Showing posts with label belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label belasungkawa. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

MENGENANG

gambar dari google
(Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad)
25 Mei 1954 - 22 Februari 1992

A SINGING LAWYER!! Siapa tidak kenal satu-satunya insan hebat ini, yang mengharumkan nama Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.

Meski dia pergi ketika usia ku 2 tahun, namun aku membesar dengan lagu-lagunya. Lagunya sering bermain di bibirku dan rakan-rakan, khususnya ketika ulangtahun kemerdekaan tiba. Lagu patriotik dendangannya amat mudah didendangkan, apatah lagi diingat liriknya.

Banyak lagunya yang kugemari..seperti merisik khabar, terasing, salam terakhir dan banyak lagi. Hanya menulis beberapa tajuk.

Aku memilih lirik berikut untuk ku muatkan di dalam entry ku kali ini.. Ia sekadar menghimbau saat-saar akhirnya di dunia ini...



DI DALAM SEPI ITU
Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

KLIK: YOU TUBE



semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,
melapangkan kuburnya,
dan menghimpunkannya di kalangan para solihin
amen ya robbal alameen


-Al Fatihah-

Friday, December 2, 2011

UJIAN BUAT MEREKA..


Hampir dua minggu yang lalu, saya menziarahi makcik kepada salah seorang sahabat saya yang pulang ke rahmatullah. Perjalanan JB-Muar agak perlahan kerana lebuhraya sesak dengan kenderaan. Maklum, cuti sekolah.




Sebaik sampai, jenazah sedang dalam perjalan ke masjid yang terletak hanya di sebelah rumah. Pengkebumian dan talkin selesai sebelum 1230 tengahari. Alhamdulillah, urusan yang sungguh dipermudahkan.



Sahabat saya, sungguh terkesan atas pemergiannya kerana hubungan mereka sungguh rapat. Pastinya saya juga akan tercari-cari Allahyarhamah andai mengunjungi rumah sahabat saya ini, kerana setiap kali saya sekeluarga datang dia akan duduk bersama kami sehinggalah kami pulang. Lembut dan penyayang orangnya. Namun dia tidak kelihatan seperti telah berusia 80 tahun lebih.. subhanallah.


Bersabar sahabatku atas ujian dari-Nya ini.. lapangkan hati dan dadamu. Masa kita juga akan sampai bila-bila saja..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menghimpunkan dia di kalangan kekasihNya. Ameen ya Allah.

Monday, March 7, 2011

Dari DIA Kita Datang..

PERJALANAN HARI INI 
Innalillah wainna ilaihi rojiun..
..dari DIA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali..




Uncle Maslan Johan -ayahanda 'Ryo Watanabe'- telah pulang ke rahmatullah malam tadi [lebih kurang] 941pm akibat serangan kanser, di sebuah hospital di Singapura. Jenazah dikebumikan di Batu Pahat, kampung kelahiran isterinya.






























Saturday, October 16, 2010

Belasungkawa~ Al-Fatihah..

Pagi tadi kami dapat berita buruk.. kawan baik Syamil, Muhammad Fazillah Azinuddin Bin Jahidon telah pulang kerahmatullah. Berita yang benar2 menyentap rasa kegembiraan kami yang ketika ini sedang bersantai di Klang, rumah baru Pak Ucu. Aku pula sedang menghitung detik waktu untuk terbang ke Kota Bangkok.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen, ya Robb.












Wednesday, March 10, 2010

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

Hatiku menjadi berdebar-debar kala membaca perkhabaran ini di dada akhbar. Seorang lagi ulamak kita di jemput-Nya. Kita semua tahu kan, bila semakin ramai ulamak di amil nyawanya, dengan keadaan bumi kita yang semakin uzur dan berbagai kemusnahan alam yang menimpa di sana-sini.. ~ kiamat terbayang-bayang diruang mataku. Ia semakin hampir!!!


"Ya Allah, pelihara kami hambaMU yang serba dhaif ini dari hasutan syaitan dan fitnah dajjal, tetapkanlah iman kami dan janganlah kau bolak-balikkan hati kami, ya Allah.."


Ini berita yang telah ku "copy & paste" bagi memudahkan kalian membacanya:


SUMBER:Klik

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini., lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Saturday, January 23, 2010

GILIRANNYA ..


SUMBER: Utusan Malaysia Online - Berita Utama

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Wednesday, January 20, 2010

Selamat tinggal..~~ semoga Allah sentiasa merahmati kamu!!!

Hari ini mama mendapat berita salah seorang kawan baiknya, telah pulang ke rahmatullah. UNTIE NISA..pergi awal dinihari tadi kira-kira jam 150 pagi, di rumahnya di Kuantan. Jenazah akan dikebumikan di Johor Bahru.

Oleh kerana tiada kelas sebelah petang, aku setuju untuk mengikuti mama menziarahi jenazah, yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif.

Hibanya rasa hatiku melihat kesedihan anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah, semuanya seramai 5 orang. 2 lelaki dan 3 perempuan.

Ya Allah,
Berilah kesabaran pada anak-anak dan suaminya..
Jadikanlah anak-anaknya sebagai anak-anak yang soleh dan solehah..
Ampuni segala dosa-dosa mereka terhadap ibu mereka..
kau cucurilah rahmat ke atas roh untie Nisa...
kau lapangkanlah kubur nya dan jadikanlah ianya sebahagian dari taman-taman syurga..
peliharalah dia dari siksa kubur..
tempatkanlah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
amin, ya rab..!!

Monday, December 21, 2009

BILA AJAL TELAH TIBA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Awal dinihari, aku menerima berita kematian mak mertua Along Joy.

Al-fatihah...~~ semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh.. ameen, ya Rabb.

Marilah kita sama-sama hayati Firman Allah di bawah ini..

Di mana saja kamu berada, kematian akan menjemputmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..
An-Nisa:78


Friday, August 14, 2009

DAIEKU TELAH KEMBALI..


Runtunnya rasa hatiku kala mendengar berita pemergian Daie kesayanganku, Ustaz Asri Rabbani. Dari zaman anak-anak sehingga ke usia ini, aku membesar dengan lagu-lagu dan zikir alunannya. Saat 5 tahun menuntut di Bukit Mahkota, merdu suaranya sentiasa menjadi halwa telinga kami melalui corong pembesar suara. Lagu-lagunya jualah yang menjadi pilihan para pelajar lelaki setiap kali terlibat dalam persembahan nasyid.

Pergilah dengan tenang wahai Daieku... pergilah dengan tenang dan berehatlah sepuasnya sehingga hari akhir nanti. Kau telah sempurna menunaikan amanahNya. Kan ku titip Fatihah dan doa, agar kau terus dalam rahmat Allah.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

~~Al- Fatihah~~

Thursday, July 16, 2009

PEMERGIAN YANG HAKIKI

Petang tadi kami sekeluarga dikejutkan dengan 'pemergian' salah seorang sahabat karib ayah, sewaktu zaman bujang. Dia yang hanya ku kenal sebagai Uncle Connie. Yang mana satu nih. Mama kata, tak ape nanti bole tangok balik album lama ayah.

Rupa-rupanya telah 2 minggu allahyarham 'berkampung' di hospital, tapi berita tersebut tidak sampai ke telinga ayah. Ayah agak terkilan dan nampak terkesan di wajahnya. Pun die agak lega kerana dapat 'menghulurkan tangan' buat kali terakhir untuk sahabat karibnya itu sebelum jasad disemadikan. Ayahlah yang bertungkus-lumus menguruskan jenazah di hospital; dari hal pelepasan segera dari hospital, pembersihan jenazah (mandi) di rumah mayat, hinggalah ke urusan pengkebumian. Jenazah meninggal kira-kira pukul 5 petang, dan semua urusan selesai sebelum azan maghrib. Alhamdulillah.

::AL-Fatihah::

Wednesday, July 15, 2009

MARWA EL-SHARBINI




Tidak tahu bagaimana harusku gambar perasaan ini tatkala membaca kisah sadis mengenai kematian wanita Mesir ini di Jerman, melalui email yang di hantar oleh mama dan juga beberapa orang rakan maya.


Aku mengunjungi semua kisahnya di dunia maya dengan hati yang sebak dan genangan airmata. Kaulah serikandi Islam!!Terasa kerdilnya diri yang sering cuai dan leka dalam menuruti perintahNYA.

Akulah itu yang selalu leka ya Robb!! **Sila klik di sini, di sini

Monday, June 15, 2009

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pulang..

MUHAMMAD AMAR ZULKIFLIE
Aku tidak pernah mengenali dia..
aku tidak pernah tahu mengenai dia..
aku hanya mengetahui tentangnya lewat TV
mengisahkan tentang kemalangan yang dialaminya di bumi Kaherah
namun entah kenapa ianya sungguh dan sangat menusuk hati
menyentuh rasaku
memalapkan hari aku..

wahai Allah,
Tuhan yang maha penyayang lagi maha pengasih
kau peliharalah dia di alam sana
kau rahmatilah dia selalu
kau tenangkanlah ibu-bapanya dan adik-beradiknya
ameen, ya Robbal 'alameen