Showing posts with label NEWS. Show all posts
Showing posts with label NEWS. Show all posts

Friday, January 29, 2010

THE NEW HANDSOME 'TMJ' EVER..




SUMBER: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

JOHOR BaHRU 28 Jan. - Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor, hari ini.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di sini, pada pukul 3.20 petang.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta Johor.

Tunku Ismail turut melafaz taat setia untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda baginda, Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris serta rakyat Johor.

Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja yang lain dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot membacakan doa sejurus istiadat pemasyhuran selesai.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof. Dr. Jamilah Ariffin, barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.

Tunku Ismail, 26, dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor menggantikan Sultan Ibrahim yang dimasyhur sebagai Sultan Johor, Sabtu lepas.Pemasyhuran bagi mewarisi takhta Johor itu berikutan kemangkatan nenda baginda Sultan Iskandar, Jumaat lepas.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India. - BERNAMA

Saturday, December 26, 2009

PEMANDU BAS CUAI LAGI..DAN LAGI..

Tersentap rasa jiwa dan ragaku kala mendengar dan membaca berita hari ini, mengenai kemalangan bas di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara kira-kira 5km dari Tol Jelapang, lebih kurang jam 1pagi.

Tiada alasan lain yang terlintas dikepalaku...ini mesti kes mengantuk... dan bas dipandu laju.

Terbayang di ruang mataku kerakusan para penghuni bas espress yang agak biadap kala memandu di lebuhraya. Fenomena yang biasa ku saksikan setiap kali melalui lebuhraya PLUS.

Namun aku tetap tabik kat pemandu cuai tersebut yang bersikap jujur, mengaku dia terlelap. (KLIK) Tidak seperti kebanyakan pemandu-pemandu cuai sebelum ini yang sering berdolak-dalih.

Aku harap semua keluarga mangsa terlibat akan bersabar dan doaku semoga roh semua mangsa yang meninggal dunia akan dicucuri rahmat oleh-Nya serta ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin, ya Rabb.

Tuesday, July 28, 2009

DAIE YANG DISAYANGI

Dia bukan siapa-siapa dengan ku aku tidak pernah mengenalinya, apatah lagi mengetahui kewujudannya..Aku mula mengenalinya saat Buletin Utama Tv3 menyiarkan musibah yg menimpanya. klikliklik

Selepas itu, hatiku seperti tertarik untuk mengikuti perkembanganya. Pencarianku di dunia maya, menemui siapa dirinya..~~..dia, seorang daie kecil kesayangan keluarga, sahabat-handai, guru-guru..dan tentunya kesayangan pemilik langit dan bumi ini. Allahuakbar!!

Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas rohnya..!! ALFATIHAH klikliklik

Sunday, July 26, 2009

GOOD BYE.. MAY YOU BEEN BLESSED BY ALLAH!

kau pergi..? klikklik

Saturday, July 18, 2009

SEMUANYA SEMAKIN BAIK

Aku menjadi lega membaca entry terkini Ustaz Amin. Hampir sukar untukku melelapkan mata mengenangkan para pesakit HIV yang tinggal di gereja itu. Syukur, alhamdulillah Allah memudahkan semua urusan.

Tuesday, July 14, 2009

H1N1 lagi..

Entry ini telah kuciplak dari salah satu email yang mama hantar padaku. Silalah tatap hingga ke ayat yang terakhir ya..
________________________________
Assalamualaikum wR wB
PAGI!!! MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH!!!

Jika kita hendak membuka mata hati kita, mata yang dapat menembus apa yang tidak dapat ditembus oleh mata kepala, mata yang sentiasa mengatakan kebenaran, mata yang mencintai yang haq, mata yang dapat memahami pesan-pesan Allah swt dan rasul-Nya...

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada". (Q.S. al-Hajj : 46)

Janji-janji Allah swt samada melalui kitan-Nya al-Quran ataupun hadis rasul-Nya, satu persatu sudah dinampakkan. Sebahagian daripada kita ada yang menginsafi dan kembali kepada jalan Rabbnya, namun demikian ada juga disana orang-orang yang "juga" sudah melihat janji-janji Rabbnya namun diabaikan sahaja.

Diantara janji-janji yang nampak dan sangat jelas itu ialah kematian, ramainya jumlah wanita berbanding lelaki, gedung-gedung yang ditinggikan, peperangan, bencana ataupun wabak.

Bagi mereka yang insaf, mereka berusaha untuk menyelami kembali akan hakikat dirinya, mereka memikirkan kembali, darimana mereka diciptakan? mengapa mereka diadakan? untuk apa mereka dilahirkan? dan kemana mereka akan dikembalikan?

Menyelami hakikat merupakan hikmah dari kebenaran janji-janji tadi. Karena semua yang ada diatas muka bumi ini adalah fana atau tidak ada yang kekal abadi. Maka mereka berlumba-lumba untuk kembali mencari-cari jalan rabbnya, mereka kembali memenuhi ruang waktunya untuk mendekatkan diri kepadanya, tidak kira siapapun mereka, yang penting sekarang adalah masa untuk kembali. Mereka yang jadi pensyarah, businessman, krani dan sebagainya berlumba untuk meluruskan niat kerja mereka, mereka inginkan pekerjaan itu dapat mendekatkan diri kepada Allah swt sebagai perbekalan di hari akhir kelak.

Mereka yang tidak dapat mencermati segala kejadian yang mengharu biru tadi, mereka tidak dapat mengambil iktibar daripadanya, mereka hanya beranggapan demikianlah dunia, ada kehidupan ada juga kematian, ada pembangunan ada juga penghancuran atau pembinasaan. Manusia-manusia seperti ini akhirnya berusaha sekuat tenaga untuk mencari jalan atau cara agar dapt survive dari segala bencana dan kematian, dan cara yang paling tepat untuk menghindari kematian ataupun bencana (menurut mereka) hanya dengan wang, kerana wang menurut mereka dapat membeli kesihatan, wang dapat memindahkan mereka ke negeri-negeri yang lebih selamat dan tidak ada bencana. Demikianlah gambaran orang-orang yang mata hatinya tertutup untuk melihat kebenaran janji-janji Allah swt. Namun adakah benar wang dapat menyelematkan mereka dari kehancuran dan kebinasaan ataupun mati? Tentu tidak demikian.

Mungkinkah, bencana seperti yang tengah merebak tak dapat dibendung ini (selesema babi) atau virus H1N1 merupakan perealisasian janji-janji Allah swt?

Rasulullah saw bersabda didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi seperti berikut :

daripada ibnu Musayyab ra bahawa beliau telah mendengar daripada Abu Hurairah ra mengatakan : Rasulullah saw bersabda "demi jiwaku yang berada didalam genggaman-Nya, hampir sahaja ibnu Maryam diturunkan keatas kamu (diturunkan nabi Isa as sebagai satu tanda-tanda besar hari kiamat akan terjadi) menjadi penguasa yang adil, maka dia akan memecahkan salib-salib, membunuh babi, meletakkan jizyah dan melimpahnya harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima zakat".(H.R. Bukhari dan Muslim)

Dijelaskan didalam kitab sahih Muslim maksud hadis diatas sebagai berikut : Bahawa nabi Isa as akan diturunkan menjadi seorang yang menegakkan syairat ini (syariat nabi Muhammad saw), dan sangatlah adilnya maka beliau akan menghancurkan segala kebathilan yang telah dibuat-buat oleh orang-orang nasrani (kristian) tentang dirinya, dan beliau tidak menerima orang-orang kafir yang hendak membayar jizyah (harta jaminan untuk tetap menjadi kafir) melainkan untuk menjadi Islam atau diperangi. Hanya tidak dijelaskan didalam kitab ini apa yang dimaksudkan dengan membunuh khinzir itu.

Spekulasi saya dengan maksud "membunuh khinzir" didalam hadis diatas. Kalau nabi Isa as akan mematahkan salib-salib sudah jelas sebabnya, manakala beliau akan membunuh khinzir tentu pula ada sebabnya. "Mungkin" sebabnya kerana keharamannyakah ataupun flu babi yang sedang merebak saat inikah ataupun ada alasan sebab lain untuk membunuh babi itu? Spekulasi ini berdasarkan kepada penyakit aids yang juga sedang merebak dan membunuh. Ingin tidak kena jangkitan aids obatnya jangan berzina ataupun melacur karena asal sebab kejadiannya yang demikian itu, ingin tidak terserang virus H1N1 "agak"nya babi itu yang harus dibunuh dulu, walaupun sekarang virus ini sudah berjangkit dari manusia ke manusia.

Ah...ini sudah akhir zaman, nabi Isa as boleh Allah swt turunkan bila-bila masa, tetapi sebaiknya sebelum beliau diturunkan, segeralah insaf jangan tunggu-tunggu lagi kerana diturunkan beliau kemuka bumi masih menjadi rahasia Allah swt bila tarikhnya. Begitu juga kematian kita tidak tau bila tarikhnya, jika tak tau tarikhnya semestinya kita semua bersegera untuk insaf dan kembali kejalan-Nya.

Wallahu a'lam bissawaab


Wassalamualaikum wR wB


Masyhuri Masud
IIUM

Saturday, July 11, 2009

NATRAH

Mama tanya,
pernah dengar kisah "Natrah"
erkk.. ada ke?
Tiba-tiba rasa ketinggalan pulak..
Mama kata,
ini kisah mengenai percintaan yang terhalang.
Wow!! Percintaan terhalang?
Sadisnya.. Siapa yang menghalang tu yek.
Terus terbayang cerita Kasim Selamat.
Tapi,
isu yang lebih besar apabila ia melibatkan maruah agama Islam.
Upppsss...
Ini tak boleh main-main.
mesti kena serius!!
Mari kita klik.. klikklikklik

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON MENINGGAL?

Terkejut bila mama call awal pagi tadi, kata Michael Jackson meninggal.. Merasakan aku seperti tidak percaya, mama suruh aku explore ke "alam maya". Betul seperti yang mama beritahu. Semua akhbar utama membawa berita tersebut.

Errkk... tiba-tiba terlintas sesuatu di kepala.. Betul ke berita yang mengatakan die masuk Islam? Kemudian aku mencari kisah2 pengislamannya di halaman google..

... wallahua'alam.

Wednesday, June 24, 2009

Wabak Influenza A H1N1?

Berdasarkan maklumat dari media cetak dan juga elektronik, penularan wabak penyakit H1N1 atau juga dikenali sebagai "selesema b***" semakin menjadi-jadi. Namun di kalangan pengamal perubatan barat memanggilnya "swine flu". Sebelum ini kita seperti "tidak bernafas" dengan penularan wabak dari virus JE, sekarang wabak yang baru pula telah muncul, tapi dari haiwan yang sama.

Aku seperti phobia untuk kemana-mana, sebaik semua berita menasihatkan agar untuk sementara waktu kita semua tidak pergi ke tempat-tempat awam. Habislah rosak-binasa aktiviti hujung mingguku dengan mama yang suka window shopping.
Tiba-tiba aku seperti merasa sangat marah dengan para penternak khinzir. Sebenarnya dikalangan kaum minoriti tersebut, ramai yang tahu keburukan daging binatang itu. Mama beritahu, semasa dia di Tingkatan 3 guru subjek kesihatannya adalah seorang cina. Namun sebaik dia bersekolah dan mengetahui keburukan daging itu dia terus meninggalkannya. Begitu isteri dan semua anak-anaknya. Sewaktu aku bersekolah rendah di Sek Ren IJ Convent Johor Bharu, ramai di kalangan rakan-rakan dari kaum cina yang tidak makan khinzir.
Melalui pembacaan dan juga info yang diperolehi saat dari sekolah rendah lagi khinzir telah wujud sejak dari zaman Nabi Nuh lagi. Khinzir yang membuat onar di dalam bantera Nabi Nuh, lantas diharamkan oleh Allah swt untuk semua muslimin dan muslimat untuk menyentuh apatah lagi memakannya.

Keburukan demi keburukan terbukti akibat dari pembiakan tersebut, namun kewujudan penternakannya masih lagi berleluasa. Masalah yang paling nyata di Malaysia, para penternaknya sering dikaitkan dengan masalah pencemaran sungai-sungai berdekatan ladang ternakan mereka.Tapi untuk terlalu memprotes pun, ia adalah makanan tradisional turun-temurun nenek-moyang mereka. Apabila permintaan ada, tentunya wujudlah pembekal dan juga penternaknya untuk haiwan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi itu. Aku selalu berharap agar ditamatkan saja riwayat kesemua haiwan tersebut di mukabumi ini. Semoga wabak kali ini yang berleluasa di seluruh dunia akan membuka mata pihak berwajib untuk menanganinya secara total. Bila...? Tunggu sajalah...

Monday, June 15, 2009

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pulang..

MUHAMMAD AMAR ZULKIFLIE
Aku tidak pernah mengenali dia..
aku tidak pernah tahu mengenai dia..
aku hanya mengetahui tentangnya lewat TV
mengisahkan tentang kemalangan yang dialaminya di bumi Kaherah
namun entah kenapa ianya sungguh dan sangat menusuk hati
menyentuh rasaku
memalapkan hari aku..

wahai Allah,
Tuhan yang maha penyayang lagi maha pengasih
kau peliharalah dia di alam sana
kau rahmatilah dia selalu
kau tenangkanlah ibu-bapanya dan adik-beradiknya
ameen, ya Robbal 'alameen