanlah.. betapa chumelnya kami.. hehehe..

Syamil dan kawan-kawannya membeli barang-barang keperluan sekolah dan beberapa peralatan untuk kawad kaki yang akan mereka sertai. Aku dan mama ke kedai buku Popular. Horeee.. dapat ku beli sebuah novel! Rezeki ..-ayah sponsored. hehehe



RAIKANLAH SAHABATMU DAN GEMBIRAKANLAH HATINYA

Setelah menghantar Syamil dan kawan-kawannya di sekolah, ayah terus pula membawa kami ke Kampung Melayu-JB untuk menghadiri majlis menyambut menantu rakannya -jemaah surau yang selalu ditemuinya.

Meski harus menempuh sebuah perjalanan yang jauh, namun demi sebuah ukhwah ayah gigih untuk memenuhi undangan tersebut. Ayah memang seorang yang sentiasa menghargai sebuah jalinan ukhwah. Merata kenalannya.

Masuk saja Jalan Tebrau, kami harus menempuh kesesakan jalanraya, maklum hunjung minggu. Mama kata, tidak apa lewat yang penting sampai. Bila sudah sampai rupanya, ada ikatan persaudaraan. Hmm sebuah kebetulan yang telah Allah tentukan takdirnya sejak azali.


Hadith Rasulullah saw ..
“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).”
[Al-Bukhari]



[ii] KITA.. EGYPTIONs

Ayuh raikan rasa gembira itu atas pengunduran Mubarak. Jangan lupa sujud syukur tau. Namun, luahan rasa gembira itu harus berpada-pada ya. Pengganti yang ada merupakan bekas kroni [kot masih kroni Mubarak]. Lagipun, Mubarak masih ada di Mesir kan.. Jangan keluar mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Berdoa terus oGeh:
- semoga revolusi yang sedang Mesir alami kini berjalan seperti yang diharapkan penghuninya.
- semoga Mesir, Egyptions, aku, kalian -kita semua- dalam peliharaan Allah swt.
- semoga Malaysia terus aman-damai sentiasa.

Ameen, ya Allah.



Friday, February 11, 2011

AKHIRNYA KINI PASTI

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



HOME SWEET HOME!

Segala puji-pujian hanya layak untuk-NYA..-alhamdulillah.. semakin ramai sahabat [banat] saya yang ditransitkan di Jeddah telah selamat sampai ke tanahair tercinta. Terima kasih ya Allah. Kau telah permudahkan segala urusan mereka, sahabat-sahabatku.

Kak Uteh, Adibah dan beberapa orang lagi selamat sampai semalam. Lega rasanya. Sahabat lelaki saya tidak risau sangat. Lebih-lebih lagi pada mereka yang masih tinggal di Mesir. Mereka memang hebat!! Jangan risau, Allah bersama mu/ kalian.

Tidak sabar untuk bersua-muka dengan mereka semua rakan-rakan yang sudah sampai, untuk mendengar segala pengalaman terus dari mulut mereka.


SUMBER: UTUSAN ONLINE [KLIK DI SINI]
11/02/2011 12:17pm

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Sehingga ini seramai 4,281 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang dari Mesir, termasuk 451 orang yang tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines MH 8031 pada 2.20 pagi tadi.

Seramai 268 warga Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 838 pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Kementerian Luar di sini hari ini.

Beliau berkata, pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah kerana syarikat penerbangan itu tidak mempunyai perkhidmatan ke Malaysia.

"Bas yang disediakan untuk membawa rakyat Malaysia dari Changi akan berhenti di perhentian bas di Larkin, Johor, Melaka Central, Seremban dan Universiti Putra Malaysia di Serdang” katanya.

Seramai 100 orang lagi rakyat Malaysia dibawa pulang dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka mendarat di Pangkalan TUDM di Subang pada 3 petang ini. – Bernama



[ii]

SELAMAT JALAN MUBARAK!

Hari ini 11 Februari, Mubarak akhirnya pergi setelah 30+ tahun hidup sebagai diktator hasil dari kebangkitan rakyat yang melakukan protes selama 18 hari -meminta dia untuk berundur. Dia tewas ketika usianya 82 tahun! Sememangnya usia yang digunakan untuk duduk saja di rumah bersama anak cucu!

Selamat meneruskan kehidupan wahai Mubarak. Semoga kau mempunyai kesempatan untuk muhasabah diri sebelum pulang ke alam kekal. Sungguh banyak amanah yang telah kau abaikan selama berada di atas [6 Oktober 1981- 11 FEBRUARI 2011].

ADIOS ya MACHA!!


SUMBER: UTUSAN ONLINE [KLIK DI SINI]
ARKIB : 11/02/2011

KAHERAH 11 Feb - Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan itu menurut Naib Presiden, Omar Suleiman.

Mubarak kini dikatakan lari ke Sharm el-Sheikh.

Menurut laporan AFP, Mubarak juga telah menyerahkan kuasa kepada tentera. - AFP


[iii]

KISAH MUBARAK YANG KAYA [SUMBER: KLIK DI SINI]

Presiden Hosni Mubarak telah memimpin Mesir lebih daripada 30 tahun. Lama menguasai negeri Firaun itu, sejumlah kalangan menuduh Mubarak sudah menimbun harta berlimpah.

Laman ABC News, Jumaat 4 Februari 2011, melaporkan bahawa sejumlah ahli memperkirakan kekayaan Mubarak tidak hanya US$40 bilion (RM125 bilion), tapi mencapai US$70 bilion (RM230 bilion). Peningkatan kekayaan ini setelah Mubarak dan keluarga melakukan diversifikasi investasi selama 30 tahun dia menjabat Presiden.

Amaney Jamal, seorang profesor ilmu politik di Princeton University, Amerika Serikat, mengatakan bahawa estimasi tersebut sebanding dengan kekayaan besar pemimpin di negara-negara Teluk lain.

Lalu bagaimana Mubarak bisa mendapatkan kekayaan itu? Amaney membeberkan kekayaan Mubarak diperoleh sejak dia sebelum menjabat Presiden. Saat masih menjadi perwira Angkatan Udara, Mubarak telah memiliki bisnis militer. Setelah itu, merambah pada usaha layanan publik.

“Ada banyak korupsi dalam rezim ini, mereka menggunakan sumber daya publik untuk keuntungan pribadi,” kata Jamal.

Jamal mengatakan, aset Mubarak paling mungkin disimpan di bank luar Mesir, khususnya di Inggeris dan Swiss. “Ini adalah pola diktator Timur Tengah,” ujarnya.

Christopher Davidson, profesor politik Timur Tengah di Durham University, Inggris, mengatakan, Mubarak, isteri, dan dua anaknya mampu mengumpulkan kekayaan melalui sejumlah kemitraan bisnis dengan orang asing.

Menurut dia, hukum Mesir mengharuskan ‘investor’ asing memberikan 51 persen saham kepada mitra bisnis lokal. “Ini cara yang paling memungkinkan [untuk menumpuk kekayaan],” katanya.

Sejak berkuasa pada 1981, Mubarak mampu membuat negara di Afrika Utara itu stabil. Rahsianya, dia membangun hubungan baik dengan negara-negara Barat dan Israel. Namun di balik kestabilan, korupsi, kemiskinan dan kekerasan oleh negara tumbuh subur.

Mubarak lahir 1928 di desa Kahel-el-Meselha. Dia tamat dari Akademi Militer pada 1949. Setelah perang Arab-Israel, Mubarak mendapat promosi menjadi Kepala Angkatan Udara Mesir, inilah pintu pertama dia masuk ke lingkaran elit politik.

Mubarak dikenal sebagai pembantu setia Presiden Mesir Anwar Sadat. Dia diangkat jadi Wakil Presiden oleh Sadat pada 1975. Sejak itu dia memainkan peranan penting, membangun hubungan dengan negara-negara barat. Pada 1981, Sadat dibunuh. Mubarak pun naik menjadi orang nombor satu di Mesir.

VIVA news

Sunday, January 30, 2011

SUNGGUH AKU TERASA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Hujan di luar.. lebat. Sekejap saja berhentinya, kemudian turun lagi. Langit mendung.. muram dari pagi ke malam, malah membawa ke pagi esoknya. Dingin membalut tubuh. Sudah beberapa hari tidak lagi terasa mentari terik memancar. Demikianlah keadaan cuaca akhir-akhir ini.

BANJIR:
Hujan di mana-mana. Banjir pula melata. Johor antara negeri paling teruk mengalami musibah banjir. Tenang di Segamat yang tidak lagi tenang setelah banjir menutupi seluruh daerahnya. Bandar Kota Tinggi turut di tenggelami air. Beberapa tempat di Johor Bahru, seperti Kangkar Tebrau, Kampung Laut dan beberapa tempat rendah yang lainnya bertukar menjadi 'sungai' menyebabkan para penduduknya terpaksa dipindahkan.

Akhbar-akhbar dan berita utama menunjukkan visual rumah-rumah yang ditenggelami air. Turut dilaporkan banyak harta-benda, kebun tanaman dan ternakan musnah. Majlis pernikahan yang dirancang terpaksa diteruskan dalam suasana tidak selesa. Namun ada juga beberapa pasangan yang bernasib baik di mana majlis mereka telah ditaja oleh pihak-pihak yang prihatin di tempat mereka. Rezeki!! Allah yang maha menentukan ia disampaikan dengan bermacam cara.

Semoga semua yang di timpa musibah akan terus tabah dengan segala dugaan yang di hadapi saat ini. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu yang ditentukanNya.


Dari Anas, Rasulullah berkata..
“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.”
[Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah]


MESIR YANG SEDANG BERDARAH:
Alam yang menangis seakan turut sama bersedih seiring dengan para ibubapa yang merintih pilu mengenangkan nasib anak-anak mereka di Mesir. Meski tiada ahli keluarga terdekat di sana, namun hatiku turut berlagu pilu, manakan tidak.. bukan sedikit rakan-rakanku yang menuntut ilmu di sana. Selain dari rakan-rakan ketika di sekolah menengah, paling hampir tentunya rakan sepermainan dan juga jiran dari kecil -Along/ Aidil. Kawan-kawan baik Along [juga rakan sekolah menengahku] Naqib dan Nizam, juga di sana. Ramai lagi - tidak tertulis di sini.

Alhamdulillah, aku dapat berkomunikasi dengan Nizam, Kak Uteh, Dibah dan beberapa lagi rakan di sana lewat facebook, meski talian kadangkala terputus. Mereka semua baik-baik saja -alhamdulillah, masih dalam peliharaan Allah swt. Terima kasih Allah, sentiasa melindungi sahabat-sahabat ku di sana khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Pun kepiluan ini tetap terasa kala mengenangkan ramainya rakyat Malaysia di sana, beberapa blogger [pelajar di Mesir] yang sering ku kunjungi blog mereka secara diam-diam ['blogwalking] ataupun terang-terangan [sebagai 'follower']. Allah..Allah.. sungguh aku terasa!! Di waktu malam, lenaku hanya mampu seketika. Selebihnya ku gunakan untuk melihat info terkini di maya -samada melalui blogger ataupun lama web rasmi Kementerian Luar. Begitu juga di waktu pagi info terkini di Mesir adalah yang mula-mula ku cari usai solat subuh. Risau sentiasa mengocak ruang rasa ku.

Cubit peha kiri, peha kananku terasa juga - SUNGGUH AKU TERASA!!





Bookmark and Share


Saturday, January 29, 2011

MESIR OH MESIR



Risaunya hati kala menoton di TV mengenai rusuhan yang berlaku di Mesir. Terkenang semua sahabat yang sedang menuntut di sana. Macam-macam yang terbayang di fikiran.

Berapa lama lagikah agaknya rusuhan tersebut akan berlangsung? Makankah mereka semua? Keselamatan sahabat-sahabat perempuan paling saya risau sekali - Kak Uteh, kawan-kawan ex-SMAKJ - Dibah, Enon, Aida, Kak Zailin, Zaireen dan ramai lagi.

Siang tadi salah seorang sahabat memberitahu di facebook talian talipon dan internet telah terputus selama 3 hari, hanya baru sebentar talian internet di rumahnya boleh digunakan. Patutlah semuanya senyap saja.

Di sini saya kongsikan tulisan salah seorang pelajar yang sedang menuntut di Mesir, yang menceritakan antara faktor penyumbang kepada kebangkitan kemarahan rakyat terhadap pemerintah Hosni yang tidak lagi Mubarak.

aminmenulis: Semalam ketika saya pergi ke lapangan terbang antarabangsa Kaherah, di Terminal 3 dalam urusan menghantar 2 orang sahabat pulang ke Malaysia. Saya dipanggil oleh seorang polis bertugas lalu membawa saya ke satu booth polis ditingkat bawah terminal tersebut. Dalam perjalanan sempat saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil kepada polis yang membawa saya, dia beliau sendiri mengatakan "Ma fish musykilah" tidak ada apa-apa masalah. Saya berjalan tenang dan menemui pegawai atasan tersebut, lalu bertanya atas alasan apa saya dipanggil. Pegawai tersebut menyatakan, saya mengambil gambar apa yang tidak perlu. Walhal gambar tersebut langsung tidak merbahaya. (tangga, papan tanda, dll) Maka, sebahagian gambar-gambar yang diambil tersebut terpaksa dipadam dan kes tersebut selesai begitu sahaja. Alhamdulillah.

Namun ini menampakkan betapa Mesir sedang berjaga-jaga bagi mengelak sebarang serangan dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Disetiap pintu masuk lapangan terbang dipasang alat pengesan/pengimbas bagi memastikan tiada pengunjung yang ingin melakukan tindakan luar jangkaan.

Suasana disekitar kawasan Kaherah juga kelihatan ramai polis sedang berjaga dalam memastikan kawalan keselamatan ditahap yang tinggi. Kejatuhan kerajaan Tunusia dilihat begitu mempengaruhi politik dunia hari ini sehingga merebak ke negara-negara jiran termasuklah Yaman, Algeria dan juga Mesir. Apakah kesudahan era kebangkitan rakyat ini kepada dunia dan negara-negara lain? Sama-sama kita saksikan. Apapun, semoga Allah memelihara negara Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai. Dan marilah sama-sama mendoakan kestabilan politik di Mesir kerana disinilah lahirnya dan terletaknya "ummu dunia" kerana didalamnya terletak sebuah Universiti tertua dunia, iaitu Universiti Al-Azhar As-Syarif. Semoga semua umat Islam diseluruh dunia dipelihara oleh Allah s.w.t dan dalam masa yang sama bangkit menentang kezaliman dengan cara yang paling baik dan berhikmah.

Sehingga kini dilaporkan 4 orang rakyat Mesir mati dalam kejadian rusuhan bagi meminta Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri daripada kerusi presiden setelah 30tahun memerintah. 3orang rakyat biasa dan seorang polis.

Kebangkitan ini bukanlah berpunca daripada isu-isu besar tetapi penindasan atas kenaikan harga barang makanan asasi menyebabkan rakyat bangun untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Kalau dilihat dan dikaji negara-negara ini mempunyai kekayaan harta negara melimpah ruah, seperti minyak, gas asli dan sumber pelancongan yang tinggi. Tetapi kekayaan tersebut hanya dinikmati sebahagian golongan dan tidak sampai kepada rakyat. Maka, setelah begitu lama ditindas, dicetus pula semangat dan kebangkitan yang berlaku di Tunisia, rakyat di negara-negara ini bangkit bagi menyatakan ketidak puasan hati sekaligus mengekalkan momentum kebangkitan yang sedia ada.

Berdasarkan pemerhatian secara rambang, harga bahan mentah meningkat berlipat kali ganda, sehingga santan, gula, minyak, gandum dijual pada harga yang terlalu tinggi. Apakah penyelesaian kepada krisis ini? Langkah kerajaan yang mengamalkan perbelanjaan yang tidak berhemah antara faktor masalah ini tidak dapat diatasi dengan sebaiknya sehingga membebankan rakyat. Sebagai contoh Malaysia mempunyai bilangan rakyat yang sedikit tetapi kekayaan hasil negara melimpah ruah. Maka, timbul satu persoalan dimanakah hasil itu disalurkan? Rakyat bukan tidak mahu pembangunan, tetapi apa yang lebih penting kos sara hidup mereka terjaga dan mampu menanggung isi rumah. Marilah sama-sama kita membawa perubahan dan bangkit memperjuangkan hak kita sebagai wargenegara yang sepatutnya menerima hak yang patut kita terima. Bagaimana caranya? Anda fikirkan sendiri bagaimana..

Selain dari catatan di atas, saya sertakan pautan [di bawah] untuk mengetahui perkembangan pelajar-pelajar Malaysia di sana, dengan lebih dekat lagi. Di kaca TV tentunya tidak di paparkan gambaran sebenar untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh para ibubapa masing-masing.


Saya berdoa semoga semua rakyat serta pelajar Malaysia di Mesir amnya, dan sahabat-sahabat saya khususnya akan sentiasa berada di dalam peliharaan Allah. Kuatkanlah semangat mereka semua ya Allah dalam menghadapi dugaan hebat di perantauan.


P/S - Dato Najib!! Bawalah segera semua sahabat saya di Mesir pulang.

Saturday, January 22, 2011

Jadilah Sahabat Yang Ikhlas




Seringkali mama berpesan dari dahulu hingga kini -meski saya sudah boleh berfikir secara waras- 'hati-hati berkawan. Kalau ada yang tidak kena, mengalah saja. Tidak apa, mengalah bukan bererti kita kalah.' Pesanan mama itu semata-mata untuk tidak mengurangkan kawan yang saya ada dan menjauhkan diri saya dari mempunyai ramai musuh -jangan risau mama, saya ada ramai kawan yang baik-baik dan ceria.

Namun, mama juga berpesan agar saya berkawan dengan siapa saja -kawan baik atau kawan yang kurang baik. Berkawan dengan kawan yang baik tentunya kita tidak akan menghadapi sebarang masalah, jauh sekali fitnah. Cabaran yang sangat besar ialah apabila berkawan dengan kawan-kawan yang kurang baik - kita harus bijak mengawal diri dan mengekalkan jati diri.

Pesan mama, jadilah sahabat yang ikhlas dan baik kepada kawan-kawan kita tanpa membeza-bezakan mereka. Dekati kawan-kawan yang kurang baik tanpa sangsi. Hanya dengan mendekatkan diri bersama mereka maka kita mampu untuk memberi pesan yang baik-baik, agar terbuka pintu hati mereka untuk terus menjadi baik di sisi Allah swt. Doakan mereka selalu -doa yang ikhlas untuk kawan-kawan tanpa pengetahuan mereka akan dimakbulkan Allah. InsyaAllah.

Kukuhkan jati diri dalam menjalin persahabatan dengan kawan-kawan yang kurang baik. Andai jati diri tidak kuat dan hanyut dengan godaan syaitan durjana maka akan menyesal kita di hari pembalasan nanti.

Ianya ada dinyatakan dalam Al-Quran:
“Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si polan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Al-Furqan: Ayat 28)

Semasa berada di sekolah agama, ustazah saya pernah memberitahu tentang perumpamaan yang mengumpamakan kawan yang baik itu seperti penjual minyak wangi dan kawan yang jahat itu seperti tukang besi. Hinggalah ke sekolah menengah saya masih lagi diingatkan dengan perumpamaan yang serupa. Saya kongsikan hadith tersebut di sini.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Sohih Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa siapa kawan kita adalah gambaran diri kita. Kalian risau? Ayuh kita kembali ke asas. Kita semua tahu antara sifat Allah adalah maha pengasih dan maha penyayang. Kita juga tahu Allah maha mengetahui di atas segala sesuatu biar kita sorokkan di mana sekalipun. Allah mampu membaca segala yang tersirat di hati!! Justeru, berdoalah kepada-NYA. Doa adalah alat penghubung kita -manusia- dengan Allah. Mohon diizinkan kita berkawan dengan kawan yang kurang baik itu dengan hasrat kita mahu 'berpesan-pesan'. Kita tidak mahu kawan kita itu terus hanyut dengan godaan syaitan durjana. Mohon kepada-Nya agar dijadikan persahabatan itu sebagai sebuah persahabatan yang hanya semata-mata kerana-Nya. Mohon kepada-Nya agar dirahmati persahabatan kita itu. Ameen, ya Rob.

Hayatilah firman-Nya ini.. “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat: Ayat 13)

Pesanan saya, berkawanlah dengan siapa saja dengan niat kerana Allah. Buruk macamana sekalipun perangai kawan kita, mereka adalah hamba Allah juga -persamaan kita dengan mereka- selain dari kita dan mereka sama-sama dijadikan dari segumpal tanah. Jangan buruk sangka terhadap kawan kita -khususnya kawan baru. Semoga dengan bersangka baik, kita akan dapat yang baik-baik saja dari kawan kita dan dia juga akan nampak yang baik-baik saja dalam diri kita.

Wallahua'alam.






Bookmark and Share


Saturday, October 16, 2010

Belasungkawa~ Al-Fatihah..

Pagi tadi kami dapat berita buruk.. kawan baik Syamil, Muhammad Fazillah Azinuddin Bin Jahidon telah pulang kerahmatullah. Berita yang benar2 menyentap rasa kegembiraan kami yang ketika ini sedang bersantai di Klang, rumah baru Pak Ucu. Aku pula sedang menghitung detik waktu untuk terbang ke Kota Bangkok.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen, ya Robb.












Saturday, April 17, 2010

Selamat Pengantin Baru, Pa'ah

Hari ini rakan sekolej - Syarifah Farhah @ Pa'ah- menjadi raja sehari dengan pasangannya Cikgu faizal, gurunya semasa menuntut di Maahad Pontian. Majlis persandingan diadakan di Dewan Bandar Sri Alam, Masai.

Bila tiba di dewan tersebut, rupa-rupanya ayah Pa'ah kawan ayah dan makcik Pa'ah (kakak ayah Pa'ah) dan suaminya adalah office mate ayah yang memang ku kenali sejak zaman anak-anak.Suaminya ku kenali sebagai Pakcik Osman dan isterinya ku panggil Mak Pah. Anak Mak Pah pula sekelas dengan ku semasa tadika. Kebetulan yang seterusnya pula, parents cikgu Faizal x-office mates ayah yang telah pun pencen kedua-duanya dan juga memang ku kenal...@ Pakcik Mazlan dan Makcik Gayah. Aduhai... dunia yang luas tapi kecil sebenarnya.

Cantik sungguh Pa'ah dengan persalinan berwarna putih bersulam biru muda, mengikut tema keseluruhan. Cikgu Faizal yang tinggi lampai nampak kacak dengan baju melayu berwarna putih, samping biru muda dan tanjak di kepala juga biru muda. Mereka kelihatan sungguh sepadan, bagai pinang di belah dua.

Jodoh pertemuan, ajal maut memang tak terjangkau dek akal. Sampai masanya, memang tidak dapat di tolak dan disangkal. Di kala usia mencecah 2o tahun, Pa'ah telah memikul tanggung jawab sebagai isteri.

Selamat Pengantin baru Pa'ah dan suami.. semoga berbahagia rumah tanggamu hingga ke akhir hayat dan sentiasa mendapat rahmat Allah. Ameen, ya Robb.

Wednesday, January 20, 2010

Selamat tinggal..~~ semoga Allah sentiasa merahmati kamu!!!

Hari ini mama mendapat berita salah seorang kawan baiknya, telah pulang ke rahmatullah. UNTIE NISA..pergi awal dinihari tadi kira-kira jam 150 pagi, di rumahnya di Kuantan. Jenazah akan dikebumikan di Johor Bahru.

Oleh kerana tiada kelas sebelah petang, aku setuju untuk mengikuti mama menziarahi jenazah, yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif.

Hibanya rasa hatiku melihat kesedihan anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah, semuanya seramai 5 orang. 2 lelaki dan 3 perempuan.

Ya Allah,
Berilah kesabaran pada anak-anak dan suaminya..
Jadikanlah anak-anaknya sebagai anak-anak yang soleh dan solehah..
Ampuni segala dosa-dosa mereka terhadap ibu mereka..
kau cucurilah rahmat ke atas roh untie Nisa...
kau lapangkanlah kubur nya dan jadikanlah ianya sebahagian dari taman-taman syurga..
peliharalah dia dari siksa kubur..
tempatkanlah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
amin, ya rab..!!

Sunday, January 17, 2010

Beriadah di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok






photographer ngokngek


luvly couple @ pengantin baru


"horeeeee..!!"


adik suka kucing, but not mama..
so, tumpang kasih kucing orang jeks la bila ada kesempatan macam ni..huhu


mangsa kebakaran



proses pembakaran sedang berlangsung


dh kenyang, turun semula dengan pasangan masing2..


ayah..~ kepenatan..
die tolong bakar segala mangsa non-stop

Tuesday, December 15, 2009

MALANG TIDAK BERBAU

Tiba-tiba dapat berita rakan sekuliah, Razali Sukardi kemalangan motor di Mersing dan kini sedang koma.

Cerita yang kudengar, motorsikal yang dia dan rakannya naiki telah terlanggar babi hutan yang melintas jalan secara tiba-tiba. Rakanya cedera dimuka, tapi stabil. Hanya Razali yang tidak sedarkan diri. Setakat ini saja berita yang diberitahu oleh penyampai.

Tak sabar hendak mengetahui cerita lanjut. Semalam, hari Jumaat masih lagi kulihat wajahnya di kolej. Masih juga terbayang-bayang wajah cerianya ketika kami sama-sama menyertai ihtifal sukan di Melaka.

Semoga Allah memeliharanya dan diredakan kesakitan yang dialami. Ameen, ya Rabb.

Saturday, November 28, 2009

Janji yang termeteri

Kak Hana @ my senior bertunang hari ni...well, die now di tahun akhir, Syariah course. Ayah/ Mama sudi menemankan ku ke majlis pertunangannya, di Parit Haji Noor, Bakri, Muar, Johor. Kami sampai di rumahnya betul2 masuk waktu zohor.

Kedatangan kami disambut oleh Kak Silah dimuka pintu dengan senyuman paling manis...; semanis orangnya... Bila jengah ke bilik, Kak Hana baru saja mula disolek oleh makciknya... waahhh, cun lah die!!


Kak Hana turut mengundang a few of kawan-kawan sekolahnya. Them tolong pakaikan tudung.. hmmm, macam tuan putri laaa...~~ girl yang pakai tudung putih tuh, sungguh jelita kan..kan.. Kalau nak tau, hatinya juga sejelita orangnya... inilah Kak Silah yang sambut kedatanganku.. she's my senior, dah tahun 3..ambik course syariah. Kalau belum berpunya, nak ku rekmenkan dgn abang Debarb ku yang sungguh mulia hatinya...cewaahhh!! (amacam bro? ada bran? ahakzzz)



Ini Kak Fiza.. Dia yang paling sibuks and rajin menolong di dapur. Masa aku sampai, die masih pakai baju biasa lagi. Ada jek benda yang die buat. Sampailah Kak Hana bising soh die bersiap, barulah die gerak...~~ cayalah Kak Fiza...!!

Kak Hana menanti kehadiran pihak rombongan lelaki. Nampak cool jek kan kalo tengok pic nih, tapi sebenarnya, tangan die sungguh sejuk... ~~berdebar katanya...huhuhu


Akhirnya, saat yang dinanti2 pun tiba... tadaaaaaaaaa...~~~


Setelah rombongan lelaki balik, barulah aku, mama, Kak Silah, Kak Fiza and Kak Hana makan... ~ almost 5+PM kami minta diri...

Bestlah family Kak Hana..mak and ayah die melayan kami dengan mesra dan baik.. semoga Allah merahmati Kak Hana sekeluarga..Ameen. ~~