Showing posts with label REJAB. Show all posts
Showing posts with label REJAB. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

MASA YANG BERLALU

REJAB, SYAABAN, RAMADHAN

Rasullullah menyuruh kita berdoa:



Rejab sudah dipenghujung.. hanya tinggal beberapa jam saja lagi Syaaban pula akan menampakkan wajahnya. Sebak mula bertandang. Entah Rejab ini adalah yang terakhir buatku. Entah sempat entahkan tidak mencium wanginya udara segar Syaaban. Ramadhan pula meski tinggal sebulan saja lagi untuk dijejaki, entah mampu entahkan tidak untuk aku menggapainya.

Hanya Dia yang maha mengetahui. Semoga Dia masih mengizinkan aku menghabiskan waktu-waktu terakhir Rejab, merasai nikmat beramal di bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan.

Andai nafasku terhenti sebelum sempat aku menjengah Syaaban, semoga amalan-amalan sunat yang sempat ku lakukan sepanjang bulan Rejab akan diterimaNYA sebagai bekalan ku pulang ke alam kekal. Ameen, ya Allah.

Firman Allah swt:


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Zalzalah: 7-8)

Saat ini aku hanya menanti takdirnya untuk aku terus meniti waktu-waktu terakhir Rejab, melihat wajah Syaaban dan juga Ramadhan Al-Mubarak.

Wallahua'alam.






Bookmark and Share

Monday, June 14, 2010

REJAB!! 14 Jun 2010, Isnin

Alhamdulillah, kita semua mampu lagi menghirup udara segar Rejab.

Terima kasih ya Robb, diatas nikmat-Mu yang melimpah ruah untukku dan keluargaku. Terima kasih masih lagi menyayangiku.. masih lagi merahmatiku.. ini yang kurasakan.. ampunkan aku, yang terkadang alpa dengan anyaman keindahan duniawi.. ampunkan aku yang terkadang terpengaruh dengan hasutan syaitan durjana.. ampunkan aku.. ampunkan aku, ya Robb.

Semoga kita semua berada di dalam rahmat-Nya, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman oleh-Nya. Eratkan silaturrahim kita sesamat saudara seIslam.

Mari kita sama-sama bersihkan hati dengan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain biar buruk bagaimana sekalipun sikap seseorang itu.

Ingat ya, Najwa.. pesan pada hatimu!!

Monday, July 20, 2009

ISRAK MIKRAJ (27 REJAB)




~~..ayuh kita berkampung bersama2.. 19 Julai @ pada hari Ahad, malam Isnin...~~

Wednesday, July 15, 2009

SEMILIR PAGI REJAB


Dingin semilir pagi...
Menusuk ke tulang hitam...
Mengangkat aku...
Ke bahtera awana...
DINGIN SEMILIR PAGI
tanpa silu, menyapa wajah nan mulus..
menerobos ke ruang hati..
mengocak tasik rasa..
DINGIN SEMILIR PAGI..
penuh simpati, menyentuh hati..
pun menyentuh rasa milik para hafizah dan para hufaz..
pilihan yang empunya 7 petala langit, 7 petala bumi..
DINGIN SEMILIR PAGI..
masih manja berpuput..
merangkul tubuh seiring membangkit ghairah penghufaz..
galak mengalun merdu suara nan berpada..
buat memenuhi ruang dada..
membaiki kepincangan mesra lidah..
menambah kemanisan bibir..
DINGIN SEMILIR PAGI..
telus mengukir monumen tulus..
nan bersemayam di takhta hati..
membalut lembut wajah mungil ukhti..
pelindung buat tubuh sasa akhi..
memelihara langkah menjadi lebih santun.
DINGIN SEMILIR PAGI..
meredupkan seluruh fana..
menenangkan Rejab-NYA..
diwarnai alunan ayat-ayat suci..
dari lontar suara insan-insan kamil pilihan-NYA..
DIA gembira memerhati dengan kasih..
DINGIN SEMILIR PAGI..
Malaikat pencatat,
mesra pena lebar mengukir senyuman..
menitip doa melancarkan alunan..
penghuni alam lainnya kehilangan bicara..
sebak,gembira antara gelora bertingkah..
mengaggumi kegigihan fisabilillah para Daie kecil..

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Wednesday, June 24, 2009

1 REJAB YANG KU NANTI